Nilai Sebuah Nostalgia

Asalamualaikum.

Asalnya aku ke sini nak men-delete-kan blog ni. Ntah kenapa tetiba je nak buat gitu. Mungkin sebab rasa dah tak relevant kot blog ni atau dah tak menepati objektif asal. Atau mungkin kerana dah tiada siapa jenguk blog ini…

Tapi tetiba jari men-klik satu random post dan tanpa disedari aku baca satu persatu benda-benda yang aku tulis sejak dari sekian lama. Sayu juga hati bila membaca segala rasa susah senang semasa di UK, senang-senang je nak pegi delete. Oh kejamnya diri ku..

Oleh itu! Tak jadi delete. Suatu hari nanti anak-anak aku boleh baca tulisan-tulisan kat blog ini dan boleh gelak-kan ayahnya yang suka berangan-angan serta membuat lawak ntah apa-apa hehe..

Hidup masih diteruskan… entah bila boleh mem-blog lagi..

 

 

Trajedi di Dunia Beku – sebuah novel jalanan (part 1)

(Introduction: yaa..  aku sekarang sudah menjadi penulis novel hahahaha! Terimalah, sebuah novel jalanan, kisah trajedi hidup Habib (bukan nama samaran) yang entahkan best entahkan tidak, tapi baca aje lah…)

……………………………………………………………………………………………….

“Cerita bohong dan fitnah, selalu menjadi benar apabila kita percaya. Tapi ini kisah Habib, sebuah trajedi…”

Susunan atap genting yang berwarna cokelat kemerah-merahan itu terpampang di luar jendela tingkat 2 tempat Habib termenung. Habib, seperti selalunya memandang kosong akan lukisan alam di luar sana. Sesekali ada bunyi pintu pagar gelonsor dibuka dan ada juga bunyi kenderaan menderu laju di atas jalan taman perumahan yang biasanya had lajunya 20km/j. Semua itu bunyi biasa yang tidak lagi dianggap bunyi. Aneh apabila kebiasaan menyebabkan mata buta dan telinga pekak. Kalaulah dirinya boleh lari dari tempat ini, fikir Habib.

Mahu lari adalah fitrah semua orang. Berbeza kemana mahu lari, sama sebabnya.  Tak mampu menghadapi kenyataan. Apa lagi yang tinggal kalau sudah habis maruah nya dicarik-carik oleh Simba si singa janda. Kenapa akhirannya begini? Apakah yang mencetuskan semua ini dan mengapa dia menjadi mangsa peribadi Simba? Putaran-putaran gelombang terbayang oleh Habib semasa mengingat kembali saat bermulanya trajedi itu. Sebuah trajedi di bumi beku bersuhu negatif. Trajedi dari dunia beku, fikir Habib, sambil menyedut asap rokok gulung lambang kedaifan kuasa beli beliau. Trajedi itu bermula dengan satu pangillan telefon dari rumah Simba…

Terowong Alam

http://i142.photobucket.com/albums/r102/dhohor/tunnel.jpg

Pernah jumpa tak pokok-pokok yang tumbuh tinggi di kiri kanan jalan, membentuk seolah-olah sebuah terowong… boleh bayangkan? Tak boleh? Ala, macam yang dalam gambar kat atas tu la…

Terowong-terowong seperti ini aku pernah jumpa dekat sebuah jalan di Semabok , Melaka. Dekat-dekat perigi Hang Tuah (atau Han Tu Wah?). Orang Melaka tahu la kot?

Pernah juga jumpa dekat jalan Segamat – Kuantan, awal-awal lagi selepas simpang empat mesti jumpa kalau tak kena tebang lagi. Terowong alam yang ini memang selalui dilalui setiap kali balik kampung Isteri di Terengganu. Kadang-kadang ada orang jual buah-buahan di bawah rimbunan pokok tersebut. Redup dan nostalgic gitu.

Dekat Taman Tasik Taiping pun ada aku jumpa. Itu yang paling cantik pernah aku tengok sebab letaknya di tepi tasik. Ada pokok yang dahannya membentuk lengkungan terowong sehingga pucuknya mencecah ke permukaan air tasik. SubhanAllah cantik..

Aku pasti ada banyak lagi terowong-terowong alam ini di Malaysia. Dekat UK dulu tak pernah jumpa pulak, hmmm…

Selalunya bila aku ‘drive through’ terowong-terowong alam sebegini, jiwa terasa tenang tetapi meruntun-runtun, rindu pun ada, sayu ada, lapar pun kadang-kadang ada, tak tau kenapa?

Mungkin kerana keikhlasan pokok-pokok tu berzikir kepada Allah. Ya, aku rasa betul lah…

Sekian.

5 tahun

Sebelum ni aku tak pernah menganggur lelama. Lepas habis belajar di Universiti 10 tahun lepas, ada jugak menganggur sekejap tapi lepas tu terus dapat kerja jadi promoter Maxis, lepas tu jadi site engineer, lepas tu jadi pegawai projek, lepas tu jadi pengurus projek, lepas tu jadi tukang cuci, sambil-sambil tu kerja edar katalog, lepas tu jadi posmen, kekadang jadi peniaga ebay, pernah beberapa kali jadi peniaga di jualan carboot dan sekarang ni dah menganggur balik.

Lima tahun di Sheffield, terasa macam melalui ‘quantum leap‘, tak pasal-pasal dah ada balik di Malaysia. Rasa macam tiada apa-apa berlaku. Tapi hakikatnya semua orang dah 5 tahun berubah, dari segi fizikal, mental, pangkat dan darjat dan tidak kurang juga yang dah pergi tak kembali. Cuma aku je terkial-kial setia membandingkan semua benda seperti 5 tahun dahulu. Aku dah ketinggalan benda-benda duniawi sebanyak 5 tahun. Dan sekarang aku kena carik kerja bersaing dengan orang lain yang punyai 5 tahun lebih pengalaman.

Jadinya keadaan sekarang ni 5 tahun lebih sukar untuk aku. Gitulah ceritanyer.

Ok lah, tu je.

 

 

 

Pemanduan Mesra Alam (Eco-Friendly driving)

Pertama kali memandu di malaysia selepas 5 tahun berada di UK merupakan pengalaman yang sangat mengerikan. Hantu juon pun tak ngeri macam tu ok.  Hari pertama bawak kereta dah nampak eksiden di sana sini. Pulak tu, semua orang bawak kereta macam pelesit, memotong sesuka hati, brek dahulu baru bagi signal dan  tak bagi peluang langsung pemandu lain keluar dari simpang. Ada pulak tu, bila kita perlahankan kenderaan nak bagi peluang keluar dari simpang, dia tak mahu keluar jugak . Ada yang bawak perlahan sangat sampai kura-kura pun tergelak tengok, dan macam-macam lagi. Sudah 5 tahun mulut tak menyumpah seranah semasa memandu kini rasa macam ringan-ringan je. Mujurlah tabiat memasang seat belt masih melekat, kalau tidak dengan seatbelt2 tu aku maki hamun hahahah…

Tapi enough story pasal pemandu di Malaysia. Sampai esok pun tak abis maki hamun hehe. Ni nak cerita pasal ‘Pemanduan mesara alam’. Aku menyeru semua orang mengamalkan cara pemanduan mesra alam ni untuk menyelamatkan alam sekitar dan menyelamatkan poket masing-masing. Okeh, baca seterusnya:

10 Eco-friendly driving Habits That Will Save You Money

 

  1. Plan and combine trips– Plan trips in advance and wherever possible combine them into one outing
  2. Avoid aggressive driving – Behaviours such as speeding, quick acceleration, and hard stops can increase fuel consumption by up to 39 per cent
  3. Reduce your speed – Decreasing your speed from 120 km/h to 100 km/h consumes about 20 per cent less fuel
  4. Avoid unnecessary idling – Idling for more than 10 seconds uses more fuel and produces more CO2 compared to restarting your engine
  5. Service your vehicle regularly – Change the air filter, spark plugs, engine oil and other fluids, as outlined in the owners manual, to ensure you get optimum performance and fuel efficiency
  6. Measure your tire pressure at least once a month – For every 28 kilopascals (4 psi) of under-inflation, fuel use increases by about two per cent
  7. Lighten Your Load – Roof and ski racks, and heavy items in your trunk, decrease your vehicle’s aerodynamics and add weight causing your vehicle to burn more fuel
  8. Track your fuel consumption – Driving with fuel economy in mind, or eco-driving, can increase the distance you travel with every tank
  9. Give yourself extra time
  10. Use public transit or active transportation– Use public transit or active transportation wherever possible -Activities like taking the bus, walking, or biking will have an immediate impact on your fuel consumption. Source: Natural Resources Canada, vehicles.gc.ca.
[dicedok dari sini]
Aku dah cuba kaedah 2,3,4 dan 8 ternyata ada perbezaan dari segi penjimatan petrol. Tapi yang lebih penting kalau rakyat Malaysia memandu secara eco-friendly aku rasalah, jalan raya kita akan lebih selamat dan kurang tercemar. Mungkin suhu boleh jadi sejuk sikit kot, panas sangat aaa kat Melaka nih. Walaubagaimana pun aku menyeru kepada semua pembaca artikel ni, cuba lah pemanduan mesra alam nih, pedulikkan mamat annoying yang kat belakang tu, kalau dia nak laju potong lah ye tak… haha!

Sekian terima kasih.

 

 

Catatan dari dunia berhujankan batu

Dah lama sangat blog ini tak dikemaskini. Tadi terbaca balik catatan-catatan dulu semasa di UK, tersengih sendirian. Pandai jugak aku menulis cerita ye hehe.. Tapi ada semacam rasa sayu sebab lama tak menulis. Banyak perkara yang berlaku tidak dicatatkan untuk tatapan anak-anak nanti. Mungkin ini semua gara-gara facebook yang lebih popular dan lebih syok menyebabkan pemblog semakin malas memblog. Entahlah.

Tapi kini kami sekeluarga sudah kembali ke sini, ya di sini negara berhujankan batu. Memang banyak perubahan di Malaysia selepas 5 tahun. Di Melaka contohnya, MITC dah ada 2 masjid ops.. yg kat tengah-tengah round about besar tu bukan masjid rupanya, itu Taj Mahal kot… hmmm..

Nantilah sambung tulis-tulis lagi, aku ada banyak masa terluang sebab tanaman anggur tak menjadi sangat haha!

the arrival – siri mari mengenal dajjal

Hanya kalau berminat sahaja boleh ke sini untuk siri-siri selanjutnya:

  1. http://www.youtube.com/user/noreagaaa
  2. http://wakeupproject.com/VList.asp?Series=1
  3. http://thearrivals.blogspot.com/
  4. http://www.imranhosein.org/home.html

“All i’m promising you is the truth, nothing more,  nothing less”


kenapa quote car insurance di uk sampai 1000 pounds

statistikKenapa? Ada banyak sebab kenapa insuran kereta itu jadi mahal bebenor…

  1. Sebab awak quote guna lesen Malaysia / foreign licence
  2. Sebab awak tiada NCB
  3. Sebab kereta tu dah buruk / melebihi 10 tahun
  4. Sebab kereta itu pernah eksiden
  5. Sebab rumah awak berada di kawasan berrisiko tinggi
  6. Sebab rumah awak tiada garage, cuma parking tepi jalan je
  7. Sebab awak masih muda / mungkin bawah 30 tahun
  8. Sebab awak baru dapat lesen setahun dua ni je
  9. Sebab awak student / unemployed
  10. dan sebab yang paling penting adalah sebab awak google dalam bahasa melayu he.. he..

Jangan marah ye, gurau-gurau je. Kalau nak tahu cara nak buat insuran murah sikit, sila hubungi saya segera.

Cheers mate!

Ikhlas tapi Jauh

Asalnya aku hendak menulis pasal bagaimana hendak membaiki tv plasma yang rosak dan berbunyi klik-klik, tetapi memikirkan ianya agak komplikated maka aku kensel sahaja. Nanti-nantilah aku tulis dalam blog aku yang satu lagi..

(Tulisan seterusnya berlatarbelakangkan sountrack Nasyeed Talib Al Habib, Allah Hu Allah…)

Kadang-kadang aku terfikir tentang berapa kerat sahaja manusia dalam dunia ini yang buat kerja ikhlas kerana Allah. Mungkin ada beberapa orang yang aku kenal terutamanya sahabat-sahabat yang sentiasa memperjuangkan urusan usrah. Aku rasa mereka ini betul-betul buat kerja ikhlas kerana Allah. Selain daripada itu rasanya tidak ramai (termasuk aku sendiri).

Bayangkan setiap hari kita buat kerja, entah berapa kali kita niatkan ikhlas kerana Allah? cuba kira.. kadang-kadang solat pun kerana kebiasaan sahaja. Mulut kita melafaz niat, hati memasang niat untuk bersolat kerana Allah, tetapi adakah betul-betul kerana Allah atau hanya kebiasaannya hendak solat kita memasang niat? Kompleks kan?

Alangkah ruginya hidup ini kerana tidak didedikasikan untuk Allah…

Wallah hu ‘Alam

TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik

Ada orang beli tv lcd besar 50″. Buntang mata menengoknya. Lepas tu ada juga yang beli kereta mewah, begitu hebat bergaya. Kilat-kilat lagi.

Tapi perlukah? dan mampukah mengelakkan perasaan riak? Kalau mampu tak salah. Yang jadi masalahnya kalau tak mampu.

Like my friend said in his blog, count your blessing…

TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik, itu sahaja yang mampu…

Kisah Tan Sri Dato’ Dr. Profesor Madya & Pendayung Sampan yang Miskin Hina

Cerita dipetik dari mailing list melayu Sheffield 11/06/2009. Tajuk asal adalah ‘Kisah Profesor & pendayung sampan‘, saja aku ubah supaya lebih dramatik haha! Enjoy…

…………………………………………………………………

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, ‘Hmm. Hari nak hujan.’

‘ OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat’ kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai… Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan…

‘Kamu dah lama kerja mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.

‘Hampir semur hidup saya.’ Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

‘Seumur hidup kamu?’ Tanya Professor itu lagi. ‘Ya’.

‘Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, ‘Kamu tahu geografi?’

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

‘Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.’

Kata Professor itu lagi, ‘Kamu tahu biologi?’

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

‘Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?’ Professor itu masih lagi bertanya…

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

‘Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.’ Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

U jump, I jump...

you jump.. i jump...

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

‘Kamu tahu berenang?’

Professor itu menggelengkan kepala.

‘Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.’ Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

The End

……………………………………………

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi ‘MASTER’ dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan…

Typical British Weather

rainuk

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Kalau di UK, versi nya begini;

kusangkakan panas sepanjang summer, rupanya panas 2 minggu je lepas tu hujan lebat berminggu-minggu.

atau;

kusangkakan boleh ber-bbq berminggu-minggu, rupanya dapat lah ber-bbq sekali dua lepas tu sorilah.

hehe.. bukan nak mempersoalkan takdir, hanya bergurau senda di hari sabtu.

sekian.

My Siblings

This entry is dedicated to my siblings. My sister, Dang, the oldest, she has the strongest of heart. Ati, my little sister, she’s the one with the heart of steel. Man, the nice, funny and geeky one. BB the suprisingly talented boy and finally Ddek, my yongest sister who remain a baby in my heart.

I love you all..

Mit, the understanding one 🙂

Fire Drill Palsu

Kerja di Royal Mail adalah kerja yang bergelumang dengan beribu-ribu surat dan paket setiap hari. Pendek kata makan surat, tidur surat minum koka surat he he..

Pada suatu hari, sedang aku asyik berkerja menyusun surat  yang beribu-ribu itu , tiba-tiba terdengar suara Liz (Line manager yang sengal) membuat pengumuman melalui sistem P.A.

“ting.. tong… Attention please, the fire alarm will set  off at 8 tonight, but don’t evacuate because it is just for maintenance purpose, thank youuu”

Pengumuman tersebut kurang jelas kedengarannya disebabkan suasana dalam bangunan yang hiruk pikuk dengan bunyi mesin. Itu tak campur lagi dengan bunyi pekerja-pekerja bersembang. Semuanya bersatu menghasilkan deru deruan yang menganggu jiwa, (chewah macam lirik lagu Kak Ramlah)

Aku tengok Zack yang bekerja kat sebelah tu cool je macam faham betul. Dengan konpius, aku tanya dia, “What did she say, Zack?

I don’t know man, something about the fire alarm and we’re not suppose to run out” kata Zack sambil menyusun  sebuku demi sebuku surat ke dalam kanban. Dia pun tak jelas juga rupanya.

Aku berpaling pula pada Nelson, “Yo man, Nelson, what’s the announcement about just now?

Nelson menerangkan bahawasanya sekejap lagi loceng amaran akan berbunyi tapi tak payah lari keluar sebab technician nak repair je. Penerangan oleh Nelson  dibuat sambil beliau mencurahkan isi guni yang mengandungi lagi banyak surat untuk disusun dalam kanban.

Aku betul-betul ingatkan ada fire drill, boleh gak rehat-rehat dulu kat luar sambil berkumpul ramai-ramai. Oleh kerana tak puas hati, aku tanya lagi kat Zack dan Nelson “What if there is a real fire at 8 oclock tonight?”  bersungguh-sungguh la pulak aku pasal benda nih.

Dua budak hitam dari Afrika itu dengan selamba ketawa terbahak-bahak. Aku rasa nak tampor je.

” If there’s a real fire, we don’t run away, because Liz said not to run away. We should stay in the fire or else we’re not getting paid hahahah!” mereka berdua ketawa terbahak-bahak lagi.

Betul-lah kerja dekat Royal Mail ni boleh buat semua orang mereng. Kalau terbakar betul tempat nih, aku lari dulu, engko dua orang gelak la, gelak.. gelak!

Tip Memulakan Bicara Dengan Orang Inggeris

Setiap kali masa rehat di tempat kerja, aku suka berborak dengan kawan-kawan berbangsa Inggeris. Tak susah hendak mengajak mereka ni berborak. Malah mudah sahaja hendak memulakan perbualan dengan mereka ini kalau kita tahu rahsianya. Hanya perlu tanya 3 soalan utama yang sering mereka bincangkan. Contoh soalan yang utama adalah seperti berikut:

  1. Tanya khabar:  ‘how are you?’ atau ‘Are you allright?’
  2. Cuaca: ‘Nice weather today ya?’ atau ‘today’s weather is rubbish isn’t it?’ (merujuk kepada hujan)
  3. Tugas: ‘What’s your duty next week?’

Dengan 3 soalan ini sudah cukup untuk mengeratkan tali persahabatan dengan orang puteh sebabnya kalau berjumpa lagi dengan mereka keesokkan harinya, tanya lagi soalan yang sama, pasti dapat  jawapan yang sama dengan susunan ayat yang sedikit berlainan, bergantung kepada faktor masa dan persekitaran.

Begitulah sehingga ke akhir hayat mereka…

Nasheed Talib Al Habib

Ini adalah catatan mengenai Talib Al Habib, seorang penyanyi nasyid yang terkenal di UK. Kali pertama aku mendengar lagi Talib Al Habib adalah di laman web imeem. Pada masa itu aku sedang melayan lagu-lagu rock kapak tetapi entah macam mana boleh tergerak hati untuk mendengar lagi kalimaatan yang sangat menyentuh hati nurani. Tersentak dengan keindahan lagu nasyed selain dari nasyid kumpulan Raihan, aku pun membuat sedikit carian di internet mengenai Kalimataan dan penyanyinya Talib Al Habib.

Talib al-Habib (picture from Google)

Talib al-Habib (picture from Google)

Talib Al-Habib lahir di London pada tahun 1976 dan dibesarkan di Manchester, sebelum berpindah ke Afrika Selatan dengan keluarganya dan tinggal di sana selama  sepuluh tahun. Di disinilah beliau mulai mendapat bimbingan rohani mengikut ajaran islam yang sebenar. Beliau kemudiannya kembali ke England pada awal 2002.

Gaya inshad beliau yang unik, berasal daripada 10 tahun pengalaman bergiat bersama Manchester Boy’s Choir, di mana beliau menerima latihan teknik dan vokal.

Talib Al Habib mulai menyusun puisi dan lagu-lagu nasyid sejak berusia enam belas tahun lagi. Pada awal tahun 2004, beliau terdorong untuk menerbitkan sebuah kompilasi lagu-lagu nasyid dalam bahasa Inggeris yang bertajuk ”Songs of Innocence’.  Album ini banyak mencerminkan  perjalanan dan pengalaman peribadi beliau dalam dimensi Islam. Talib Al Habib juga merupakan seorang penulis buku. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku  berciri Islam yang membincangkan soal kerohanian dan etika.

Talib juga merupakan seorang pelajar ilmu sains Islam selama beberapa tahun. Beliau mempelajari ilmu berkenaan dengan cara tradisional seperti berguru dengan ulamak dan juga melalui pendekatan lebih kontemporari. Talib Al Habib berharap satu hari nanti, beliau mampu meneruskan pelajaran di The classical centres of learning.

Thalib Al-Habib adalah takhallus (nama pena beliau) yang bererti, ‘pencari yang dicintai’. Pada masa ini, Talib tinggal di West Midlands, di mana dia bertugas sebagai seorang Doktor khusus dalam bidang Psychiatry. Talib Al-Habib sudah mendrirkan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.

Menurut Talib Al Habib, kalimaatan diilhamkan daripada Hadith Sahih Al Bukhari yang menjadi penutup kepada karya agung beliau iaitu ‘Sahih Al Bukhari’. Terjemahan hadith yang di maksudkan adalah seperti berikut:

Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, “(There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: ‘Subhan Allah wa-bi hamdihi’ and ‘Subhan Allah Al-‘Azim.”

Keterangan lanjut daripada Talib Al Habib sendiri mengenai kalimataan boleh didapati di sini.

Album pertama beliau berjudul ‘Song Of Innocent‘ memuatkan lagu-lagu seperti Salat al-Badriyya, Allahu, Beloved Nabi, Together, Gift of Life, dan Ya Habibi Sayyidi. Album kedua dan terkini berjudul Rahma, memuatkan 8 buah lagu seperti Light of the Dawn, Rahma – the Hadith of Mercy, Tasbih – the Seedlings of Paradise, Tauhid – the Unity of Allah,Knowledge is Light, Iman – the Articles of Faith, Hilya – the Description of Rasulullah, dan yang paling saya minat Kalimatan – the Seal of al-Bukhari.


Lagu-lagu Talib Al Habib ada banyak didapati di internet. Imeem mempunyai koleksi haram yang terbanyak, disamping laman web forum yang menawarkan download mp3 lagu-lagu beliau. Yang pelik nya, mereka-mereka yang meng-download itu siap cakap Alhamdulillah lagi. Salah asuhan agaknya…

So anyway, kepada mereka yang tidak pernah mendengar nasyid ini, berikut disiarkan videoklip kalimaatan, ihsan dari youtube.

Sumber:

  1. nuralhabib.com
  2. wahabs.com
  3. youtube

Lintas Langsung dari Weston Park

gambar gambar ni tak tau le betul ke tidak. masa upload tak ada thumbnail view…

I’m a Rich Man

Living in the UK is cheap. The living cost is high but what i mean is, the people are cheap. They DIY a lot, because asking other people to fix thing for you will be costly. For example, changing a car’s brake pad at your local workshop will cost around 30 to 40 pound, while the brake pad it self only cost 15 pound if bought form the local spare part shop. Search “how to change brake pad” on google and most likely you’ll manage to change your car’s brake pad over the weekend successfully by yourself using those information from the internet.

Even when it come to changing worn tyres, the Brits went to used tyre dealer. A used tyre cost around 15 pound, while a new one ranging from 25 to a few hundreds pound. These second hand tyre can still be rolling for 5 to 6 months depending on usage.

What about food? The food here is cheap. The supermarkets is in constant price war with each other. There are always price cut everywhere. One full supermarket trolly is about 50 to 100 pound average. For me, one full trolly of food will last for months. In the supermarket you’ll find a lot of people looking for bargain product usually labelled in hi flourecent, eye catching price tag.

The houses here are relatively small. Compared to our Malaysian houses, an average UK house can easily fit in our dining room. The reason people here like small houses is because it is warmer during winter time compare to bigger houses. The more space you have in your home means the more energy used to keep it warm. More energy equal more money spend, so small houses is the obvious choice.

This is different from Malaysian. We Malaysian are rich and spoilt people. Whenever our car has minor breakdown we send it to the workshop. Whenever we want to go shopping, we drive even if the shopping mall is only a few blocks away. We don’t cook our own food, we go to the gerai or restaurant to dine. We sleep with the aircondition on. We have relatively big houses. We drive expensive car (even for the kancil, it’s still expensive). Not to mention the price of chicken. We Malaysian are rich people, we live like kings ha ha!

Oh, how I wanted to be rich again.. (sambil geleng2 kepala)

Proses Permohonan Kad Pengenalan Biometric UK

Semua sepuluh jari menjadi mangsa

Semua sepuluh jari menjadi mangsa

(pic taken from migrationinformation.org)

Pejabat UK Border Agency di Sheffield adalah tumpuan mereka-mereka yang ingin memohon atau memperbaharui VISA. Dulu kalau dapat VISA dia orang tempek sahaja dalam pasport, sekarang dah lain. Kena buat Kad Pengenalan Biometric yang juga merangkap VISA. Peraturan menggelupurr itu baru sahaja dikuatkuasakan sebulan dua ni. Tak hairan le ada ramai orang asing di situ, termasuk kami sekeluarga.

Pintu masuk pejabat berkenaan dikawal ketat oleh pak guard-pak guard muda dan tua. Semua pendatang asing yang hendak memperbaharui VISA akan di-scan dengan scanner ala-ala senjata Power Rangers. Lepas itu semua isi poket atau beg akan diperiksa satu persatu. Sekiranya ada benda-benda tajam atau benda berasaskan logam, maka ia akan dirampas dan ditukarkan dengan sekeping kad kecil bernombor unik, supaya benda-benda berkenaan boleh dituntut semula setelah urusan selesai kelak.

Sekiranya ada membawa minuman, pak guard akan suruh minum sedikit untuk membuktikan kandungan cecair di dalam botol itu tidak membahayakan orang lain. Henfon juga tidak ketinggalan. Bateri henfon perlu di tanggalkan untuk diperiksa. Oh ya, kalau pakai tali pinggang ber-buckle besi juga terpaksa ditanggalkan untuk di-scan. Mujur pagi tadi aku tak pakai cawat besi…

Kesemua benda yang diperiksa tadi perlu dimasukkan ke dalam bakul berbentuk segiempat untuk dilalukan dalam mesin x-ray.

Selepas itu, urusan di kaunter pejabat macam biasa sahaja. Macam kat pejabat-pejabat kat Malaysia juga. Pejabat UK Border Agency itu ada kaunter panjang yang bermikrofon, ada banyak kerusi tempat menunggu, ada flat screen TV tergantung pada dinding (cuma tak tunjuk telenovela je) dan ada skrin yang memaparkan nombor giliran. Memang sebijik macam kat Malaysia kecuali orang yang bekerja kat situ ada jugak senyum melayan orang ramai.

Masa hendak balik tak susah sebab ikut pintu lain. Cuma perlu tekan punat dan pintu terbuka secara otomatik. Tapi selepas berada di luar bangunan berkenaan, kena pergi balik ke pintu masuk tadi untuk claim balik benda-benda yang disita oleh pak guard tadi.

Lepas tu kami sekeluarga balik rumah makan nasik.

Sekian.

Menukar Brake Pad (Bahagian 2)

Menukar brake pad kereta adalah tidak mudah kalau tiada G-Clamp.

g clamp

g clamp

G-clamp ini digunakan untuk menolak piston pada caliper brake tersebut. Oleh kerana brake pad baru telah dipasang, maka ia tebal sedikit. Caliper tu tak leh masuk balik lah sebab piston telah keluar melebihi had disebabkan brake pad lama yang sudah nipis.

Piston itu hanya boleh ditolak masuk dengan g-clam yang berkuasa itu. Pakai jari tolak boleh gak, tapi tak ada kesan laaa..

Oleh itu, sayangi lah g-clamp anda.

Menukar brake pad kereta

Menukar brake pad kereta rupa-rupanya senang aje. Banyak reference kat internet, salah satu yang paling senang nak ikut (sebeb ada gambar) adalah di sini. Esok aku kena pergi kedai pound land nak beli g-clamp, lepas tu aku sambung tukar brake pad itu, yeah! Jimat 30 pound duit aku.

Jumaat musim panas

Setiap kali aku sampai di masjid berhampiran Tesco itu, mesti masjid tu dah penuh. Selalunya ramai yang bersesak-sesak sampai melimpah ruah sehingga ke kaki lima, al-maklumlah hari Jumaat.

Imam masjid itu berkuthbah dalam bahasa Arab, iaitu bahasa yang aku sangat kenali tapi tak banyak faham. Ada juga terjemahan dalam bahasa inggeris selepas itu, suatu usaha yang baik oleh pihak masjid. Tetapi biasalah kan, kalau dah duduk pun nun jauh di belakang luar masjid dan atas kaki lima jalan pulak tu, suara imam kedengaran sayup-sayup aje lah. Dah la tak faham kan..

Kalau datang awal mesti dapat duduk dalam masjid, boleh solat betul-betul belakang imam lagi. Kalau datang sederhana awal dapat duduk tengah-tengah tapi masih dapat masuk dalam masjid. Kalau datang lambat, kena duduk sekitar kawasan tempat orang ambik wudhuk/bilik air. Kalau sangat lambat macam aku tadi, ambik! duduk atas kaki lima jalan.

Ada juga yang datang lambat, tetapi bersusah payah menyelit nak masuk juga ke dalam masjid. Sampai tersepak mereka mereka yang sedang kusyuk mendengar kuthbah dan juga tersepak mereka-mereka yang sedang kusyuk tidur.

Minggu depan aku nak datang awal.

Insya Allah.

Buka

Sebulan lepas aku tutup blog ni. Hari ni bila aku check, statistik blog sepanjang sebulan ada lebih kurang 1200 pengunjung temasuk aku sendiri. Ini bermakna sehari lebih kurang 43 orang datang menjenguk. Nak lebih perasan popular, sejam lebih kurang 2 orang laa. Pendek cerita, sejak sebulan nih setengah jam sekali pasti ada orang datang jenguk blog aku nih ha ha!

Sesaja tulis sebab gatal tangan.

Yang ku Rindukan…

Alhamdulillah, tahun ini aku masih lagi diberi peluang untuk menempuhi Ramadhan Al-Mubarak. Ini adalah Ramadhan yang ke-3 bakal kami tempuhi di bumi UK in. Tahun ini nampaknya kami berpuasa di penghujung musim panas. Tahun depan, kalau masih ada di sini, maka bulan Ramadhan tiba tepat di kemuncak musim panas.

Anyway, Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua-semua sahabat dan saudara mara. Semoga selepas Ramadhan ini kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.

Sekian Terima kasih.

Raiedzall

Dari Dunia Beku,
Sheffield Ogos 2008

Turn The Page

Hidup ni bro… adalah satu perjalanan jauh lu tahu? Tapi journey tu bro…, mesti berhenti-henti, tak boley bro nak terus jalannnn aje! Tak boley bro! Nanti penat, patah kaki lu…

Tapi bro lepas lu berenti rehat, lu sambung lagi jalan tu. Jauh bro nak jalan, jauh betol. Gua ingat lebih kurang aah, macam baca buku aaa, lu tahu baca? Gua suka tengok gambar je ha ha. Tapi serupa aaaa bro! Baca buku tebal bro. Tiga hari tak abis aah.. tapi baca je lah sikit-sikit. Kalau lu bosan bro, stop la kejap, lepas makan nasik lu sambung la baca lagi… Lu paham ke bro? Kalau tak paham, suka hati lu aah, gua rock beb! Anytime gua understood! Ha ha..

Tapi bro, Video ni aa… dia ada cerita sendiri. Sedih giler wa cakap lu beb, gua nak nangis tapi gua tahan, tak macho aaaa nangis!. Gua rock metallica jugak bro, tapi gua tak bley aa tengok sedih-sedih cengini. Gua hati lembut bro… Takpe aah, lu layan aje: Metallica – turn the page! (isk! sedih bro video ni…)

Sedih bro…

4 Jam ke Final Exam W.I. (Re-test)

Aku harap kali ni lepas la exam welding Inspector nih. Dah tak lalu rasanya kepala otak aku study, al-maklumlah dah berkarat. Otak aku dah mengalami fatique iaitu ‘A smooth appearance on a fracture structure‘ ha ha ha.. bengong laa..

Ok dah nak sambung study… pas exam esok nak main bowling, pastu bersukaria di hari minggu yeehaaa!

Cerita sederhana panjang


Salam…

Sedikit cerita sederhana panjang hendak aku kongsi bersama malam ini. Cerita-cerita biasa sahaja, baca kalau takde apa nak buat… kalau ada benda nak buat, pergi lah buat sekarang ha..ha!

1. Non Destructive Testing
Pertamanya aku ingin mengumumkan bahawa aku sudah lulus kursus NDT Radiographic Interpretation di Agryll Ruane TP Oneil. Sebuah kursus yang melayakkan aku berdaftar dengan The British Institute of Non-Destruvtive Testing UK. Gempak tak bunyinya? Heheh.. Kursus ini aku sangat rekomenkan kepada mereka yang sanggup kerja di offshore dan inginkan gaji besar serta tidak hairan sangat dengan kehidupan di tengah laut yang membosankan. Kalau ada kriteria ni, sila apply. Tak susah sangat, setakat nak hafal formula-formula dan kaedah-kaedah berkaitan x-ray dan Gamma ray. Oh dan mempunyai mata yang terang dan mampu spot benda-benda halus yang terpapar pada imej radiograph. Oh ya, dan juga sediakan duitnya beberapa ribu Pound.

Satu lagi kursus yang aku buat, baru sahaja habis exam dan tengah tunggu keputusan. Mintak-mintak lulus lah. Yang itu kursus Welding Inspection, kurang galmer bunyi nya akan tetapi sangat ‘in demand’ dan begitu sukar sekali examnya. Naik berasap kepala.. Kalau dah lulus nanti aku cerita lah… Belum dapat lesen, sembang pun tak guna… (memetik kata Dato’ Ghazali…).
Special thanks to my wife yang memaksa aku ambik kursus ni secara bidan terjun. Luv you, muah!

2. Destructive Friends
Tiada kaitan dengan non destructive testing. Cumanya aku terpanggil hendak cerita pasal seorang kawan yang dah lama aku kenal di bumi Malaysia membawak ke bumi UK nih. Dah bertahun-tahun dah kami kenal, dan baru-baru ni dia sekeluarga sudah selesai urusan pengajiannya dan sudah pun bersiap-siap untuk kembali ke tanah air. kawan aku nih, kalau bersembang, kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak pernah tidak, pasti sedikit sebanyak membuat aku kecik hati. Nak kata aku sensitif tak juga. So bila bersembang dengan dia dan kengkawan lain, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sedih betul rasa hati nih, bukan dek kerana kata-katanya, tetapi kerana melihat sahabat aku tu masih tak berubah, walau telah menempuhi kehidupan sukar di UK ini. Bagi aku pengalaman hidup di UK ini sangat berharga, bukan dari segi mengumpul harta ke apa, tapi berharga dari segi kesedaran tentang hidup ini. Hidup di perantauan, bagi aku sangat perit tapi penuh dengan pengajaran dan pengalaman berharga yang telah mengubah aku menjadi insan yang, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelum ini. Kalau kehidupan yang sukar masih tidak mampu menginsafkan kita, apa lagi yang mampu? Kematian yang sukar?
Lu fikir la sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.

3. Politik Malaysia
Dulu aku rajin juga komen pasal politik Malaysia. Tapi sekarang nih aku dah malas. Dah teruk sangat dah, aku malu dengan perangai pemimpin kita. Gila kuasa sampai begitu sekali. Akuan bersumpahlah, bunuh oranglah, liwat oranglah, dah macam freak show, bodoh giler! Tak de bezanya kalau lantik beruk jadi PM. Ntah-ntah beruk tu pun tak seteruk beruk yang sekarang nih.
That’s it! Next election aku nak mengundi PAS.

4.Cinta Kurap 2

Ini cerita sequel dari cinta kurap sebelum ini. Cinta remaja yang semakin digaru semakin sedap. Aku dah bubuh baik punya antiseptik hari tu, reda lah sekejap kurapnya, tapi bila aku terlupa bubuh, kurap tu jadi balik. Kali ni kat celah-celah yang aku tak nampak, di punggung contohnya. Susah nak tengok kecuali kalau tungging kat depan cermin. Ha ha!.
Susah juga nak hilangkan cinta kurap nih. Aku rasa sebab dah agak melarat kekurapannya, sampaikan orang sekeliling pun perasan. Ada seorang kawan tu siap cakap lagi “cakap lah kat dia orang tu, jangan biar kurap tu melarat, nanti jadi lebih parah…” Malu betul…, orang lain punya kurap aku pulak malu.
Tapi aku dah usaha yang aku terdaya (i.e. sapu antiseptik). Aku rasa kalau tak hilang juga simptom simptom cinta kurap itu, aku terpaksa bawak jumpa Dokter pakar kulit kat Malaysia. Ada yang rekomen kan suruh bawak jumpa bomoh siam, tapi aku rasa tak proper lah. Kawan aku dulu bila kena sakit cinta kurap ini dia pergi jumpa bomoh siam, baik.. tapi ada long term effect. Not good.

Oleh yang demikian, kalau lepas nih tak baik juga kurap tu, aku nekad hendak melaporkan eh silap.. aku nekad hendak membawa remaja yang dijangkiti sakit cinta kurap ini berubat dengan Doktor pakar kulit kat Malaysia. Okay tak?

5. Kembali Ke Masa Silam

Hari tu aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Lama kan 10 tahun? Kali terakhir jumpa masing-masing masih di sekolah, berbaju kurung putih dengan skirt biru. Yang lelaki berbaju kemeja putih, berseluar hijau. Rambut ala-ala Jason Donovan ha..ha!.
Sekarang ni bila jumpa dah berkeluarga. Kawan aku nih masih serupa seperti dulu, peramah selalu happy. Aku pun peramah juga dulu tapi sekarang ni dah gemok sikit (ada kaitan ke peramah dan gemok?). Pelik betul perasaan bila kali pertama bertemu seseorang yang kali terakhir kita bercakap adalah 10 tahun lepas. Almost like watching a movie that you like the most when you were little…
Apa pun aku aku gembira kerana berpeluang berjumpa kawan-kawan lama, kerana hanya mereka sahaja yang tahu who we used to be and how we have changed, betul tak?

Dah cukup setakat ini ‘Cer-Seder-Jang‘ aku kali ini.

Sekian, terima kasih.

Wassallam.

Certot (cerita kontot)

Certot 1
Anak kecil aku yang berumur 3 tahun bertanya, “Ayah, why I go to school?”

Aku jawab, “…uhhh.. to get proper education laaa…”

Anak aku jawab, ” ok”

Certot 2

Aku dah siap nak pergi kerja. Isteri ku sedang siap-siap nak solat.

“Abang pergi kerja dulu ya…”

“Ok Bang, muah..”

Ciuman jarak jauh je, sebab taknak batal wudhuk.

Certot 3

Masa balik kerja aku hari tu, aku tengok kawan nih kereta nya tak leh start. Dia sibuk telefon sana sini, carik jumper kut. Aku pergi dekat lalu dia tanya, “you got jumper mate?”

Aku jawab, “yes…”

Dia gembira, keretanya dah boleh start. Aku pun tumpang gembira.

Aku masuk dalam kereta aku, start enjin nak balik rumah. Terasa bergegar bila kereta bergerak.

Aku keluar tengok.

Loooo… tayar aku kempis…

Sekian.

There are No Accidents

Best betul cerita ni. Aku minat tok guru kekure tu. Sangat cool ok! I likeeeeeeee…

There are no accidents…” kata tok guru kekure.

Hakikatnya dalam dunia ini, memang tiada accident. Semuanya telah di-engineered dengan jitu dan sempurna oleh Yang Maha Kuasa. Tiada accident. Betul tak?

Watch Kung fu Panda online, here.

Dari semua itu aku cuba mengenal-Nya

Blog Ber-sawang

Aku rasa blog aku ni dah masuk kategori “blog bersawang of the year” dah. Jarang update, walaupon dah 2 tahun lebih aku berkecimpung dalam bidang blog nih. Semenjak 2 menjak ni, aku dah hilang nafsu nak memblogging mungkin kerana bosan atau apa tah. Kekadang tu tak ada idea nak menulis. Tapi Kennny ‘saje bosan bosan’ pon ade jer benda nak di-blogkan.

Bila aku baca balik entry aku yang mula-mula dulu, banyak yang aku tulis untuk suka-suka. Lepas tu mula ada pembaca yang memberi komen, yang terdiri dari bloggers juga, yang akhirnya menjadi kawan maya. Sesudah blog aku menjadi femes (he he perasan skit) corak penulisan aku mulai berubah. Aku bagaikan terpaksa menulis sesuatu yang aku tak minat. Aku semacam terpaksa menulis untuk memuaskan nafsu bacaan orang lain. Semakin banyak entry yang aku tulis semakin jauh isi kandungannya dari tujuan asal aku ber-blogging. Tapi aku tak tau pun apa tujuan aku berblogging, agaknya suka-suka nak mencatatkan apa yang aku suka je kot ha ha.

Tapi hari ini aku rasa malas. Semarak api semangat untuk menulis blog sudah semakin malap. Hari ini hidup aku sudah tidak seperti semalam. Hari ini aku sangat sibuk. Memang ada cita-cita hendak merakamkan setiap pengalaman menarik yang ditempuhi seharian di perantauan ini, tapi tak kesampaian sebab badan letih, otak letih. Ntah lah… Malam ni (pagi dah sebenarnya, kol 1 dah) aku gagahi juga jari jemari ku ini untuk menari di atas keyboard usang jenama Genius, bagi memuaskan hati mu dan hati ku, chewah macam lagu Rohana Jalil.

Adik Masuk Hospital

Dua hari lepas anak lelaki aku masuk hospital. GP menasihatkan supaya eczema-nya dia dirawat oleh Dokter pakar kulit di Children Hospital. Tiada apa yang emergency sebenarnya, cuma eczema-nya sudah semakin teruk dan telah mengalami jangkitan kuman-kuman. Maka hujung minggu kami sekeluarga dihabiskan di hospital tu sahaja. Tadi aku tengok muka dan badan anak aku tu dah beransur pulih, kulitnya dah licin sedikit. Syukur Alhamdulillah.

Dekat UK ni ada jugak yang baiknya kerana semua rawatan tidak kira rawatan hospital biasa mahu pun pakar, semuanya adalah percuma. Kalau kat Malaysia dah tentunya kena beribu-riban. Kesian juga menegnangkan nasib kita rakyat Malaysia. Udahlah minyak naik, elektrik naik pas tu semuanya akan naik. Oh kejap…, tu cerita perenggan lepas ni…

Minyak Naik, Pak Lah Turun

Aku berasa sungguh marah dan kaciwa dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen. Walaupon aku sekarang ni masih duduk dekat UK dan sudah pasti tidak terkena tempias harga minyak di Malaysia, tetapi sanak saudara, ibu ayah di kampung bakal menempuhi kesukaran hidup hasil daripada onar yang dibuat oleh Dollah itu. Aku cukup sedih bila bercakap telefon dengan mak di kampung. Mak kata harga barang semua naik, harga beras naik, nak makan roti je, roti lagi mahal. Ubi kayu lagi mahal. Tambang bas adik-adik nak pergi sekolah naik, semua naik lah!. Ah, kesian sungguh. Aku harap Pak Lah segera turun dan bertaubat, dan digantikan oleh pemimpin yang lebih bijak dan berkelayakan. Tidak kisah siapa asalkan adil dan bijak mentadbir negara. Kalau ada yang mempunyai skill macam Tun Mahathir lagi bagus. Tapi aku tak nak Anwar Ibrahim. Dia backing pak Lah. Dalam kempen Pilihan raya sebelum nih mana ada sangat dia kutuk Pak Lah. Tapi kutuk Najib bukan main lagi. Susah susah aku rasa Ku Li mungkin boleh. Tapi entah lah.. UMNO tetap UMno, macam kala jengking la, tetap kala jengking.

Cinta itu ibarat kurap

Dulu masa zaman sekolah-sekolah, selalu la buat lawak pasal cinta. Selalu member kata “cinta itu ibarat kurap, semakin digaru semakin sedap“. Agak bodoh juga perumpamaan tu, tapi bila direnung, ada juga kebenarannya. Remaja sekarang tak seperti remaja dulu. Berbeza dek teknologi dan cara didikan mak bapak generasi moden. Juga Internet mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam hal ini. Ye lah gerbang informasi dan propaganda yahudi.

Aku pun pernah juga remaja, pernah juga cinta cinti. Aku tahu kobar dan gelora cinta remaja. Dan semua itu sama sahaja dengan kobar dan gelora cinta zaman ini. Tak de bezanya pun. Cuma yang berbeza bukan kobarnya tetapi cara penyampaiannya cinta itu. Dulu (zaman aku laa) remaja masih hormatkan orang tua. Tak kiralah orang tua tu mak bapak ke , Pak Long Mak long ke, Mak bapak angkat ke, semuanya dihormati. Habis kuat pun keluar bercinta senyap-senyap pas tu balik cakap kat mak ayah pergi tuition. Taktik klise remaja zaman tu.

Berlainan dengan remaja sekarang, (tak semua la kan…) mereka sudah tiada rasa hormat kepada orang tua. Mereka bebas berbuat sesuka hati, berpegangan tangan dan berpelukan dan tak kisah kat mana-mana pun. Di kawasan awam, di taman-taman bunga, di rumah sendiri mahupun di rumah orang lain. Itu semua sangat kurang enak di pandang dan sangat-sangat menjurus kepada kerterlanjuran ataupun Zina. Jangan buat begitu, kalau betul serius, kalau betul nak sedap, bernikahlah. Guna saluran yang benar. malu lah kepada Tuhan yang maha Melihat. Kalau tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malu lah pada orang sekeliling.

Aku pun bukan lah Ustaz ke ape, tapi aku tahu di mana batas aku sebagai orang Islam dan aku mahu remaja sekarang tahu juga akan batas-batas pergaulan masing-masing. Nasihat aku ini adalah kerana ianya tanggungjawab aku, tiada niat lain. Aku harap remaja-remaja yang terbaca catatan ni dan merasa diri nya yang diperkatakan, harap menerimanya dengan hati terbuka dan ikhlas, kerana Allah. Ingatlah segala yang baik pasti berkesudahan dengan yang baik juga. Begitu juga sebaliknya!

Kesimpulan

Mula-mula tadi aku kata aku dah malas nak ber-blogging, tapi banyak la pulak aku taip nih. He he.. Apa pun aku minta maap kalau ada tersalah taip. Jangan malu-malu nak tinggal komen. Kalau nak berkenalan kita jumpa di Facebook. Okey?

Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry.

Take care.

Wasallam

Rindu Serindu-rindunya Di Taman Astakona

Dulu, lebih kurang 2 tahun lepas, ketika mula-mula aku dan keluarga sampai di bumi sejuk beku ini, perkara pertama yang aku risaukan adalah mencari kerja. Macam-macam cerita aku dengar sebelum menjejakkan kaki di sini. Tetapi menurut kawan-kawan yang pernah berada di sini dulu, kerja yang paling popular dengan bayaran gaji yang lumayan adalah kerja dengan Royal Mail. Macam kerja dengan Pos Malaysia la kira-kiranya. Akan tetapi kerja yang tidak kurang popular juga adalah mencacai, iaitu menjadi tukang cuci a.k.a. cleaner.

Ramai pelajar Malaysia di sini yang bekerja part time sebagai cleaner. Bagi mereka yang nasib baik lebih sedikit dapat lah kerja Royal Mail. Aku juga tidak terkecuali. Baru-baru ini aku telah dijemput oleh pihak pengurusan Royal Mail untuk bekerja semula dengan mereka, sebagai casual mail sorter. Aku pernah buat kerja ini semasa musim cuti krismas tahun lepas. Kali ini, aku ditawarkan kontrak kerja sementara selama 12 minggu berbanding hanya 5 minggu sebelum ini. Kerjanya senang sahaja, iaitu mengasingkan surat dan bungkusan. Senang la berbanding kerja mencacai di jamban budak-budak sekolah. He he.

Dalam pada itu, aku juga sedang sibuk dengan study NDT aku itu. Menjelang minggu depan aku akan menjalani peperiksaan NDT berkenaan. Ada 2 shot sahaja, kalau gagal kali ke-2 tak pasal-pasal burn sahaja semua usaha aku selama ini. Dalam erti kata lain, kalau fail cubaan kali kedua, akan lupus semua bayaran beribu riban pound yang telah dibayar sebelum ini, pas tu tak dapat sijil NDT cuma dapat sijil kehadiran kursus je kot?. Semuanya agak kritikal jugalah. Aku tengah berusaha bersungguh untuk lulus cemerlang dalam cubaan kali pertama, biar si Martin (guru besar) nganga dengan keputusan cemerlang aku itu nanti ha! ha!

Aku semasa kelas NDT – Radiographic Intrepretation Level II

Sementara itu, aku terpaksa melepaskan jawatan aku sebagai cleaner di RGS memandangkan aku terpaksa menumpukan perhatian kepada study dan kepada kerja di Royal Mail. Bukan apa, kelas aku start pukul 9 pagi sampai 4.30 petang, pukul 6 nak masuk kerja Royal Mail pula, jadinya kerja cleaner (4 hingga 6 petang) terpaksa dilepaskan. Aku tak sempat buat surat berhenti pun sebab sibuk giler. Tak ape kut, kerja cleaner je pun.

Aku terkilan juga sebab tak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ‘nenek kebayan’ yang menjadi supervisor RGS tu. Dulu nyaris aku nak pukul nenek kebayan tersebut dengan mop dek kerana keceluparan mulutnya. Kenny pun nyaris-nyaris juga hendak mengkarate tulang keting beliau ha ha…

Anyway, kepada semua best friend aku di RGS itu Kenny, Saiful tempe, kazman, pijo, Big Brother Miji dan yang lain-lainnya, aku minta maaf sebab blah gitu je. Kalau korang bengang dengan tindakkan macho aku tu, korang lepaskan geram korang kat ‘nenek kebayan ‘ je ok…

Ntah apakah yang aku tulis meleret-leret nih. Ok lah tu je. Sekian, terima kasey.

p/s: Lagu ini adalah lagu favorite kami semasa mencacai di RGS, terima lah…

Spoon – Rindu serindu-rindunya

Slash – Taman Astakona

Musim panas yang seksi

Musim panas datang lagi. Tidak seperti tahun lepas yang hujan berserta banjir di Sheffield, kali ini ianya sangat panas dan kering kontang. Malah sudah mulai kedengaran suara-suara komplen tentang panas daripada manusia sekeliling. Hari tu sejuk pon komplen he he he… Kufur nikmat.

Kalau berjalan-jalan di pekan Sheffield masa ini, biasanya urat leher akan mengalami kesakitan. Nak tau kenapa? Ada dua sebab; pertama, terjadinya kesakitan pada urat leher itu adalah karena terlalu banyak toleh sana, toleh sini, toleh kiri, kanan, depan, belakang, 360 darjah untuk melihat minah-minah saleh yang berpakaian seksi menjolok mata dan menjolok lain-lainnya. (Tapi wa cakap lu beb, sesetengahnya memang seksi betol…)

Berlainan dengan golongan beriman iaitu mereka-mereka yang takut dengan azab api neraka, mereka ini alhamdulillah akan menundukkan pandangan, mengelak daripada melihat dada dan peha gebu minah-minah saleh penjolok mata itu. Sekali terlihat rezeki kata kawan aku, kali kedua kalau tengok juga, bala… Oleh yang demikian adalah lebih baik menundukkan pandangan. Oleh sebab terlalu banyak keseksian di bumi ini pada musim panas, perbuatan menundukkan pandangan adalah agak berat sebenarnya. Moga dipermudahkan…

Biasanya, manusia-manusia di bumi UK ini (merujuk kepada non-muslim la) mereka berpakaian sopan dan bertutup dan kemas. Apa taknya sejuk beb! Kekadang tu cecah -7 darjah celsius, tak kan pakai seksi time tu. Apabila tiba musim panas seperti hari ini, mereka seolah-olah membalas dendam. Pakai seminimum kain yang mungkin. Yang lelakinya, dengan tak malunya berjalan-jalan di pekan dengan tak berbaju. Kalau kat Malaya orang gila jer buat begitu. Macam-macam in this world kan?

Kesimpulannya, musim panas adalah musim yang paling didambakan oleh semua pendatang di bumi |UK ini, terutamanya pendatang dari negara panas Khatulistiwa. Musim panas walaupun musim pujaan, ianya datang dengan berbagai dugaan. Berhati-hatilah di musim panas.

Sekian, terima kasey.

Bukan puisi buat bola jalanan dan insan alpa

Hari ini sudah aku lihat segalanya

Tamat sudah mimpi yang dulu

Dengan Jawapan yang ku temui

Pada lembaran-lembaran foto

Walaupun memulanya tidak kelihatan

(Aku cari, tapi tidak bertemu)

Tapi hari ini muncul pula.

Puisi ini adalah masa

untuk aku meneruskan perjalanan

seperti sebelum ini, sama sahaja

Jangan risau lah

aku tak akan menoleh lagi

jalan terus jalan

Jauh dan jauh

Lama lama.

Semoga bertemu lagi ya

Ada lagi yang belum terjumpa

Nanti jumpa lah tu

Teruskan bersilaturahim dengan ku.

Raiedzall
Sheffield
April 2008

Back From Oblivion

Ketiadaan sambungan internet pada zaman perubahan suara rakyat ini adalah sesuatu yang agak menyusahkan. Lebih-lebih lagi masa pilihanraya lalu. Walaubagaimana pun kini aku sudah kembali. Banyak isu yang ingin aku kupas (kutuk?) yang tersimpan sejak awal tahun tapi setelah difikir-fikir semula, tak payah lah. Lagi pun Pak Lah dah nak berhenti, Kera Jamaludeen dah tak bersuara sangat dari atas pokok, Shahidan dah kena singkir, Idris Lusoh nyaris-nyaris jer nak di’kesamping’kan, Khir Toyol dah jadi ketua pembangkang, Tajol Rosli nangis (kalau aku jadi dia aku gembira…), Samy akhirnya dah tersingkir dan macam-macam lagi lah perkembangan menarik.

Itulah suara rakyat.

Baiklah, tu je untuk kali ini. Esok-esok aku update lagi.

Buat kengkawan yang selalu singgah ke blog ni, terima kasih bebanyak. I lap u all!

Lagu berikut ditujukan kepada Pak Lah, dengan ucapan, hayatilah lirik lagu ini, ha ha ha… 

Orgasm Berganda

Jam menunjukkan lagi 10 minit ke pukul 6 petang. Hari sudah gelap kerana memang begitulah kebiasaannya di England pada musim beku. Aku, Kenny, Pijo, Abbad dan Kasman sedang menuju ke belakang blok Kantin sekolah tempat kami bekerja sebagai cleaner itu dengan satu tujuan, iaitu menghisap rokok.

Memandangkan menghisap rokok di kawasan sekolah adalah perbuatan yang diharamkan di UK ini, maka kami terpaksa menjalankan kegiatan itu secara sorok-sorok. Macam nak buat kerja jahat pulak…

Sedang asyik kami menikmati rokok di kawasan gelap itu, tetiba Sepul datang hendak menyertai kegiatan haram kami itu. Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sekotak Rokok Sampoerna A Hijau.

Kami yang lain-lainnya terpegun..

“wah! Mana kau dapat rokok Malaysia nih?”

Sepul membuat muka selamba lalu menjawab “hisap aje lah… bukan senang nak dapat ni…”

Kami yang lainnya hanya redha dan akur mengikut perintah. Maka berkepul-kepul lah asap rokok dengan haruman cengkih keluar dari belakang blok kantin Sekolah Tinggi Notre Dame malam itu…

“Kau tahu, kalau kat Malaysia, pepagi tu, lepas pekena nasik lemak dan teh tarik… hisap pulak rokok Sampoerna nih… huh… memang best aah…”

“Pergh! Kau tahu best macam mana?” Tanya Sepul sambil membulatkan matanya yang sepet itu..

“ha, cenggane?”

“Macam Orgasm berganda! Ha ha ha!”

Maka kedengaaran lah gelak ketawa perokok-perokok tegar itu memecah keheningan malam di celah-celah kegelapan…

Sekian.

P/s: Lagu incubus ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang ada konflik jiwa…

Zombie

Aku sekarang nih kerja part time di Pejabat Pos Sheffield, jadi mail sorter. Kerja start jam 10 malam sampei 6 pagi. Dari 6 pagi ke 8.30 pagi aku jadi cleaner dekat Pejabat Peguam Di pusat bandar.

Lepas tu dari jam 8.40 pagi hingga kira-kira jam 9 suku aku ke sekolah hantar anak. Lepas tu aku tidur sampei jam 12 tengah hari. Tu pun tidur-tidur ayam je sebab anak aku yang kecik tu memerlukan perhatian (walaupun aku dah latih dia main online games he he).

Pukul 2 setengah petang aku kembali ke sekolah ambik anak balik dan seterusnya hantar mereka ke rumah anak-anak angkat sementara aku kerja pulak dari jam 4 petang hingga 6 petang kat Sekolah Tinggi Noter Dame di Fullwood (kerja cleaner jugek). Balik kerja tu aku ambik anak-anak dan wife yang tunggu kat rumah anak-anak angkat lalu balik semula ke rumah. Di rumah, aku tidur sekejap untuk merehatkan badan dan bangun kira-kira jam 9 malam untuk makan. Lepas tu aku sambung kerja di Pejabat Pos. Gitu lah putarannya selama sebulan nih kut.

Sebelum korang tuduh aku mata duitan, biar aku jelaskan bahawa aku tengah kumpul duit untuk sambung belajar. So kalau nak tuduh, tuduh lah mata belajar-an he..he..

Anyway, badan aku nih penat banget, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ok lah gua mau tidur sekarang.

Oh ya, terlupa, aku dah potong rambut skema pendek, sempena hijrah kami sekeluarga ke Pusat bandar.

Sekian.

p/s: Lagu ini ditujukan buat kenny, Pijo dan Abbad dengan ucapan Gurly Man man man… ha ha ah!

Tips Menjadi Superhero

Sambungan dari entri yang lepas, di sini aku bagi tips percuma tentang bagaimana mau menjadi superhero dengan kuasa khas meramal peribadi seseorang melalui pertemuan pertama.

 

  1. Bila anda bertemu dengan seseorang buat kali pertamanya, lalu anda menghulur tangan untuk bersalaman, orang itu menyambut salam anda sambil lewa atau dia bersalam dengan anda tanpa melihat wajah anda (sambil ber-SMS contohnya) maka orang itu adalah orang yang sombong atau orang yang kurang rasa hormat terhadap orang lain. Orang macam ni patut dijauhi. Tapi perlu diingat bahawa, ramalan ini hanya 90% tepat maka ambil sedikit masa untuk memerhati dengan lebih lanjut akan perlakuan orang itu. Mana lah tahu, tadinya masa bersalaman, dia tengah risau memikirkan masalah dunia contohnya…
  2. Apabila kali pertama anda berbual dengan orang yang baru anda kenali, lalu dia bertanya, anda berkerja dimana dan kerja sebagai apa. Sebenarnya orang yang bertanya itu hanya mahu tahu satu perkara sahaja iaitu siapa antara kamu berdua lebih superior yakni lebih hebat. Tidaklah diketahui kenapa manusia sentiasa mahu menjadi lebih superior walaupun sesama spesis. Walau bagaimanapun, orang seperti tidaklah berbahaya kerana beliau hanya bergelut dengan keyakinan diri sendiri sahaja. Oleh yang demikian. bila orang bertanya anda bekerja sebagai apa, jawablah “…saya dah 10 tahun menganggur. Tapi duit saya dalam bank ada RM 10 juta!” ha ha ha..
  3. Apabila pertama kali anda berjumpa dengan seseorang lalu dia memberikan senyum dan salam. Lalu kemudiannya dia bertanya khabar anda serta anak isteri anda. Lalu dia mengajak anda minum atau makan sambil-sambil itu berkenal kenalan. Orang ini mungkin orang yang baik-baik. Tetapi awas! Dia mungkin juga seorang peniaga Jualan langsung yang ingin memujuk anda menyertai MLM dibawah group dia. Ini lagi bahaya!!!

Ok cukup dulu 3 tips untuk hari ini, nanti-nanti kita sambung lagi…..

Superhero..

Aku percaya setiap manusia yang diciptakan oleh Tuhan di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan masing-masing. Contohnya Saipul Apek sangat pandai berlawak jenaka, Man kidal terror bermain gitar dan Kera Jamaludin sangat terror menipu rakyat Malaysia. Dalam erti kata yang lain, semua manusia adalah superhero (atau super villain kalau jahat).

 

Aku sudah tentunya seorang superhero. Aku dikurniakan Tuhan kelebihan meramal peribadi seseorang hanya selepas berbual sekali dua sahaja. Naluri superhero aku biasanya akan memberikan mesej bahawa orang ni macam ni, orang ni tak betul, orang ni mulia, orang ni alim dan sebagainya. Dan aku rasa ramalan aku setakat ini hampir 90% tepat.. Hebat bukan? He he..

Baiklah, lepas ni aku nak apply kerja dengan Ah Long, jadi tukang interview untuk bagi pinjam wang kat orang ramai… hahahahah!

Bukan mudah menjadi aku…

 

Binasa

Dalam hati siapa yang tahu ye tak?

Tapi kalau mahu menduga hati seseorang

lihat pada sinar matanya..

Lihat pada riak wajahnya

Lihat pada tutur bahasanya

Boleh?

tentu tidak…

Isi hati manusia hanya Tuhan yang Maha mengetahui

Oleh itu

Lihat pada iman nya

lihat pada budi bicaranya

dan lihat pada tingkah lakunya

Boleh?

Tentu sahaja..

Entri ini tiada kaitan dengan Cik Dee Kay

Sekian.

Dimanakah burung…

Di Sheffield ini, kebanyakan umat Melayu (pelajar PhD dan Undergraduate khasnya) akan berkerja ‘part time’ untuk menampung hidup mereka memandangkan duit biasiswa yang dibekalkan oleh kerajaan Malaya memang tak pernah-pernah cukup. Di samping bekerja untuk menampung hidup, ada juga yang bekerja untuk menampung perabot, kereta mewah dan perlancongan ke Eropah.

Kerja yang dilakukan ada bermacam-macam. Semuanya profesional. Yang paling popular adalah jawatan Jurutera Lantai. Lain-lain pekerjaan yang dilaksanakan adalah jurutera Pengasingan Surat, Jurutera Mengisi Data, Jurutera Scanning Barcode, Jurutera Hyperruncit serta jurutera betul (kerana ada segelintir yang betul-betul dapat kerja jadi jurutera).

Sekiranya ada keluarga yang mempunyai anak kecil, maka adalah sangat susah untuk pergi bekerja kerana anak kecil memerlukan perhatian kerana tidak dapat dihantar ke Nusery bukan kerana tidak cukup syarat, tetapi kerana tidak cukup wang. Bayaran upah nursery adalah bapak mahal ! Oleh itu tinggal lah bapak-bapak yang tidak belajar menjaga anak di rumah dan hanya pergi bekerja sebagai jurutera di waktu pagi buta atau apabila larut malam setelah isteri balik dari belajar PhD nya.

Oleh yang demikian aku sangat bersyukur kerana ada orang sanggup menjaga anak-anak aku semasa aku bekerja sebagai jurutera dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi mereka.

Dulu aku juga ada sukarela menjaga anak seorang kawan kerana dia dan isterinya dua-dua orang belajar PhD. Mereka tiada tempat hendak menghantar anak dan amatlah terdesak. Kebanyakkan orang Melayu di sini tidak mahu menjaga anak orang lain kerana upah menjaga anak orang lain tidak seberapa jika dibandingkan dengan upah bekerja menjadi jurutera lantai. Kerana kasihan aku pun sukarela menjaga budak tersebut.

Selama hampir setahun lebih juga aku menjaga budak itu. Ketika itu dia berumur lebih kurang 2 tahun. Orangnya sangat sopan santun dan tertib. Baik sungguh. Dia panggil aku ayah… Sekarang aku tak jaga dah dia sebab dia dah masuk sekolah. Umur dah cukup 3 tahun. Ibu dah ayahnya sekarang dah stabil, oleh itu mereka bergilir-gilir ke universiti dan menjaga anak di rumah.

Sebagai mana anak-anak kecil yang perlukan perhatian, begitu juga keluarga-keluarga baru yang datang ke Sheffield ini. Mereka juga perlukan perhatian. Aku masih ingat memula sekali datang ke bumi beku ini, semuanya beku dan mengelirukan. Mujur ada kawan-kawan yang sudi membantu dan memberi moral support yang sangat-sangat diperlukan.

Bila sudah pandai dan lama duduk di sini, maka giliran kita pula membantu keluarga-keluarga yang baru datang dan begitulah putarannya. Ada juga kira-kira dua tiga buah keluarga yang mana kami sekeluarga yang menjadi mentornya. Mereka ini ada juga yang menjadi sahabat baik kami sampai ke hari ini…

Sebagaimana budak yang pernah aku jaga itu, begitulah juga keluarga-keluarga baru itu. Serupa.. Kini mereka ibarat anak burung yang sudah pandai terbang mencari makan sendiri, sudah pandai berdikari dan membina sarang sendiri. Sudah stabil, malah ada yang sudah bekerja serta bergaji besar. He..he.. Aku tumpang bahagia. Bagus, syabas dan sayonara…

 

 

Sekian terima kasih.

 

Raya Tahun ke 2

Kali kedua raya di perantauan (perantauan dalam erti kata dekat obersi) merupakan yang paling meriah dan happening. Rasa-rasanya dekat Malaya belum tentu jadi semeriah ini. Orang Malaya (khususnya masyarakat Melayu Islam) kalau dalam bilangan yang sedikit, akan menjadi sangat rapat dan bersatu hati. Itulah yang terjadi di Sheffield ini. Kami di sini seboleh-boleh nya semua rumah diziarahi dan bermaaf-maafan. Bagus betul kan?

 

Tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar undergraduate menyerikan lagi suasana raya di perantauan dengan datang berbondong-bondong menaiki bas no 52. Mereka ini lah yang banyak membantu dalam melicinkan perjalanan majlis hari raya dan juga melicinkan makanan. He..he..

 

Juga aku ingin merakamkan berbakul-bakul terima kasih kepada anak-anak angkat yang telah bertungkus lumus membantu kami sekeluarga menghadapi open house hari tu. You guys rock! (ala-ala ucapan artis rocker…)

Gambar di atas adalah gambar kami sekeluarga pada hari pertama Raya 2007. Dari kiri: Abg Apai, Abg Roy, Adik, Aku, Wife aku Anita, Kakak Adibah, Kakak Shafiyyah (yang kecil itu) , Kakak Lia & Kakak Zatil.

 

Anyway, kepada kawan-kawan yang sudi datang rumah terbuka kami hari tu, banyak-banyak tengkiu. Sabtu nih giliran, City Center dan Firth Park pula mengadakan rumah terbuka.

Jaga korang… ha ha ha..

 

Nota:

Dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri ini jangan lupa pula akan merekayang sedang dalam kesusahan. Saya memohon sesiapa yang terbaca entri ini mendoakan sahabat saya D yang mana Suaminya sedang bertarung dengan kanser. Insyaallah doa kalian semua mampu meringankan beban sahabat saya itu. Amin.

Mintak Mak Kuih Sepotong…

Kadang-kadang tu, time tengah bawak kereta balik kerja petang-petang, sesekali aku rasa rindu sangat hendak balik ke Malaysia. Terutamanya time-time macam ni laa, perasaan rindu aku semakin kerap, time dekat-dekat nak raya nih. Aku rindukan suasananya, auranya, makanannya, ketupat pulut yang mak aku buat, perjalanan balik kampung, semua-semua pun aku rindu. Waaaaaaa.. aku mau pulang!!!

Anyway, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca Blog aku yang tak seberapanya ini. Semua-semua laa engkorang, tak kiralah yang tetiap hari jenguk mahupun yang tersesat kerana mencari bahan lucah ke… semua-semua lah. Ampun maaf juga aku pinta kalu ada salah dan silap.
Akhir kata, sekiranya korang semua-semua yang ber-raya sakan kat malaysia tu, jangan lah berlebih-lebihan, ingatlah bahawa pilihanraya umum pasti akan menjelma selepas Raya.
Sekian terima kasih.

Meng’karate’ Tiang Perhentian Bas

Petang itu seperti biasa, selepas siap kerja-kerja mencuci di sekolah Tinggi Notre Dame aku memulakan perjalanan pulang ke rumah menaiki perkhidmatan bas awam. Bas-bas awam di UK amatlah cekap dan boleh diharap, tidak seperti bas di jalan Matang – Batu Kawa, Kuching.

Kebiasaannya aku siap kerja jam 6 petang tetapi bas terawal yang boleh dinaiki hanya tiba pukul 6 suku. Bas bernombor 60 itu aku naiki sehingga ke perhentian West Street (Universiti Of Sheffield) sahaja kerana di situ aku terpaksa pula menunggu sebuah lagi bas yang bernombor 52 untuk pulang ke Darnall kerana tiada bast direct dari tempat kerja. Selalunya aku tiba di hentian West Street jam 6:20 dan dekat pukul 7 malam baru aku akan sampai ke rumah.

 

 


Gambar hiasan – Inilah hentian bas yang hampir di karate itu

 

Perjalanan pulang yang memakan masa hampir sejam setiap hari tersebut tidak pernah menjadi masalah bagi aku sebelum ini sehinggalah tiba bulan Ramadhan. Hendak dijadikan cerita pada suatu hari yang suhunya sejuk dibawah paras mengigil lutut, bas bernombor 52 yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Berbulu juga aku menunggu bas tersebut dalam keadaan lapar dan kesejukkan. Pada hari itu waktu berbuka adalah pukul 6:53, bermakna aku tidak akan sempat berbuka di rumah melainkan hanya mampu mengorek lubang hidung, akan tetapi aku tak jadi buat kerana jijik juga rasanya… Terasa menyesal kerana tidak teringat membawa sebiji dua korma untuk dimakan sementara sampai kerumah. Sungguh hebat juga ujian hari itu rupanya.

Waktu yang tertera pada henfon aku sudah menunjukkan angka 7 yang menandakan bahawa sudah lepas waktu berbuka. Bas nombor 52 masih juga tidak kunjung tiba. Di dalam hati aku mula mempersoalkan kredibiliti bas-bas di uK yang aku sanjung tinggi selama ini. Aku mula meninjau-ninjau di sekeliling kut kut ada kedai runcit, boleh juga aku beli chikedis ke atau cokelat Snickers ke untuk mengalas perut tapi hampa. Bar dan pub banyak la. Sekali lagi aku memeriksa waktu pada henfon. Sudah 7 lebih, bas itu memang sudah lambat gileer.

Seketika kemudian, dari kejauhan aku terlihat ada sebuah bas tak bernombor terhegeh-hegeh datang. Yang bestnya dia berhenti pula bila aku tahan. Bukan apa, sebab ada tertulis ‘Darnall Special’ pada bas itu aku tahanlah, mana tahu bas nombor 52 dah tukar nama, kut la kan… Tapi malangnya aku tidak dibenarkan untuk menaiki bas itu kerana menurut pemandunya, bas itu hanya untuk orang-orang special sahaja. Cheh, nampak nya aku tak special di mata pemandu bas itu. Setelah bas itu berlalu, baru aku perasan, special yang dimaksudkan adalah untuk Orang kurang Upaya.

Mungkin kerana sejuk dan lapar, aku sudah mulai menyumpah-nyumpah di dalam hati. Terasa macam hendak aku karate sahaja tiang pondok perhentian bas tempat aku menunggu itu. Kemarahan aku agak meluap-luap juga, rasa mahu sahaja aku lempang kepala driver bas 52 tu kalau dia sampai nanti… Huh! Marahnya aku ini…

Akhirnya bas 52 sampai juga. Tapi tak de lah aku lempang kepala pemandu bas itu, aku sekadar memberikan jelingan maut sahaja. Aku tengok mukanya sardin aje, macam tak bersalah langsung. Makin berbulu la aku dibuatnya.

Aku tiba dirumah jam 7:30. Lambat setengah jam aje sebenarnya. Selepas berbuka puasa, perut sudah kenyang dan tubuh sudah tidak kesejukkan, baru aku rasa menyesal kerana marah-marah menunggu bas tadi. Aku baru di uji sedikit dah nak karate tiang bas, baru di uji sedikit dah nak lempang pemandu bas, lupa pada Pesan Tuhan. Tu belum lagi diuji dengan yang berat-berat. Mujur Tuhan tidak menjadikan aku kurang upaya supaya aku boleh naik bas ‘Darnall Special‘ tadi…

Menyesal aku marah-marah masa tu. Menyesal, menyesal…

 

 

Sekian.

 

 

Bau Wangian Kasturi…

“…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151) .

Puasa? Kalau puasa alhamdulillah wangi mulut tu..

Aku memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini kerana sudah lama tak update. Ada juga peminat aku kat Sheffield ni yang komplen sebab tak update he..he.. Femes juga aku nih rupanya.. 😀

Nah sekarang aku dah update…

Sekian terima kasih.

p/s: Selamat menyempurnakan ibadah puasa dan Selamat hari jadi kepada Puan Anita Akmar.

 

 

 

 

50 Tahun Merdeka

20070828-malaysiayellow.jpg

‘‘Pengasas-pengasas negara ini berpegang teguh kepada asas-asas yang kukuh iaitu kesopanan, belas kasihan, bertimbang rasa, integriti serta semangat dan dedikasi kepada negara. Asas-asas inilah yang dipegang oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn serta Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan ramai lagi yang telah membangunkan negara ini,’’

Petikan ucapan Abdullah Haji Ahmad

 

Abdullah Haji Ahmad terlupa bahawa wujudnya Perdana Menteri Ke-4 iaitu Tun Mahathir Mohammed, sengaja dia menyebut Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tun Mahathir hanya drujuk sebagai ‘ramai lagi‘…

Kesian… walaupun dah 50 tahun, sikapnya masih belum merdeka.

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan buat Negaraku yang tercinta.

Rujukan: Utusan Malaysia Online 28 Ogos 2007 Muka Depan

P/s: Entry ini terlambat sedikit sebab aku baru balik bercuti. Chees mate!

 

31 tahun

Aku teringat satu kisah yang berlaku kepada aku kira-kira 16 tahun dulu. Semasa itu aku sedang membonceng motorsikal bersama ayah hendak ke pasar membeli barang-barang keperluan harian. Dalam usia sebegitu muda (lebih kurang dalam tingkatan 3) aku sudah pun mencapai bentuk fizikal yang tinggi dan kurus, maklumlah baru-baru hendak meingkat remaja. Oleh yang demikian, setiap kali membonceng motorsikal bersama ayah, kaki aku yang panjang itu sentiasa terkangkang sedikit. He..he..

c70.jpg

Ayah adalah seorang penunggang motorsikal yang sangat berhati-hati. Walaupun motorsikal Boon Siew Honda C70 itu hanya mempunyai kelajuan maksimum 70 km/j sahaja, namun ayah selalu bawak dengan perlahan dan cermat. Aku yang berdarah muda remaja ketika itu sangatlah tidak senang dengan tahap kelajuan yang dipandu oleh ayah. Terasa tidak ‘cool’ langsung.

Sudah ditakdirkan pada hari itu kami mengalami kemalangan kecil. Semasa menunggang motorsikal melalui celahan kereta-kereta yang terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas itu, kepala lutut aku terlanggar lampu belakang salah sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan tersebut. Lampu belakang kereta itu pecah sedikit dan seluar slack aku yang berwarna maroon itu (semasa tu fesyen seluar memang warna sebegitu ok…) terkoyak dan menampakkan kepala lutut aku yang luka. Mujur luka itu tidak lah terasa sakit sangat, dasar tempurung lutut keras agaknya… he..he..

Menyedari akan kejadian itu, ayah segera memberhentikan motornya, dan melihat keadaan kepala lutut aku yang keras tetapi luka itu. Aku kata aku ok, tapi lampu belakang kereta yang kena langgar tu dah pecah. Kereta milik pemandu berketurunan cina itu masih lagi berhenti dalam kesesakkan lalulintas itu dan berada hanya beberapa meter sahaja di hadapan kami.

Aku mencadangkan kepada ayah supaya kami meneruskan sahaja perjalanan, kerana nampaknya pemandu itu tak sedar akan apa yang telah terjadi. Ayah aku segera menyuruh aku naik lalu menghidupkan injin motorsikal. Ketika kami bergerak menghampiri kereta pemandu cina itu, aku siap berpaling ke arah lain lagi, takut dia syak wasangka. He..he..

Tetapi ayah bertindak di luar dugaan, menyebabkan aku panik. Ayah siap berhenti di tepi jalan berhampiran kereta pemandu cina itu. Dia turun dari motor lalu berjalan ke arah kereta itu sampil tangannya memimpin aku. Aku sudah semakin panik dan keliru. Apakah yang terjadi ini?

Ayah mengetuk pintu kereta pemandu cina itu dan menceritakan perihal kemalangan berkenaan. Ayah juga turut memaklumkan bahawa lampu belakang kereta tersebut telah pecah dilanggar kepala lutut anaknya sambil beberapa kali memohon maaf.

Pemandu berkenaan yang juga keliru sama seperti aku, segera keluar dari kereta dan memeriksa lampu belakang keretanya. Aku yang diam sahaja dari tadi, kini terasa sangat gementar. Iyelah takut-takut pemandu berkenaan mengamuk ke atau minta bayaran beribu-ribu ringgit, mana nak cari wang sebanyak tu.

Setelah beberapa ketika, pemandu itu menyatakan kepada ayah bahawa lampu belakang itu sikit sahaja pecah nya. Tiada apa-apa sangat katanya. Berulang kali dia kata, “tak pa, tak pa sikit punya hal… “. Dia pun masuk kembali ke dalam kereta dan terus menghidupkan injin lalu memandu pergi. Aku yang masih tercegat di situ dengan lutut yang berdarah, ditinggalkannya dengan seribu satu macam kekeliruan dalam jiwa. Keajaiban kah ini?

Ayah tersenyum kepada aku dan selepas menyapu luka ku itu dengan tisu kami kembali menaiki motorsikal meneruskan perjalanan ke pasar…

Sekian.

 

Tidur-Lah

Pada suatu hari, di dalam kelas Darjah 3 Terbilang…

Cikgu: Dolah!!! Kamu tido ke?!

Dolah: Kruhhhh… kruhhhh… chap… chap… chap… (sedut air liur basi)

Cikgu: Huh! Nasib kamu semua le dapat ketua darjah kuat tidur…

(murid-murid lain hanya terkebil-kebil…)

Sekian.

Bangun-bangun je terus korek hidung,pas tu garu-garu tengkuk, apa kah ini? Negaraku, negarakuku, negaraku, negarakuku, kami rappers Yo! Yo! Yo!…. la la la..

Air Masak Terakhir…

Ini kisah semasa belajar di Universiti dulu. Kisah zaman bujang. Semasa itu aku bersama beberapa orang sahabat yang satu kepala duduk menyewa sebuah rumah teres setingkat berdekatan Universiti . Walau pun berbeza-beza kursus (dari kursus civil eng hingga ke chemical eng), kami adalah sangat kamceng dan bersatu hati.

Pada suatu ketika itu, semasa cuti semester yang panjang, tidak seorang pun di antara kami yang balik ke kampung kerana tiket kapal terbang ke kepulauan Borneo adalah sangat mahal. Kawan-kawan lain yang kampungnya sepelaungan sahaja dari universiti semuanya sudah balik. Memandangkan taman perumahan tempat kami menyewa itu hampir 80% didiami student, maka pada musim cuti semester sebegini, keadaan menjadi senyap sunyi seperti dilanggar syarikat penerbangan nasional Indonesia sahaja lagaknya. Justeru itu kami semuanya hanya menempek sahaja di rumah bagi menghabiskan sisa-sisa cuti.

Biasanya, selepas cuti panjang iaitu pada permulaan semester berikutnya baru wang biasiswa akan masuk. Oleh itu, sementara menunggu wang itu masuk, biasanya kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan, dengan berlapar dan tidur. Mujurlah waktu itu cuti. Kami hanya minum air masak sahaja serta makan biskut kering untuk menerus kan survival. Sadis kan?

Walaupun air masak menjadi penyambung hayat kami serumah, masing-masing amat liat hendak masak air. Harapkan member sorang ni lah sahaja, yang hari-hari masak air dan memasukkan air itu ke dalam jug plastik yang besar. Sahabat yang baik hati ni bernama Taip, orang nya berkulit sawo matang dan matanya kecil sebelah seperti mata Keri Jamaludeen. he..he.. Kami yang lain-lain nya (termasuk aku) kekal menjadi tukang minum sahaja.

Pada suatu hari tu, Taip tetiba sahaja berhenti menjalankan rutinnya. Mungkin dia rasa diperalatkan kerana geng-geng yang lain tak pernah peduli pun nak masak air. Lalu dia pun dah jadi malas juga nak masak air. Memandangkan keadaan menjadi semakin kritikal, seorang lagi sahabat kami yang juga agak rajin, Daha namanya, terpaksalah memasak air untuk diminum supaya semua orang tidak mati kelaparan. Ha.. ha.. Sungguh pun Daha sudah komited untuk memasak air, perasaan malasnya masih menebal dalam dada, lalu dia pun masak lah air sebanyak-banyaknya dan disimpan dalam beberapa jug plastik yang tiada ber-penutup serta bermacam jenis dan saiz itu. Senang katanya, tak payah masak air dah sebulan ni. Kami yang lain-lainnya memang setuju je, tak de hal..

Seminggu berlalu, bekalan air masak kami pun menjadi semakin berkurangan. Tetapi masih tiada tanda-tanda seorang pun yang rela memasak air. Teruk sungguh. Sehingga lah keesokkan harinya, air masak tinggal sedikit, kami, pelajar-pelajar yang lapar dan kekurangan zat makanan itu, berebut-rebut mahu minum air masak di dalam jug plastik yang terakhir. Si Daha berjaya merebut Jug air masak itu lalu diteguknya sehingga hampir habis tanpa sedikit pun belas kasihan. Hanya tinggal terlalu sedikit sahaja air di dasar jug plastik itu yang ditinggalnya untuk kami yang lain-lain. Bengang betul kami dibuatnya! Sudah lah lapar, air masak pun dah dihabiskannya! Sungguh tidak berperi kemanusiaan si Daha nih!

Setelah meminum air masak terakhir itu, Daha tersenyum kepuasan. Kami semua masih lagi kebengangan tetapi si Taip tetiba sahaja tersengih-sengih. Aku mati-mati ingat dia dah terjejas otak akibat kelaparan dan ke-tension-an itu.. he..he..

“Ko apa hal sengih?” tanya yang lainnya.

“Cuba ko orang tengok dalam jug tu…” kata si Taip sambil menunjuk ke dalam jug itu. Matanya sudah mengecil sebelah…

Melihat akan sedikit air yang tertinggal di dalam jug itu, tetiba sahaja si Daha terbeliak. Dia lantas berlari lintang pukang menuju ke biliknya lalu mencari-cari sesuatu dengan paniknya. Kami yang lain-lain nya masih memfokus ke dalam jug tersebut. Seketika kemudian…. kami ketawa terbahak-bahak, sampai keluar air mata. Hilang sekejap rasa lapar kami.

“Mana pergi si Daha tadi?” tanya Taip, setelah berjaya berhenti ketawa.

“Dia dah lari pergi kedai depan, nak beli apa tah?…” Jawab aku sambil mengesat air mata.

Seketika kemudian Daha balik membawa sepapan panadol yang dibelinya dari kedai depan itu. Tanpa memperdulikan kami, dia mencapai sebiji cawan plastik dan mengisinya dengan air paip. Dia lantas meneguk air paip itu untuk membantu proses menelan butiran panadol yang dibelinya tadi. Melihat akan gelagat si Daha itu, kami mengekek sekali lagi. Lepas tu si Taip bersuara;

“Woi Daha, ko ingat jentik-jentik yang ko telan tadi tu mati laaa kena panadol tu?”

Terburai gelak ketawa kami sekali lagi…

Hanya selepas seminggu baru lah si Daha bertegur sapa balik dengan kami. Dan cerita minum jentik-jentik menjadi cerita legenda di kalangan kami sehingga lah kami graduate.

Sekian.

 

Awek

Awek itu betul-betul membuat aku terpegun. Comel dan ‘happy go lucky’. Pandangan matanya oh.. sungguh memukau. Senyumannya, membuat aku tersengih-sengih perasan. Aku benar-benar mahu mengenalinya, siapa namanya? dekat mana rumahnya? Siapa nama bapaknya?

Beberapa kali juga aku terserempak dengan nya, tapi mulut aku terkunci dan lidah ku kelu. Ye lah, siapa lah aku ni.. Nak senyum pun tak jadi sebab terasa gementar sesangat, terasa macam dipaksa berucap dikhalayak ramai pun ada. Aku hanya mampu memerhatikan wajahnya dari jauh. Kekadang cemburu sendiri melihat dia bersembang dengan lelaki lelaki lain. Ha..ha..

Masa yang berlalu terasa sungguh menyiksakan. Aku terdesak mahu mengenali awek itu. Terasa ke’desperate’tan yang melampau-lampau sehingga menjejaskan selera makan (memang parah). Apa kena tah aku pun tak tahu. Cintakah ini? Tetapi akhirnya setelah tidak lagi mampu menanggung derita, aku memberanikan diri bertindak. Dengan muka yang tebal dan poyo, serta jantung yang berdegup kencang, aku me-macho-kan diri dan cuba menegur awek itu. Situasi ketika itu amatlah terasa pelik lagi janggal. Macam dalam twilight zone. Aku rasa macam nak lari balik pun ada.. Tetapi mujur, awek itu ternyata seorang yang peramah. Ditambah pula dengan ke-kacak-kan aku ni, so tak delah dia lari bila aku datang dekat he..he..

Itu cerita lama dulu…

 

Sekarang kami sudah 7 tahun kami mendirikan rumah tangga. Perut aku pun dah boroi sedikit heh.. Akan tetapi aku masih menyintainya seperti dulu, dan aku berharap percintaan dan kebahagiaan kami sekeluarga berterusan sehingga ke alam yang kekal.

 

Amin.

Sekian.

Viva Las Vegas

Pagi itu aku balik kerja agak lewat. Pukul 8.10 pagi baru aku melangkah turun dari bas no.52. Baru sahaja aku berjalan beberapa meter dari Bus Stop itu, terserempak pula dengan Din, sahabat @ jiran se-Balfour Road. “Hendak ke mana pula Din pepagi buta ni dengan pakai neck tie nya. Kemain hensem lagi.” bisik hati ku.

Wa.. gi mana ni siap pakai tie lagi?”

“Hari ni Viva le…” jawab Din tersengeh.

“Ooooo” jawab ku dengan mulut yang sedikit melopong. Viva adalah sesuatu yang agak sensitif bagi pelajar-pelajar PhD di sini.

Aku dan Din pun bersembang seketika di situ sementara dia menanti kedatangan drebar nya (pemandu bas). Sempat juga kami menghabiskan sebatang dua rokok dan menghembuskan asap pencemaran ke ruang udara Sheffield yang lembab dan dingin itu.

“Kau dah buang air belum? Nanti tengah Viva takut buat pasal pulak, he he”

“Dahhhhhh…”

Aku dan Din tergelak ntah ape-ape…

Tidak lama selepas itu aku pun minta diri ( sebab sebenarnya aku yang terasa seperti hendak membuang air, mungkin kerana banyak sangat minum kopi percuma di tempat kerja tadi) .

Aku ucap selamat kepada Din dan sempat juga aku pesan supaya selawat banyak banyak. Alim ulamak juga aku nih, he..he.. Din macam biasa, sengih aje. Mesti nervous tu.

Sesampai sahaja dirumah, aku khabarkan kepada Isteri ku tentang Din yang hendak Viva hari nih. Isteri aku sedikit terkejut dan tumpang nervous jugak. Memang sah perkataan viva agak sensitif kepada pelajar PhD…

Anak-anak aku pula dua-dua baru bangun tidur. Memandangkan sekarang cuti sekolah (cuti 2 bulan musim panas) aku tak lah bergegas menyiapkan mereka untuk ke sekolah. Malah kadang-kadang budak budak tu sampai ke petang tak mandi, sejuk takpe he he..

Bila jam sudah menunjukkan pukul 1.20 petang aku pun buka komputer . Macam biasa lah, kembara ke alam siber. Baca blog engkorang semua, baca blog politik, baca surat khabar online, tengok youtube, layan online movie dan last sekali aku buka e-mel.

Beberapa e-mel pertama yang dihantar kepada aku adalah spam. Ini termasuklah e-mel pasal viagra. Cheh! E-mel pasal skim cepat kaya pun ada. Cheh!

Tapi ada satu e-mel dari yahu group masyarakat Melayu Sheffield yang bertajuk: “Viva Mechanical” aku buka dan baca isi kandungannya. Biasanya e-mel dari yahu group masyarakat Melayu Sheffield adalah agak panas dan kontroversi. Ye lah, masing masing nak jadi hero melayu layu.

Rupa-rupanya cerita pasal Din dan dia dah berjaya dalam Viva nya. He he.. terbayang sengihan nya pepagi tadi…

Kepada Wak Din aku ucap tahniah dan syabas.

Sekian.

Nota:

  1. Viva adalah presentation untuk tesis PhD yang menentukan lulus atau gagal PhD tersebut. Viva Las Vegas… viva Las Vegas… la la la
  2. Din adalah suami kepada Puan Yus, penulis Blog “Nukilan Hati dan Panorama Kehidupan” (juga dari Balfour road) Tahniah juga kepada Yus..

Surat

Dokter K,
Selangor,
Malaysia.

22 Julai 2007

Asalamualaikum WBT

Kehadapan sahabatku Dokter K yang dikasihi,

Kabare? Waras? he.. he.. anak-anak dan isteri sehat? Aku ni sesaje je rasa nak menulis surat kat engko. Rindu rasanya kat engkorang semua..

Apa cerita kat Malaya? Baik? Ada jumpa Emran Taram? Si Rizal karipap kata Supervisor dia carik. E-mel pun tak balas.. Macam-macam laaa..

Ko tahu, kat sini sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Keadaan telah banyak berubah semenjak kau balik Malaya.

Kat tempat kita kerja petang tu, Supervisor kita Si Ana dah balik Mexico. Sekarang nih dah ada supervisor baru, omputeh, Silvia namanya. Sempoi jugak. Tak de detail sangat, bebudak kerja mengelat jer hari-hari.

Kat ofis kita pagi pun dah ramai orang baru. Rasa-rasanya tinggal aku sensorang je yang pekerja veteran. Bebudak undergrad dah conquer. Supervisor kita si Joyce tu masih seperti dulu, ceria dan selalu gelak ntah apa-apa. Tapi kopi kegemaran kita sudah rasa macam lain sikit. Agaknya kompeni pembekal kopi pada vending machine tu dah merasa agak rugi (sebab kita minum sampai 5 cawan seorang) lalu ditukarnya kopi chap yang murah-murah sikit…

Kawan-kawan lama pun ramai dah balik dan ramai akan balik. Tapi yang baru-baru sampai lagi ramai. Din Balfour Road pun dah nak Viva. Mesti syok giler dia tu. Aku jer yang tak viva viva lagi…

Summer tahun nih tak sama macam tahun lepas. Ni pun aku tengah sejuk kaki menaip nih. Hujan setiap hari. Tak ubah seperti winter suasananya. Semalam aku sekeluarga bakar jugak sate kat laman belakang rumah tu. Aku tak pedulik pun hujan yang turun rentes-rentes tu. Aku ber BBQ guna payung. Sadis kan? Kalau kau ada lagi kat sini mesti aku ajak kau sekeluarga makan sekali dalam hujan tu…

Aku ingat lagi first time kau bawak kita orang ke carboot Old Cotes, Summer tahun lepas. Besar sungguh carboot tu. Rasa macam nak patah kaki berjalan, tu pun tak abis round. Kau tahu? tahun nih carboot Old Cotes tu kecik jer dan barang yang dijual macam hampeh… Udah lah becak, cas masuk maintain sepound! Tadi aku hanya membeli sebuah hair dryer aje (untuk mengeringkan carpet…)

Ha okey lah, aku stop dulu, melalut lalut pulak cerita aku nih. Kalau ada masa nanti aku tulis lagi. Kirim salam kat family engko dan kawan-kawan kita disana ok.

Sekian.

Raiedzall,

Sheffield UK.

Tokoh Anak Gemilang Malaysia

Awas! kalau anda alergi kepada pengampu dan pembodek jangan klik, nanti muntah hijau…

Keputusan Afundi tokoh Anak Gemilang Malaysia

endon-menang.jpg

Uweeeeeeek!

Update

Keputusan Afundi terkini menyaksikan kejutan demi kejutan. Tak semestinya yang mendapat undi sms terbanyak akan menang…

Endon telah tersingkir terus dari senarai!

Konspirasi kah ini?

endon-kalah.jpg

Sila baca blog Bro Rockybru dan komentar-komentar yang lainnya.

Klik sini.

Paris

Paris tak seperti kota London atau Kuala Lumpur. Bandarnya cantik dan penuh warna warni. Sungainya mengalir air kebiru-biruan.

Menara Effiel, adalah besi-besi biasa yang dicantum menjadi struktur yang tinggi. Romantik? mungkin juga…

Cuma mungkin sistem keretapi bawah tanahnya (subway) agak kotor dan gelap serta menakutkan. Juga sepanjang laluan keretapi itu dipenuhi contengan ‘grafitti’. Lain-lain mercu tanda nya memang indah seperti yang digambarkan.

Penghuni kota Paris agak sombong seperti juga di Kuala Lumpur, tetapi ada juga yang baik hati membantu aku mengangkat beg menaiki tangga-tangga subway. Dan ada juga yang bangun memberi tempat duduk kepada isteri dan anak-anak ku di dalam keretapi yang penuh sesak…

Aku memang selalu ber-persepsi negatif akan kota-kota orang barat, seperti mana persepsi aku terhadap Kota London. Bagi aku Malaysia adalah tempat terbaik. Tetapi kali ini berbeza, tak pernah sama sekali aku menyangka, aku akan jatuh cinta pada Paris…

Unfinished Business

‘Next week i’ll not be around…” kata ku kepada anak-anak murid ku yang majoritinya berkulit hitam dan berambut kerinting itu.. Sudah hampir setahun aku menjadi Tutor kepada budak-budak Somalia ini.

Why? Where are you going sir?’ tanya Ahmed, salah seorang murid ku yang agak hyperaktif tetapi bijak orangnya…

‘I’m going to Disneyland Paris…’

‘What are you doing there Sir?’ tanya si Mukhtar pula. Mukhtar sebaya dengan Ahmed iaitu berumur 13 tahun, tetapi dia lebih matang dari segi pemikiran.

‘Oooo.. I got unfinished business with Mickey Mouse’ jawab ku bergurau. Aku malas mahu menerangkan dengan lebih lanjut memandangkan waktu tution sudah hampir tamat…

‘Oooo I see….’ ujar Si Ahmed sambil menggaru kepalanya yang berambut kerinting itu, ini diikuti dengan gelak tawa kawan-kawannya yang lain…

Aku pun tergelak sama. Macam-macam la si Ahmed nih…

Cari apa saja kau suka guna Google

Pertama-tamanya, tajuk entry aku kali ni hanya lah salah satu taktik untuk menjana traffic ke blog ni. Ye la, tajuk yang ‘catchy’ biasanya menarik perhatian ramai. Kalau letak tajuk yang berbaur lucah dan seks lagi banyak orang datang singgah. Agaknya dalam dunia siber ini ramai sangat orang gila seks ye tak? He.. he..

Walau bagaimanapun, melalui entry ini aku ingin berkongsi ilmu internet hacking menggunakan injin carian Google. Ya… Google dan bukan yahoo! atau lain-lain injin carian yang poyo dan lembab itu…

Baiklah, aku tidak ingin menulis panjang berjela. Sebab mengikut kajian, pengguna internet tidak membaca sangat apa yang kita tulis. Mereka hanya ‘skim’ jer… tau apa skim? maksudnya baca sambil lalu jer…

Semua orang tak kira Melayu atau bukan Melayu mempunyai keinginan voyeurism dalam diri (kalau tak tahu makna Voyeurism cepat-cepat klik kat sini). Voyeurism-lah yang menyumbang ke arah lahirnya kaedah Google Hack, iaitu satu kaedah untuk mencipta carian yang akan menyenaraikan maklumat daripada ‘unprotected directories’ di internet.

Dengan kaedah ini, kamu boleh mendengar lagu, tengok video dan gambar yang orang simpan dan juga berkemungkinan boleh men’download’ secara haram koleksi mp3 mereka ini (walaupun aku selalu buat, tapi aku tak menggalakkannya, tak baik tau…).

Tapi awas! benda ini boleh menyebabkan ketagihan…

Memula sekali biar aku terangkan apa maksud ‘unprotected directories‘. ‘Unprotected directories’ ialah fail internet yang tidak ber-indeks. Contohnya direktori yang tiada fail-fail index.htm, index.html, index.php atau beberapa jenis fail index lagi yang jarang digunakan.

Sekiranya kamu memasuki satu satu direktori yang tiada ber’password’ dan tiada fail indeks maka sistem internet secara otomatik akan membina satu senarai fail-fail yang tersimpan di dalam direktori tersebut.

Haaaa.. kalau dah jumpa senarai tu, baru lah seronok sedikit. Kamu boleh klik mana-mana fail yang disenaraikan untuk melihat atau mendengar malah boleh juga di’download’ secara haram fail fail yang tak berdosa itu. Ha..ha..

Ok.. Macamana nak buat? Kamu perlu membina satu kombinasi istilah carian menggunakan Google yang membolehkan sistem internet mengenali dan mencari halaman-halaman direktori ini.

Perkataan “Index of /” adalah yang paling mudah didapati di dalam direktori seperti ini. Biasanya terdapat dalam tajuk laman direktori berkenaan. Malangnya, Google mentafsir slash (“/”) sebagai arahan untuk berhenti maka kamu tidak boleh mencari “/” menggunakan Google. Masalahnya, tanpa “/” terlampau banyak laman web di dalam internet yang mempunyai perkataan “Index of” . Oleh itu, kamu perlu menambah perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan di dalam laman berkenaan.

Contohnya seperti “name,” “last modified,” “size” dan “description,” diikuti dengan perkataan “Parent Directory.” Kombinasi perkataan-perkataan ini dan perkataan “Index of” pada tajuk laman berkenaan, akan memberikan carian yang lebih tepat lebih-lebih lagi jikalau ditambah dengan perkataan “-inurl” untuk menapis laman-laman web yang biasa-biasa aja (maksudnya bukan ‘unprotected directory’) yang berkemungkinan juga turut menggunakan perkataan-perkataan berkenaan.

Ada faham? Bagusss.

Kombinasi perkataan tersebut kelihatan seperti url di bawah, cuba try click tengok:

[-inurl(html|htm|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size]

Menarik bukan? Tapi agak bosan kerana terlampau banyak fail-fail program yang tidak diketahui, fail text, laman web dan macam-macam lagi. Untuk membuat carian lebih terperinci, cari sesuatu yang khusus pada nama fail dalam senarai berkenaan.

Sebagai contoh, kombinasi berikut adalah mengenai Siti Nurhaliza. Di dalam direktori yang dijumpai, ada dipaparkan mp3, gambar dan ada juga fail movie.

[-inurl:(htm | html | php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +”siti nurhaliza”]

Katakanlah kamu mahu mencari fail movie dalam format WMV atau AVI (fail video):

[-inurl:(htm|html|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +(wmv|avi)]

atau dalam format WMA atau MP3 (fail lagu / bunyi):

[-inurl:(htm|html|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +(wma|mp3) ]

atau dalam format jpg atau gif (fail gambar) :

[-inurl:(htm|html|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +(jpg|gif) ]

Haaa… aku tau dah apa yang ko fikirkan tu… mesti ko nak cari gambar bogel kan? Tak baik tau…

Kamu boleh membuat carian yang lebih spesifik dengan menyatakan kedua-dua jenis fail beserta perkataan yang sesuai di dalam kotak carian Google itu. Contohnya carian berikut digunakan untuk mencari fail video harry potter:

[-inurl:(htm|html|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +(wmv|avi) “harry potter”]

Atau pun kalau tak jumpa gak video harry potter yang kamu suka sangat, cuba agak jenis fail bagi video itu, seperti contoh carian berikut:

[-inurl:(htm|html|php) intitle:”index of” +”last modified” +”parent directory” +description +size +(”harry_potter.wmv”|”harry_potter.avi”)]

Haaaa… amacam best? Bagus… bagus…

Ok lah. Tu je yang boleh aku kongsi bersama kali ini. Lain-lain tu cuba lah kamu ber-eksperimentasi sendiri-sendiri. Kalau ada soalan, postkan dekat ruangan komentar.

Pesan aku, gunakan kaedah ini untuk kebaikan sejagat dan jangan cari benda-benda tak senonoh.

Okay…Wa chow.

Terima Kaseyyyyyyyyyyyyyy!

update 2/8/07

Video mengenai kaedah ini (ada lain sikit, tapi basic nya sama aje)

Loga

Dulu, masa kecik-kecik dulu, kira-kira umur 10 – 11 tahun aku punya beberapa orang sahabat karib. Mereka adalah Lai, Habib dan Iwek. Entah mengapa aku masih ingat nama bapaknya si Lai adalah Mersit manakala nama ibunya Kabong. He..he..

Habib pula seorang budak yang memang sangat kreatif dan hebat. Dia adalah jaguh dalam semua aktiviti yang kami lakukan. Dan yang paling ‘cool’ adalah dia sentiasa membawa pisau lipat dalam poket seluarnya kemana sahaja dia pergi. Kalau me-lastik burung memang lastikan dia sahaja yang akan mengena. Lastikan kami selalunya tersasar mengenai cermin rumah orang.

Iwek pula adalah seorang budak berketurunan Murut dan sentiasa ada hingus hijau meleleh dari hidungnya. Kalau dia pergi kemana-mana, dia amat selesa berkaki ayam. Pernah sekali tu kakinya terkena serpihan kaca semasa kami menangkap udang di tepi sungai Rejang. Setelah kami membawa dia pulang ke rumah, dia dibelasah oleh ayahnya dahulu sebelum dihantar ke hospital untuk dirawat. Seingat aku dia menerima 3 jahitan. Akan tetapi Iwek adalah seorang budak yang tough dia tak menangis pun, dan yang bestnya dia siap berbangga lagi dengan jahitan di kakinya itu…

Semasa cuti sekolah, kami ber-empat memang punya aktiviti yang sibuk. Daripada main guli sehingga memancing udang di muara sungai Rejang, daripada menceroboh ladang jagung Makcik Igat hingga bermain polis sentri di kawasan rumah kosong, daripada melastik burung hingga memanjat pokok jambu batu yang penuh kerengga, dari mandi sungai (pernah suatu ketika aku hampir lemas di sungai itu…) hinggalah mencari ‘midin‘ dalam hutan, semua itu kami lakukan dengan penuh kebebasan, walaupun kalau dapat tahu dek ibu bapa kami, haruslah makan talipinggang.. akan tetapi kehidupan adalah sangat best ketika itu!

Pada suatu hari, sedang asyik kami 4 sekawan bermain guli di halaman rumah Lai, kami terlihat sekumpulan budak-budak bujang sedang lepak di anjung rumah seorang lagi kawan kami iaitu Mugan. Budak-budak bujang itu adalah kawan-kawan kepada Abang Mugan. Mereka seperti kebanyakan budak-budak bujang masa itu adalah berimej rock kapak, berseluar ketat dan rambut gerbang-gerbang. Salah seorang daripada mereka ada membawa radio mini compo. Kami terdengar lagu ‘hingga akhir nanti‘ berkumandang dengan kuatnya.

Lai kata; “.. ko tau abang si Mugan tu ada semua kaset Alleycats…” Waaa, aku melopong mendengar kenyataan itu. Semua? Mesti berkotak-kotak tu.. fikir ku. Manalah aku tau berapa banyak album Alleycats ada masa tu. Yang aku tahu lagu-lagu dia memang best dan boleh feeling-feeling. Iwek dan Habib tak peduli pun. Mereka lebih kusyuk bermain guli…

“Jom kita lepak dengan dia orang…” kata Lai. Aku mengikut jer. Memang lagu tu antara lagu yang famous juga pada masa tu. Kami pun datang dekat konon konon untuk lebih menikmati.

Apabila kami sudah datang dekat, tetiba Abang si Mugan menyergah, “Woi! bebudak… jauh sikit aaaa… engkorang ni busuk betul laaa… main dalam longkang ke, pergi pergi!?” Ujarnya sambil menutup lubang hidung.

Aku dan Lai hanya tersengih. Memang benar tadi kami berempat main dalam longkang besar konon-konon mencari ikan sepat. Si Habib la yang bawa jala kecil ciptaannya. Takde pun ikan sepat dalam longkang tu, dapat busuk longkang ada laaa..

Aku dan Lai terus blah jer sambil menyany-nyanyi lagu ‘hingga akhir nanti‘ dengan riangnya… Di halaman rumah Lai, Habib dan Iwek sedang duduk lepak sambil makan aiskrim. Mereka berdua turut tersengih melihat kami kena marah…

Aaaahhh.. sungguh best kehidupan masa kecik-kecik dulu…

Opps! I did it again…

Islam not above constitution, says PM
(Translation in Melayu : Islam Tidak Mengatasi Perlembagaan, kata PM)
R. Manirajan and Llew-Ann Phang
KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy’s appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.”One must have a hole in the head to say it was a political decision. We’ve never asked or pressured the court to make political decisions,” he said.

“The problem here is emotion, and if one allows emotion to control [him/her], this is what will happen and one will have all kinds of things in the head, including suspicion.”

He was asked to comment on allegations that the court’s decision was politically motivated…

Read more from the Sun online, click here.

WTF is he saying? Gerbang Ruhanie has the story. Click here and then here.

Sekian Terima Kasih.

Monolog buat Joe Lipas

 

Joe…

Kenapa kau dan kawan-kawan kau tu selalu lepak kat sini? Dah puas aku buat penghapusan etnik, jumlah kaum keluarga mu tidak juga luak-luak. Apa kah yang kau cari di sini, wahai Joe? Tidak kah kau tahu tiada apa-apa yang boleh aku sumbangkan kepada kau, selain sisa makanan yang anak-anak ku tumpahkan…

Joe…

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, bagaimana keadaan hidup engkau dan masyarakat kau itu. Apakan hidup kalian juga sangat komplikated seperti kehidupan kami manusia? Apakah PM masyarakat lipas juga seperti PM kami Joe, kuat tidur? Percayalah Joe, kalau kau menjadi manusia, pasti kau akan malu kerana menjadi rakyat yang melantik mamat lalok sebagai pemimpin. Tapi Joe, kalau kau kerja kerajaan, kau musti suka. Apa tak nya, gaji kakitangan kerajaan dah naik Joe. Gaji aku juga tak naik-naik Joe… Kau ada naik gaji tak Joe?

Joe

Kau beruntung kerana hidup mu hanya mencari sisa makanan yang terbuang. Lebih-lebih lagi kat rumah aku nih, memang banyak sisa makanan daripada lauk yang sedap-sedap. kalau kau bermastautin kat rumah sebelah, aku yakin kau akan menjadi kurus kering Joe. Mesti kengkawan kau panggil kau Joe Kering sebab tiada sisa makanan yang kau boleh jumpa di situ Joe… Tapi tak mengapa Joe, walaupun sisa makanan kat situ agak terhad, kau boleh berlatih menjadi pakar strategi memanipulasi kawan untuk kepentingan peribadi joe, kalau kau rajin dengar mereka bersembang.

Joe,

Kau kerja apa? Aku seorang cleaner Joe… kerja aku agak berat juga joe. Hari-hari kena cuci pejabat & sekolah orang Joe. Aku penat Joe. Hari tu aku ada mintak kerja yang lebih baik tapi tak dapat. Kawan aku pula asal mintak kerja dapat, asal mintak kerja dapat… Entah lah Joe, mungkin belum rezeki aku.
Kau apa tau Joe…

Joe,

Kau takut tak polis traffic? Aku takut polis traffic Joe. Hari-hari kalau aku bawak kereta, jantung aku berdegup kencang takut terserempak polis traffic. Kau jangan gelak Joe… aku serius nih. Kau tak payah bawak kereta, bolehlah kau sengeh…

Joe,

Summer tahun nih tak ter ingin kah kau nak jalan-jalan tour UK & Europe? Mesti ramai sedara mara kau belah-belah Scotland sana… Aku teringin juga Joe, tapi asyik tak cukup duit aje Joe… entah bila duit nak cukup tak tau lah…

Joe…

Sakit kah bila aku jentik kau tadi, sehingga terburai isi perut mu itu? Bukan kah sudah aku katakan, jangan kacau aku semasa aku menghadap komputer? Kau semakin kurang ajar Joe… Kau sudah tidak takut melintas depan batang hidung aku tanpa menundukkan badan.

Sudah lah joe, kau ajak lah saudara mara dan sahabat handai mu pergi dari sini sebelum aku spray dengan Ridsect.

Pergi lah Joe…

pergi Lah

-Sekian-

Seven Samurai

Tahukah anda apa itu ‘Seven Samurai’…? ‘Seven Samurai’ merupakan sebuah filem Jepun yang dianggap terbaik dalam sejarah perfileman dunia. Haaaaa.. gempak tak? Filem ini diarahkan oleh Akira Kurosawa pada tahun 1954 dan pernah dicalonkan dalam Academy Award untuk kategori Best Art Direction-Set Decoration, Black-and-White dan Best Costume Design, Black-and-White.

Filem ini mengisahkan sekumpulan petani di sebuah perkampungan di Jepun yang mengupah tujuh orang Samurai tak ber-tuan untuk membantu mereka menentang penjahat yang selalu datang merampas hasil kebun mereka setiap kali musim menuai.

Haaa.. memang gempak sekali bunyinya filem ini. sudah lama juga aku teringin nak tengok filem ni tapi tak kesampaian sehingga lah pada hari ahad lepas, aku terjumpa DVD ‘Seven Samurai’ tu kat Carboot Marshlane. Aku pun dengan ter’uja’ nya membeli DVD tu sebab harga yang diletak oleh penjual tu murah je. Mungkin sebab 2ndhand,dia pun jual lah dengan harga GBP 1.50.

Keesokkan harinya, selepas menghantar anak ke sekolah dan selepas Ibunya pergi ke Universiti (lebih kurang pukul 10 pagi). Aku pun pasanglah DVD tu. Seronok nih… tak sabar…

Waaa.. hitam putih, macam cerita P.Ramlee.. ye la buat tahun 1954, Malaya belum merdeka pun lagi masa tu… best… best…

Waa.. tak de sarikata… takpe kalau perati betul-betul mesti boleh faham cerita ni… best…

Waa.. banyaknya bercakap, bila nak lawan-lawan pedang samurai ni?

Waa.. aku dah terkebil-kebil…

lepas tu aku terlelap….

sekian terima kasih…

BBQ Geng Mengaji Darnal Sheffield 2007

Di Sheffield ni kami bertuah kerana ada seorang Ustaz yang sanggup mengajar anak-anak kami mengaji Al Quran. Di mukim Darnall ada beberapa keluarga yang mana Ustaz akan datang ke rumah 3 kali seminggu untuk tujuan mengajar membaca Al Quran tersebut.

Aku ucapkan terima kasih kepada Ustaz Hazri atas pengorbanan dan kegigihan beliau beramal dan menyumbang untuk agama.

Hari tu kami ber BBQ. Gambar ada kat bawah…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pole Dancing & Pole To Pole

If you want to read about pole dancing, it’s here. It’s a good exercise . But don’t you read about the pole to pole expedition. It’s a waste of time, money and resources.

And the ‘tanam Quran’ thing… It’s very ignorant and should be done only by idiot.

I vote for pole dancing. Go baby go!

PM marah paip bocor di Kampung Tambalung

Oleh Wartawan dari dunia beku

Gambar hiasan semata-mata (tiada fungsi)

Kota Belud, Sabah 12 April – Datok Sri Abdollah Hj Ahmad amat marah dengan kebocoran paip air di Kampung Tambalung, di sini semalam hingga menyebabkan penduduknya bergantung kepada sungai dan air hujan untuk bekalan air, iaitu untuk minum, memasak makanan, membasuh pakaian dan mandi dan beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Pedana Menteri menegaskan, jika wujud penyelewengan dalam pembinaan paip air kampung tersebut, pihak bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan kerana kejadian itu tidak sepatutnya berlaku pada kampung seperti itu.

‘‘Saya merasa amat marah, mengapa satu kampung di Malaysia yang Terbilang, ada kerosakan seperti itu. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena. Adakah kerosakan ini berlaku ketika kampung itu dibuka?

‘‘Dalam perkara ini Jabatan Kerja Deparaya (JKDr) dan Institut Kerja Deparaya Malaysia (Ikderam) telah diarah membuat siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut. Setelah siasatan selesai mereka akan mengemukakan laporan kepada pihak kerajaan,’’ katanya.

Abdollah berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Kononnye Malaysia (DEY MACAA..) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Sekatari Negara, Tan Sri Mohd Sideq Hussin; Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Johnny Aziz; Pemangku Ketua Pengarah Body Pencegah Rasuah (BPR), Datu A. S. Hamdon dan Ketua Polisi Negara, Tan Sri Musa Hussin.

Semalam, aktiviti harian di Kampung Tambalung, ‘terhenti’ apabila berlaku kebocoran paip air di Menara Tangki Air Khayalan, melimpah hingga ke Rumah Wakil Rakyat Kota Belud, yang sedang menginap di hotel mewah ketika itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku sejak pukul 2 pagi itu menyebabkan lebih 3,000 orang Kampung yang mahu menjalankan aktiviti harian terpaksa diarahkan ke Kampung Tambalung cawangan di Kajang, Shah Alam, Wangsa Maju, Kelana Jaya dan Subang. (Jauh Juga…)

Seramai 150 tahanan warga asing yang ditempatkan di lokap di bawah rumah Wakil Rakyat Kota Belud, turut dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih dan Depoh Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. (lagi jauh…)

Selain siasatan, Abdollah berkata, usaha pemulihan juga perlu dilakukan segera kerana kampung berkenaan merupakan sebuah kampung berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata, sekiranya usaha tersebut (pemulihan) tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat, ia boleh menjejaskan urusan orang kampung berkenaan.

Ketika ditanya adakah kejadian itu boleh menjejaskan imej kerajaan, beliau berkata, orang akan melemparkan pelbagai tuduhan tetapi yang penting ketika ialah tindakan segera perlu diambil.

‘‘Dalam kejadian ini ada dua perkara yang perlu kita tumpukan, pertama usaha untuk memulihkan paip bocor di Kampung Tambalung supaya ia dapat beroperasi semula.

‘‘Kedua, melakukan siasatan sama ada kerosakan yang berlaku itu kerosakan biasa atau merupakan satu kealpaan di pihak kontraktor yang membina sistem paip di Kampung tersebut,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdollah mengakui antara kelemahan Kontraktor-kontraktor sistem paip di kampung-kampung ialah tidak menjalankan proses penyelenggaraan secara berkala kerana wujud satu persepsi paip air di kampung-kampung baru tidak perlu diselenggara.

‘‘Sebenarnya setiap sistem paip baru di kampung-kampung perlu sentiasa diperiksa dan diselenggara. Jika ada kerosakan, ia perlu diperbaiki segera. Pada peringkat awal mungkin ia hanya kerosakan kecil.

‘‘Namun begitu jika dibiarkan ia boleh menjadi besar. Tengoklah apa yang berlaku di Kampung Tambalung itu,’’ ujarnya.

 

Nota: Artikel ini hanya rekaan dan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang pernah hidup.

Rujukan:

  1. Utusan Online 3 April 2007 Berita Utama
  2. Blog Kuda Ranggi : 40 tahun tanpa bekalan air bersih, di mana keadilan?

 

Hari Sudah Panas

Semenjak seminggu dua ini cuaca sudah mulai berubah di bumi Sheffield. Suhu sudah mulai meningkat sehingga 15 darjah Celcius. Daripada suhu yang negatif beku menjadi agak panas, suatu perubahan yang menginsafkan..

Dulu bila sejuk, “..sejuknya hari ni…. bila lah nak Summer…”

Sekarang ni bila panas, “…Uih, panasnya! Pasang aircond… cepat!”

Entahlah, manusia memang jarang bersyukur bukan? Atau Mudah lupa.

Hari ni aku duduk bersantai belakang rumah je sambil menikmati kehangatan sinaran matahari. Membalas rindu dendam ku selama hampir setahun…


Ni video masa summer tahun lepas. aku yang baju merah yang paling kacak tu le.. he..he..

Search Terms

Salah satu sebab kenapa aku berhijrah daripada Blogspot ke wordpress adalah kerana terdapatnya kemudahan memantau statistik blog. Melalui kemudahan ini aku dapat tahu bahawa kingbinjai selalu melawat blog aku ini. D & maz-naz pun agak kerap mengunjungi blog aku yang tak seberapanya ini. Traffic yang lain-lainnya datang daripada search engine atau pun daripada komen-komen yang aku tinggalkan. Begitu juga dengan kunjungan daripada tuanpunya blog yang aku selalu singgah (rujuk blogroll di sebelah kanan).

 

Kadang-kadang search term yang digunakan untuk sampai ke weblog ini agak pelik dan lucu. Mari kita lihat antara ‘search term’ tersebut dari tarikh 20 Mac 2007 sehingga hari ini:

 

 

Search Terms for 7 days ending 2007-03-26

Today

Search Views
manfaat puasa 1
Apasal 1
kari ikan tongkol 1

Yesterday

Search Views
adlin aman ramlie pengkritik akademi fan 1
teori layout 1
hukum newton 1
kemalangan tapak bina 1
contoh mulut ikan terminal 1

2007-03-24

Search Views
Mohd Radzif bin Mohd Yunus 2
upgrade to blogger beta 1
akhbar online tahun-tahun lepas(tentang 1
tajuk berita banjir 1
showstash.com 1
FAKTOR KESIHATAN MONGOLIA 1

2007-03-23

Search Views
video aksi hebat 1
kisah anak datuk k 1
hilang bau badan 1
keajaiban kalajengking 1
pakaian seragam pengakap sekolah se 1

2007-03-22

Search Views
showstash 1
sahabat sejati 1
kos penerbitan iklan 1
media massa+isu anuar ibrahim 1
ooooo 1
teori urban 1
Laporan banjir di Johor (Disember) 1

2007-03-21

Search Views
sahabat sejati 1
WWW.UKEMERGENCY.CO.UK 1
lirik lagu kartun jepun 1

2007-03-20

Search Views
hukum newton 2
nak kurangkan beban pinjaman peribadi 1
chucky siong 1
kegiatan kokurikulum di sekolah 1
Hukum 3 Newton 1
nasik photo 1

 

 

Menarik tak?

Ok le, akhir kata, terima kasih kerana mengunjungi weblog ini.

Please come again. 🙂

   
   
   
   
   
   

Akademi Fantasia Lagi

Memang lucu gak bila terbaca profile peserta Akademi Fantasia yang bernama Heliza itu. Tapi tambah melucukan lagi bila aku terbaca profail-profail peserta-peserta AF yang lain. Sama-sama kita saksikan…

 

 

AFIQ

 

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 – 2007
1. TsuMawi
2. Tsunami
3. Fenomena Drift > ape nih? Drift macam kat citer Fast & Furious: Tokyo Drift ke?

 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Helang kerana ia boleh terbang ke mana-mana dan mempunyai mata yang tajam > he..he.. nak jadi helang pulak dah…

 

 

AIZAT

 

 

 

Deskripsi : Jejaka gempal ini pandai menari dan mempunyai kenolehan melukis komik. Seorang yang jujur dan merupakan pendengar yang baik. Sangat teruja apabila melihat mikrofon.

 

 

 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Gorilla kerana kaki dan tangannya yang kuat > well.. if you say so..

 

 

 

ASWAD

 

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Tidak membenarkan manusia menggunakan bahanapi kerana ia mencemarkan alam sekitar > abisla, pakat hidup dalam gua lah semua orang

 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
King Kong kerana ia terlalu besar dan tidak mengganggu haiwan lain > Ha..ha.. ha…

 

 

CANDY

 

 

 

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 – 2007
1. Pembinaan Mydin yang terbesar di Subang Jaya > Mydin? penting tu..
2. Yuran SPM telah disubsidi oleh kerajaan
3. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza

 

 

 

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Saya akan penuhkan berbagai-bagai bendera luar negara di kawasan saya. > Bendera? Apa kah ini?

 

 

 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Rama-rama kerana berkebolehan untuk menghisap madu dan bebas terbang >Dik…, jadi orang pun boleh hisap madu..

 

 

DIYA

 

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menjadikan dunia ini aman damai tanpa sebarang peperangan dengan mencipta robot anti perang >Hmmm.. macam citer terminator tu ye?

 

>Nota: Budak nih siang-siang dah tersingkir…

 

 

 

FATIN

 

 

 

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Memperbaiki barang-barang awam yang sudah rosak > Tu tak payah jadi wakil rakyat, jadi mekanik je…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HELIZA

 

Rujuk entri sebelum ni..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MILA
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 – 2007

 

 

 

1. Tsunami
2. Tahun Melawat Malaysia 2007
3. Black-out di Prangin Mall > Penting kah ini?

 

 

 

 

NONI

 

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Menarik nafas panjang-panjang dan membaca selawat 3 kali > Boleh ke cenggini?

 

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Lembu kerana kawan-kawan saya sangat takut dengan lembu > No komen laaaaa

 

Ok lah, tu jer bahan informasi dari rancangan Raja Lawak Astro, eh.. laa.. ni bukan rancangan raja lawak tu ke? Oooo Akademi fantasia.. Jangan lupa bazir-bazirkan duit anda untuk AFUNDI mereka ini ya… Terima kasih.

 

 

 

Akademi Fantasia

Semalam aku tengok Akademi Fantasia, ye.. kat UK pun boleh tengok Akademi fantasia… betul… tapi tengok kat youtube jer. Ada seorang peserta tu cun-la jugak (bukan aku cakap, tapi wife aku cakap cun).. tapi suaranya tidak le merdu sangat, tahap menyanyi di karaoke Amoi je. Anyway, tadi aku terbaca profile beliau kat website Akademi fantasia (err.. siap tengok website AF, keji tak?) dan aku rasa ada sesuatu yang pelik tentang beberapa jawapan yang si Heliza ni bagi. Cuba tengok apa yang aku ulas di bawah…

Nama Samaran
HELIZA > aku: kenapa nak kena ada nama samaran, bukanya nak merompak atau nak menipu orang? blink..blink..

Nama Penuh : NUR HELIZA BINTI HELMI
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA TERENGGANU
Tarikh Lahir : 3 FEBRUARI 1986
Tinggi : 155CM
Berat : 42 KG
Hobi : MENYANYI & MEMBELI-BELAH
Penyanyi Idola : DATO’ SITI NURHALIZA >aku: Sebenarnya title dia ‘Datuk’ bukan Dato’..

Deskripsi : Gadis bertudung petah bercakap. Seorang yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Matanya adalah asset dan senjata untuknya kerana apabila dia memandang pasti ramai yang terpegun dengan pandangannya.

> aku: Apa ni? Mata asset? Senjata? Tak pe lah…

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?

Sewaktu kanak-kanak berumur 5 tahun

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?

Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?

Menari dan mendeklamasi sajak

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?

Menjadi Pakar Motivasi

> aku: Apa pulak pakar motivasi? Orang tanya pasal bakat. Contohnya bermain Bongo atau membuat wau bulan. Bakat dengan cita-cita lain le cik adik oiiii…

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?

Masih belajar di Universiti Malaysia Sabah

Apakah matlamat hidup anda?

Jika kita ingin mencapai kecemerlangan kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan, bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang.

> Ape hal pulak ni? Yang kau jawab tu falsafah hidup kau. Orang tanya matlamat hidup. Contoh matlamat hidup ialah menjadi kaya, menjadi seorang ahli politik yang akan membela nasib kroni, menjadi wakil rakyat yang perihatin akan periuk nasik sendiri, menjadi seorang perdana menteri sebelum usia 40 tahun. Tak pun paling koman menjadi seorang yang berjaya… Haa, itu contoh-contoh matlamat hidup.. aku laaa budak ni!

Apakah album terbaru yang anda miliki?

Heart

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?

Mawi

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?

Tenang, tarik nafas dalam-dalam dan ingat lirik

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?

Tiada

>aku: Tipu… takpe lah tu.

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?

Bila mengecapi kejayaan

> aku: Ni lagi satu.. ape ke benda nya jawapan macam ni? Spesifik le sikit. Jawab la bila lulus SRP ke atau bila dapat nombor 1 dalam kelas ke… ape ke bende nye budak ni..

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?

Kelas Vokal dan Kelas Tarian

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?

Halangan…dugaan untuk membuat pilihan sama ada untuk masuk Akademi Fantasia atau pun menangguh pengajian

>Adeh! Merah dah dahi aku ni aku tepuk! Kalau ni lah halangan paling besar dalam hidup kau, aku serender lah…

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?

Telah lulus semua peringkat sesi Ujibakat

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?

50%

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 – 2007

1. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza
2. Mawi menang besar dalam setiap majlis anugerah yang disertainya
3. Tahun Melawat Malaysia 2007

aku: Aku laaaa budak ni… What about the tsunami? The Flood in Johor? The Mahathir – Pak Lah Issues? The jambatan Bengkok? The Economy? The Demonstration on the increasing oil price and toll? Anything… My God!

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?

Menebalkan lapisan ozon dan menghalang peperangan daripada berlaku.

>Menebalkan lapisan ozon?! Sudah… sudah…

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?

Membangunkan kawasan dengan kemudahan infrastruktur dan memasang skrin besar untuk pelanggan Astro

>Skrin besar untuk pelanggan Astro? Abis lah.. pengsan le aku cenggini.. Skrin besar? Alahai…

Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)

1. Abah
2. Mama
3. Kawan

Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?

Labi-labi dan ikan emas

>Labi-labi? bagus gak tu, sekurang-kurangnya ko pandai buat lawak…

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing kerana kucing kebiasaannya selalu disayangi dan dimanja

> Jawablah, “…saya tidak ingin menjadi haiwan kerana Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik makhluk…. “

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?

1. Ada personaliti >aku: Semua orang ada personaliti..
2. Boleh bercakap bahasa dari pelbagai daerah
3. Bertudung > aku: bertudung bukan keunikkan wahai cik adik manis… ianya satu kewajipan… alahai laaa…

Tension aku cenggini…

Ok dah le. Sekian wassallam.

Glutinous rice kills the coconut milk

“If you don’t have something to contribute, it’s good that you shut up..” Kata-kata Pakcik Gemok itu masih terngiang-ngiang di telinga ku meskipun ianya telah diucapkan beberapa tahun yang sudah..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ketika itu aku masih belum begitu mengenali Pakcik Gemok. Apa yang aku tahu bentuk fizikalnya agak besar dan dia adalah termasuk dalam golongan orang yang suka bergurau secara hardcore dan semua gurauan nya datang dengan pakej tanpa insuran mahupun warranty. Walaubagaimana pun Pakcik Gemok adalah seorang ahli korporat yang sangat berjaya. Kata-kata yang keluar dari mulut Pakcik Gemok selalunya kedengaran seperti gurauan kepada ku. Tetapi dengan mengambil kira status kejayaan hidup beliau, sedikit sebanyak bahan percakapan beliau, aku analisis dan jadikan panduan untuk mengharungi cabaran kehidupan.

Kadang-kadang adalah perlu untuk kita berdiam diri demi untuk mengelakkan kita daripada menyakiti orang lain. Untuk berkata-kata perkara yang tak berguna amatlah mudah. Sebagai contoh, bila bangun pagi kita kadang-kala berkata “…ngantuknya laaaahh…” wal hal bukankah lebih elok diucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memanjangkan umur kita? Bila kita keluar dari rumah waktu tengah hari, kita kata”…panasnya laaa hari ni…” bukankah lebih baik kita diam dan sabar sahaja dengan ujian Tuhan ini? Bila kita bawak kereta, tetiba ada mamat tu potong kita dari sebelah kiri, kita pun terus sahaja kata”..babi!…” Bukankah kita lebih baik diam sahaja atau lebih baik disebutkan salah satu nama Tuhan? Bila orang bertanya khabar kita kata “Biasa-biasa sahaja” atau”tak berapa sihat lah, dah dua minggu demam…”. Bukan kah lebih baik kita kata “…Alhamdulillah…” baik sihat atau sakit?

Mungkin kita tidak sengaja mengucapkan perkataan-perkataan yang sia-sia itu. Mungkin juga kerana faktor persekitaran dan mungkin juga sudah menjadi habitat tabiat. Tak kiralah apa pun alasannya, kerana apabila pulut sudah membinasakan santan, ada hati akan terluka, ada sahabat yang bertukar musuh dan lebih teruk lagi ada yang hidup akan menjadi mati. Oleh yang demikian, sedarlah wahai sahabatku, kawal-lah sedikit perkataan- perkataan yang keluar dari mulut kamu itu. Semoga dengan itu engkau akan beroleh petunjuk dan rahmat dari Tuhan pemilik seluruh alam ini.

Sekian terima kasih.

Sahabat Sejati

“…Hari ini aku akan tahu hasil usaha titik peluh aku selama ni…”

Sahabat sejati seperti kata sheila on 7, adalah sama-sama menjadi raja dan sama-sama menjadi hitam’. Betul ke? Sepanjang hayat aku ini, tidak ramai golongan yang aku boleh kategorikan sebagai sahabat sejati. Sahabat biasa tu ramai lah, tetapi sahabat sejati sedikit dan ada yang sudah mem’pupus’. Mungkin kerana tanggapan aku terhadap ‘sahabat sejati’ itu terlalu hebat atau mungkin juga kerana aku sendiri tidak cukup syarat untuk menjadi sahabat sejati orang lain.

“…Dulu kita sama-sama hitam masa kita sama-sama bekerja sebagai tukang cuci, dan sekarang kau sudah menjadi raja kerana kau sudah berjaya…”

Semalam seorang sahabat telah berjaya dalam usaha beliau untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Phd). Aku antara orang yang memula beliau hubungi untuk meng’khabar’kan berita gembira itu. Syukur kepada Tuhan kerana telah mempermudahkan jalan bagi sahabat aku itu. Aku tumpang gembira.

“… sekarang kau dah tahu, hasil titik peluh kau selama ni, tahniah dan oh ya… terima kasih.”

05 March 2007

 

 

 

 

Daniel Siong

Daniel Siong ialah seorang pemuda berketurunan cina dan beliau merupakan salah seorang senior saya semasa di sekolah menengah dahulu. Bentuk fizikal beliau agak gempal dan beliau ini boleh lah dikategorikan sebagai seorang ‘nerd‘. Bukan lah niat saya untuk menghina beliau, tetapi perwatakan ‘nerd’ itu memang terserlah lagi nyata dan kadang kala sangat menjelekkan. Namun begitu, walaupun nerd, beliau tak pernah menyakiti sesiapa (secara langsung) dan pada masa-masa tertentu beliau suka buat hal sendiri sahaja. Tetapi entah mengapa, saya dan seorang kawan baik, Henry namanya, (seorang pemuda Iban Kacukan Cina) cukup tidak berkenan dengan beliau. Kami suka mengejek beliau secara diam-diam atau sekiranya ada kesempatan secara terang-terangan… he..he.. Budak-budak.. mana lah tau apa..

Ini adalah lencana sekolah saya dulu

Semasa di sekolah menengah, kami dipaksa untuk menyertai Kegiatan Kokurikulum berpakaian seragam oleh Pihak pentadbiran sekolah. Dengan hati yang berat, saya dan Henry menyertai pasukan Pengakap dengan harapan aktiviti Kokurikulum itu adalah yang paling mudah dan tiada aktiviti sangat, tetapi kami silap! Persatuan Pengakap adalah persatuan yang paling aktif di sekolah kami pada masa itu. Setiap sabtu kami dipaksa pergi ke sekolah untuk kawad di tengah panas. Setiap sabtu juga saya dan Henry cuba untuk ponteng kawad tetapi usaha kami sia-sia kerana Daniel Siong. Ya.. kerana Daniel Siong…

Kenapakan Daniel Siong dipilih menjadi ketua Pengakap sekolah, sampai sekarang saya masih musykil. Daniel Siong, seperti mana yang saya khabarkan mula-mula tadi adalah seorang ‘nerd’. maka oleh kerana itu, aktiviti Pengakap kami juga terpaksa mengikut rentak ‘nerd’. Kami dipaksa kawad sehingga ‘perfect’. Sehingga habis basah lencun pakaian seragam kami kerana berkawad di tengah panas. Daniel Siong juga terlalu mengikut peraturan sehinggakan kami tiada masa hendak bersosial semasa aktiviti pengakap dijalankan. Inikan pula hendak memonteng.

Saya dan Henry cukup tidak puas hati dengan Daniel Siong. Pernah suatu ketika kami cuba mensabotaj lencana-lencana yang menjadi koleksi Daniel tetapi hasrat murni itu terpaksa dibatalkan kerana, Daniel Siong seolah-olah dapat menghidu rancangan kami itu. Maka bertambah bencilah kami kepada Daniel Siong. Untuk pengetahuan semua, Daniel Siong sentiasa membawa koleksi lencana Pengakapnya kemana-mana sahaja dia pergi, itulah bukti ke’nerd’annya yang hakiki…

Itu cerita dulu, berbelas-belas tahun dulu…

Beberapa hari lepas, sedang saya meng’google‘ untuk mencari berita tentang sekolah menengah saya dahulu, tetiba saya terjumpa laman web si Daniel Siong nih. Rupa-rupanya beliau masih aktif berpesatuan Pengakap. Tapi mungkin laman web berkenaan sudah tidak lagi dikemaskini kerana komen-komen yang terdapat dalam laman web itu sudah agak lama. Tersengih juga saya melihat gambar terbaru beliau…

Kenapa saya menulis entri ini? Entah… mungkin kerana nostalgia atau mungkin kerana saya terbaca berita ini beberapa hari lepas…

Pada hemat saya Daniel Siong lebih layak memerima anugerah berkenaan berbanding orang tua yang suka tidur itu… Kepada Daniel siong teruskan berpengakap, kalau itu yang engkau minat… he..he..

Sekian dan terima kasih.


Another Sad Tribute

Kadang-kadang sesuatu yang indah singgah dalam hidup kita tetapi sekejap sahaja lalu ia terpaksa dilepaskan. Kita terpaksa akur akan hakikat kehidupan yang sentiasa ada turun naik.

Oleh itu, aku ucapkan selamat tinggal kepadanya semalam di perlabuhan senja. Semoga mereka menjagamu seperti mana aku pernah menjaga mu dulu…

Mari Belajar Memandu Di UK

Setelah kejadian kantoi di tangan polis kerana memandu tanpa lesen yang sah tempoh hari, aku bernekad untuk mendapatkan lesen memandu UK. Dan semalam adalah langkah pertama dalam usaha merealisasikan cita-cita murni ku itu.

Belajar memandu di UK sama sahaja dengan belajar memandu di Malaya. Ada instructor, ada kereta kecil berlabel ‘L’ dan kena bayar untuk setiap ‘lesson’. Setelah beberapa minit sesi suai kenal dan sedikit input daripada En. Instructor, aku dibenarkan untuk memandu kereta ‘L’ itu.

Aku pun segera membuka pintu kereta itu dan duduk di kerusi pemandu, seraya En. Instructor bertanya..

What is the first thing that you should do after entering this car?” ucapnya dalam loghat South Yorkshire yang pekat.

That easy..” kata ku konfident.. aku pun lalu bercerita pasal adjust cermin, cek gear, pasang tali pinggang keledar, start enjin dan bermacam-macam lagi point-point mustahak yang menampakkan bahawa akulah pemandu yang berpengalaman lebih dari 15 tahun…

En. Instructor hanya mengangguk-angguk dan tersenyum. Semua itu betul dah tu, katanya.. Tapi..

The first thing that you must do after entering this car is to check the door wheather it is properly closed or not…

Chisss.. malu sungguh aku. Terasa macam air hidung ku meleleh keluar dan berbuih sedikit ketika itu akibat kemaluan yang teramat…

Sekian.

Hukum Newton Ke-3

“… Whenever A exerts a force on B, B simultaneously exerts a force on A with the same magnitude in the opposite direction…”

atau dalam bahasa Malaya

“…Untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan….”

Agaknya Newton pernah bergaul dengan orang Melayu kat Sheffield ni kut?

Bukan aku punya

Pada satu hari yang indah dan damai, Pak Dolah, Khai & Nazri pergi memancing di laut berdekatan Negara Turki. Mereka menaiki sebuah kapal layar pemberian seorang sahabat baik Pak Dolah. Sahabatnya itu seorang Tokey Judi yang terkenal. Pak Dolah, Khai & Nazri adalah bersaudara. Khai adalah menantu Pak Dolah sementara Nazri adalah anak buah sebelah nenek tiri Khai.

Semasa sedang asyik memancing di laut tenang berkenaan, tiba-tiba sahaja Pak Dolah menjerit-jerit histeria. Bingitnya jeritan Pak Dolah persis satu adegan pergaduhan laki bini dalam filem Tamil.

“..Ape hal pak?” tanya Khai Kehairanan. Setahunya, Pak mentua dia jarang menjerit-jerit sebegitu. Sepanjang dia kenal pak mentuanya, dia sedia maklum hanya dua perkara sahaja yang pak mentuanya suka buat. Tidur dan buat bodoh. Tak pernah pak mentuanya bersikap aneh sedemikian. Lainlah Hisyam, fikirnya. Hisyam adalah abang sulung Khai. Seorang yang nampak aggresif tapi sebenarnya lembik. Sikit-sikit nak tikam orang pakai keris, tapi keris plastik je…Pak Dolah tidak menghiraukan pertanyaan menantunya itu. Di masih lagi terpinga-pinga seperti seekor monyet sarkis dimarahi tuannya, sambil tangannya mengocakkan air laut yang kebiruan itu.

Nazri dan Khai merasa sedikit lucu melihat perangai Pak Dolah. Kena sampuk hantu laut kah? fikir mereka. Terlintas juga dalam hati Khai untuk menolak sahaja orang tua itu ke dalam laut, biar dia sahaja ambil alih jadi ketua kampung nanti, fikir Khai. Tapi tak tergamak pula, nanti-nanti lah, bisik hati kecil khai…

Kali ini Nazri pulak cuba memenangkan Pak Dollah. “Pakcik ni ape kena? Jangan kocak-kocak air tu, nanti lari abis semua ikan…” Ujar nazri separuh bergurau… Mendengar kata-kata Nazri itu, Pak Dolah lantas duduk sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan nya yang sudah berkerepot itu, maklum lah sudah tua.. “Kalau ikan lari macam mana nak bawak balik untuk sogok orang kampung nanti” detik hati Pak Dolah.

Setelah termenung sejenak, Pak Dollah pun bersuara, ” Gigi aku… gigi aku terjatuh dalam air… macam mana ni?” Pak Lah buntu… (walaupun memang hobi orang tua ni suka buntu)

Serentak dengan itu Nazri ketawa terbahak-bahak. Maklumlah, Nazri tu bukannya panjang sangat akalnya. Dia tidak tahu, gigi palsu Pak Dollah itu lah satu-satunya benda yang sangat disayangi nya.(selain kapal layar yang mereka naiki itu).

Melihat kan gelagat Nazri yang ketawa terbahak-bahak tanpa secebis simpati pun kepada orang tua itu, Khai pergi menenangkan Pak Dollah. “Jangan risau Pak, balik nanti kita buat gigi baru ye, duit kita ada banyak lagi kat Bank Negara ops.. Bank luar negara tu…”

Pak Dollah hanya memandang kosong wajah Khai. Sesekali tangannya mengocak air laut seolah-olah gigi palsu itu masih terapung-apung di permukaan laut…

Melihatkan keadaan Pak Dolah yang sudah sedikit tenang, Nazri cuba membuat lawak agar terhibur hati orang tua itu. Silap-silap nanti, kalau orang tua tu dah ceria balik pasti nya dia akan diberikan ganjaran, fikirnya…

Nazri pun mencabut gigi palsunya sendiri dan meletakkan dalam muncung ikan yang berjaya dipancingnya tadi. (Nazri kehilangan giginya kerana dia adalah seorang samseng kampung yang sentiasa suka membelasah orang, malah dia pernah cuba membelasah seorang guru silat yang dihormati & digeruni ramai. Hasilnya giginya hilang dijentik guru silat itu…).

“Pak Dolah! Pak Dolah! ” Jerit Nazri..

Pak Dolah terkejut, “Haa! Ape kenanya kamu ni Nazri?”

“Ni haaa, gigi palsu Pak Dolah, ikan yang saya pancing ni dah makan gigi palsu pak Dolah, mujur saya berjaya menangkap nya…”

Pak Dolah terus menerpa Nazri lalu merampas ikan ditangan nya. Dia hampir tidak percaya ungkapan yang keluar dari mulut Nazri itu. “Tuhan masih menyayangi aku” bisik hati pak dolah. Setelah dia menjolok mulut ikan berkenaan dan membelek gigi palsu itu, pak dolah mengeluh panjang…

“Hish… ni bukan bukan aku punya…” kata pak dolah separuh sebak.

Pak dolah lantas mencampakkan gigi itu ke dalam laut…

Nazri terkasima di situ, dia menyesal dilahirkan ke dunia…

Sekian.

Keseimbangan @ equilibrium

“A system is in mechanical equilibrium when the sum of the forces, and torque, on each particle of the system is zero” …. Itu fizik tingkatan 4.

Photobucket - Video and Image Hosting
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Hari ini sudah berbelas-belas tahun aku melupakan teori keseimbangan itu. Maklumlah apa sangatlah fizik tingkatan 4.

Sedar atau tidak, hidup adalah proses mencapai keseimbangan. Kita mencorakkan persekitaran kita untuk mencapai keseimbangan antara yang best dan yang tak best.

Bila keseimbangan itu tergugat (atau agak senget) kita bertindak mengembalikan keseimbangan itu sama ada secara benar atau secara salah.

Bila mana terdapat keseimbangan yang terganggu (atau terjejejas) tanpa dapat dipulihkan, maka bencana akan terjadi.

Marilah kita sama-sama menyemak keseimbangan diri kita…

Sekian , terima kasih.

See ya later.

Banjir & Kapal Layar

Petikan Berita Utama Utusan Online 22 Disember 2006

5 maut, 60,000 dipindah — Banjir makin buruk di Johor, Melaka dan bermula di Pantai Timur

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Lima orang mati lemas di Segamat dan Kluang ketika keadaan banjir dilaporkan semakin buruk di Johor dan Melaka, manakala Kelantan dan Pahang mula dilanda hari ini. Setakat ini, lebih 60,000 mangsa telah dipindahkan ke lebih 200 pusat pemindahan di Johor dan Melaka sejak banjir melanda kedua-dua negeri itu Selasa lalu…

Baca berita penuh di sini

Patutlah Pak lah beli Kapal Layar, rupa-rupanya nak bantu rakyat menghadapi banjir. Tapi dia nafikan, ye lah, amal kebajikan jangan dihebah-hebahkan, nanti tak dapat pahala.

Terima kasih Pak Lah atas keperihatinan mu.

Undur Lah.


Terpelanting

Kalau nak menggambarkan betapa kuatnya angin bertiup di bumi Sheffield masa ni , aku suka guna perkataan ‘terpelanting’. Melawak la kunun-kunun…

…dan pagi tadi aku benar-benar hampir terpelanting kena tiup angin, kalau aku tak meningkatkan kuasa tenaga dalam peringkat ke-7 time tu, sudah pasti aku akan melayang dan terhempas lalu melekap ke dinding Bangunan Sheffield City Council…

Photobucket - Video and Image Hosting

…di sini lah tempat kejadian

A Twisted Tribute To K998 JDT

Gua hangin betul sama polis UK nih. Ada ke patut dia ambik keta gua hantar scrap? Gua bukan ada buat salah.. gua ada lesen Malaysia. Insuran, road tax, semua ada apa?!!! Sakit betul peparu gua mengenangkan keta champion gua tu kena ambik… Kalau ikutkan hati gua memang gua nak flying kick jer polis tu…

Apa salah gua? Ni gua nak pegi jenjalan cenggane? Lu nak suruh gua naik bas ke sejuk-sejuk ni? Lu memang polis tak guna. Kalau kat Malaysia gua takde masalah, panggil member-menber gua kasi hentak sikit kepala lutut lu.. baru lu tau. Tak pun gua hulur je kepala agung seketul dua , lu mesti blah punye..

Nasib baik keta gua tu buruk je beb. Kalau gua bawak Mercedes gua petang tu lagi lah gua hangin. Memang gua hentak polis tu cukup-cukup!

Abis…? member-member gua kat sini apasal lu tak tangkap? Ooooo lu pilih bulu aaaa? Takpe-takpe… lu tunggu, kalau lu turun Malaysia siap !!!!

Gua amat marah sekali nih… Kasi gua air sirap… gua haus…!

KERATAN AKHBAR

Sheffield 2 Dis – Seorang pemandu dari Malaysia ditahan polis ekoran memandu menggunakan lesen Malaysia yang telah tamat tarikh sah. Menurut jurucakap rasmi pihak polis, pemandu berkenaan telah ditahan di pusat membeli belah Medowhall Sheffield lebih kurang jam 3 petang, semasa sedang mencari-cari tempat letak kereta di pusat membeli belah tersebut. Menurut beliau lagi, pemandu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 30an terpaksa menyerahkan kenderaan beliau kepada pihak polis untuk dilupuskan. Kejadian seperti ini merupakan yang pertama seumpamanya berlaku kepada rakyat Malaysia yang kacak di Sheffield.

London

Hari Isnin lepas aku pergi London sebab nak ke airport Heathrow, ambik adik ipar datang cuti-cuti England (cuti-cuti beku yang lebih tepatnya…). Ni kira first time aku ke London le ni. Aku naik bas ekspress, 4 jam perjalanan dari Sheffield.

Tapi pada pendapat aku, London tak se-best mana pun. Gempak lagi KL rasanya… Sebagai contoh, cuba tengok stesyen bas ekspress dia, Victoria Coach Station , lebih kurang puduraya jer ye tak?

Cubak tengok Airport dia pulak. Nih Terminal 3 tempat penumpang antarabangsa tiba. Buruk kan? Macam Subang jer…

T3
Tapi yang ni cun la…, Harrod tempat shopping yang glamer tu..
harrods
Dah le, aku tak de idea dah nak kutuk London nih. Pegi makan nasik lagi best..

Cheers mate!

Why Dato’ ?

Banyak hari dah aku tunggu e-mel balasan daripada Dato’ Mat Ghazali tu. Tak pe mungkin dia sibuk kut.. Tak pun dia pergi tengok Perhimpunan Agung UMNO.. Maybe lah.. haru betul… la..la..la..

Camne ni Che Det? Anyway, amacam? Best tak kepala botak tu? he..he..

(ni lah akibat kesejukkan di bumi Sheffield, aku jadi mereng sikit…)

Escapism of whatever



Tip Blogging no.795

Hai kawan-kawan…Hari ini saya ingin berkongsi tip cara mudah nak paparkan image / foto kesukaan anda dlm Blog. Contohnya, Cuba bayangkan senario ini:

Anda sedang melayari laman web UMNO dan tetiba terjumpa gambar Nazri Aziz sedang tersenyum. Anda sangat suka akan gambar itu. Anda cuba copy dan paste kan ke blog anda, tapi tak jadi. Anda klik kanan, dan save-as dengan nama ‘Johnny’ ke dalam komputer anda. Kemudian susah payah pula nak upload ke blogger…

Tak perlu semua itu… Nazri Aziz tu bukannya hensem sangat… he..he..

Cuba cara ini, klik kanan kat gambar ‘johnny ‘ tu, dan klik pada ‘copy link location’.

contoh link location : http://202.188.124.43/bernama/newspic/am/NAZRI%20AZIZ3.jpg

Selepas itu, masa taip entry terbaru kat blog anda, bila nak masukkan gambar ‘johnny’ tu, highlight kod html di bawah dan copy – paste-kan ke blog entry anda:

_______________________________________________________________

<center><a href=”http://letak alamat web sesuka hati anda/” target=”_blank”><img src=”pastekan link location di sini“/></a></center>

_______________________________________________________________

PERHATIAN:

  1. Pandai guna copy & paste kan?
  2. Tag html berikut:
    <center> …/bla..bla../…</center>
    bermakna image tu akan berada di tengah-tengah.Kalau nak letak di sebelah kiri, tukar le kepada

    <left> …/bla..bla../…</left>
    dan sebagainya…
  3. Carik gambar kat internet guna Google Image, best gileerrr!

Beginilah hasilnya:

hensem tak Johnny? tak hensem kan….

 

Sekian tip blogging No.795.Tengkiu.

 

Day light saving

P

Ape kah itu ‘day light saving’? Pada hari sabtu yang lepas, tepat jam 12 tengah malam, masa di seluruh kawasan di UK dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya akan dilewatkan sejam. Maknanya? Takde makne nye… he..he..

Fenomena kurang pintar ini dinamakan ‘day light saving’.. Pada hari esoknya, jenuhlah nak memanjat dinding rumah nak betulkan jam masing-masing supaya lewat sejam… Ada pun ‘day light saving’ ini adalah bertujuan supaya semua orang yang masuk kerja jam 8 pagi terasa seperti normal (rasa macam masuk kerja pagi laaa) dan bukannya rasa seperti masuk kerja sebelum subuh.

Sebelum ini, matahari akan terbit lebih kurang jam 8 pagi dan tenggelam lebih kurang jam 5.30 petang. Lepas dilewatkan sejam, matahari terbit pukul tujuh (kunun-kununnya…) dan lebih kurang pukul 8 pagi tu sedang elok laa semua orang masuk kerja. Bengongkan orang putih? he..he..

Bacaan lanjut mengenai ‘day light saving’ klik kat link.

Tengkiu.

Sembahyang Raya

Kalau Aidilfitri di UK ni jatuh pada hari Isnin 23 Oktober 2006, maka pada hari berkenaan, pagi-pagi lagi aku akan bangun dan bersiap-siap. Macam kebiasaannya, aku akan makan sedikit dulu sebelum bertolak.Wife aku mesti dah siap masak macam-macam dah.. Tapi aku makan sikit aje.. wife aku tak ikut, anak-anak aku pun tak ikut.. Dia orang memang tak pernah ikut pun… lagi pun pagi sangat lagi, anak-anak aku masih belum bangun… biarlah isteri aku siapkan dia orang nanti.

Biasanya tahun-tahun lepas aku tak pernah pergi pun, kan cuti… buat ape pergi. Potong jari pun aku tak akan pergi… Tapi kalau ada yang nak pergi suka hati diaorang lah… tapi tahun ni aku betul-betul terpaksa pergi juga nampaknya. Awal pulak tu… Malas betul rasanya..

Ko orang ingat aku cerita pasal nak pergi Sembahyang Raya ke? Takkkkk laaaaa… kalau raya jatuh hari Isnin, pagi tu aku kena pergi kerja, cuci ofis, cuci jamban… balik kerja tu baru pergi sembahyang raya, tu pun kalau sempat… Petang tu pukul 2 kerja lagi, cuci jamban juga… kat sini mana ada cuti-cuti kalau Raya, cuti krismas ada laa…

Tidakkkkkkkkkk!!! (sambil membuat aksi menekup muka..)

sila klik lagu di bawah untuk sound efek yang real…

Get music codes at Bolt.

Kepada semua kawan-kawan se’blogging’ saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir & Batin…

Lagu Raya

Saya penyimpan mohor besar lagu-lagu raya pairet dengan ini mengistiharkan bahawa link ini mengandungi lagu raya yang sangat banyak dan best. Kalau minat boleh download, tapi bukan saya punya, Saiff punya. Tapi saya yakin lagu ini juga beliau cikun daripada website lain. Juga bukan website yang dicikun lagu raya itu punya… Kita kongsi la senang… he..he…

Oh ya, website en saif ini telah saya temui menggunakan kaedah google hack, oleh yang demikian janganlah anda menyimpan fail-fail peribadi dalam website. Kepada kengkawan yang hendak download, sila menyegerakan hajat anda kerana apabila en saif mendapati websitenya menghadapi masalah ‘heng’ kerana bandwidth yang tidak masuk akal, nescaya beliau akan menghalang akses ke site beliau… he..he..Akhir kata saya memohon maaf kepada en Saif kerana meng’download’ koleksi lagu raya beliau yang tak seberapanya itu… he..he..

Tima Kaseyyyyy…

p/s: Malam ni terawih?

Jangan Buat Lagi

Utusan Online 4/10/2006

Jangan buat lagi — PM ingatkan Kuan Yew mengenai kenyataan menghasut rakyat Malaysia

 

Oleh ROZAMAN ISMAIL dan HELMI MOHD FOAD

 

PUTRAJAYA 3 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew supaya jangan mengulangi kenyataannya yang boleh menghasut rakyat Malaysia.

 

Ditanya wartawan apakah beliau menerima permohonan maaf Kuan Yew itu, Perdana Menteri hanya berkata: “Saya telah mengambil maklum mengenai apa yang beliau (Kuan Yew) telah katakan dalam surat itu, semua yang telah dinyatakannya.”

 

“Walau apa juga alasan yang beliau berikan, kenyataan seumpama itu boleh menghasut rakyat Malaysia.”

 

Abdullah menasihatkan Kuan Yew supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu pada masa akan datang.

Tegasnya, kenyataan Kuan Yew pada 15 September itu tidak sepatutnya diutarakan….

 

Kuan yew: Sorry Lah, I buat u tak selesa…

 

Lah: Tak pa, tak jadi hal… lain kali jangan buat lagi ok..

 

Kuan yew: Ok Next time I’ll try not to make you feel tak selesa

 

Lah: Bagus lah macam nih.. bincang-bincang..

 

Kuan yew: (cakap dalam hati : Ha! Ha! Ha! Suckerrrrr!)

 

 

 

berita penuh klik kat link…

Tips Pemakanan Pada Bulan Puasa

Sempena Ramadhan yang mulia ni, ingin saya berkongsi info untuk semua kengkawan…Dipetik dari website ‘Nasihat’ saudara fauzynm

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

 

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Cleaner yang bersahur

gambar hiasan semata-mata (sirap bandung)

gambar hiasan (ikan bakar)

gambar hiasan juga ni (tauhu sumbat)

Cerita ini tiada kaitan dengan gambar-gambar di atas…
Pada suatu pagi di bulan Ramadhan, lebih kurang pukul 5.10 pagi, dua orang cleaner sedang berborak sebelum memulakan kerja.
Pejabat itu menyediakan minuman kopi percuma untuk kakitangannya. Cuma perlu tekan sahaja punat pada vending machine dekat pantry itu. Macam-macam jenis kopi ada, termasuklah kopicino & kopi latte…
Cleaner berdua itu memang selalu minum kopi percuma sebelum memulakan kerja…

Cleaner 1: Ko dah subuh belum? (sambil buat aksi mamak tarik teh…)
Cleaner 2: lom…
Cleaner 1: subuh engko pukul berapa ? (slurp… slurp… )
Cleaner 2: 5:16 sempat lagi minum nih… (baru nak tekan punat vending machine, ambik kopi latte…)
Cleaner 1: subuh aku 5:25 he..he.. aku sempat minum 2 cawan kopi lagi nih… (slurp…slurp…slurpppppppp…)

Begitulah senarionya di UK nih, subuh lain-lain waktu. Bukak puasa pun lain-lain waktu, terpulang kepada masing-masing nak ikut yang mana…

Puasa Ramadhan


Saya teringat dulu semasa masih bekerja di Tanah air, masa bulan Ramadhan, biasanya mat-mat indon yang bekerja sebagai buruh binaan memang kebanyakkan nya tak berpuasa. Alasan mereka adalah kerana kerja yang terlampau berat. Malah kekadang yang berpuasa dekat tapak bina itu hanya saya dan beberapa orang teman sekerja yang ditempatkan di tapak projek.Selalunya apabila tiba waktu rehat tengah hari di tapak bina, kami akan berkurung di dalam kabin yang berhawa dingin sambil membuta sehingga jam 1 petang. Kekadang sekali dua terkantoi juga dengan Bos yang datang buat lawatan mengejut. Tapi tu time rehat, dia nak kata apa? He..he..

Keadaan di tapak bina semasa bulan Ramadhan juga sangat mencabar… Di mana-mana juga terdapat mat-mat indon sedang menyedut air sirap bungkus, makan nasik bungkus dan menghembuksan asap rokok kretek itu. Sungguh mencabar keadaan itu. kekadang siap ada yang menyakat buat-buat offer rokok… memang nak kena tampar le jugak.. kononnya laaa… Tapi heran gak kan, masa tengah berpuasa tak de rasa nak hisap rokok pulak?

Anyway, pada suatu hari, semasa time rehat tengah hari di tapak bina, macam biasa lah mat-mat indon tu berduyun-duyun ke kantin untuk makan dan berehat. Bagi dia orang, dah tak de rasa malu dah, makan sambil tayang-tayang kat orang dalam bulan puasa…

Hendak dijadikan cerita, saya ternampak seorang pakcik tua (indon juge…) sedang duduk sorang-sorang bawah sebatang pokok. Berehat agaknya… tapi dia tak join kengkawan indon dia yang sedang menikmati makanan kat kantin tu. Pakcik ni bekerja di bahagian bukak-bukak formwork (papan acuan konkrit). Saya sebagai seorang site Engineer yang perihatin pergi le kat pakcik tu.. ye laa.. kut le dia tak de duit nak makan ke, dia sakit ke.. ye tak?

saya tanya ” Pakcik… pakcik buat apa kat sini? Pergi lah kat kantin sana makan. nanti lapar tak boleh kerja. Pakcik tak de duit ke nak makan? Minggu lepas kan baru angkat gaji ?”

Pakcik tu jawab ” Encik, saya puasa hari nih. Puasa tak boleh makan… Encik puasa ke?”

Saya hanya tersenyum…

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Maaf zahir & batin…

-Raiedzall-

Sengkek

Ini kepala Queen (GBP)

Ini kepala Agung (MYR)

Bayangkan… anda diberi tempoh selama 25 hari untuk mengumpul sejumlah dana berjumlah GBP400 sebelum sesuatu yang buruk berlaku.Katakan anda mempunyai GBP60 sahaja dalam poket dan bila cukup bulan anda dapat gaji GBP600 (termasuk gaji kerja sampingan dan kerja-kerja buruh kasar…). Pastinya keseluruhan duit anda akan mencecah GBP660. Sudah tentunya cukup untuk membayar GBP400 sebelum sesuatu yang buruk berlaku… Anda sengih nampak gigi..

Bayangkan… sewa rumah anda pula adalah GBP350 wajib bayar… Bayangkan anda ada saman traffic berjumlah GBP135 dan bayangkan anda ada hutang handphone GBP24. Sudah tentunya jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah GBP509. Kalau bayar semua (memang kena bayar semua…) duit anda akan mengecut menjadi GBP151. Anda berkerut… sesuatu yang buruk akan berlaku kerana tak cukup GBP249…

Bayangkan anda bercadang melelong barang-barang kesayangan anda untuk mencukupkan dana supaya sesuatu yang buruk tidak akan berlaku… Tetapi barang-barang anda semuanyanya yang murah aje… Anda jadik cemas…

Bayangkan ada duit jatuh dari langit berjumlah GBP1 juta… Bayangkan anda menjadi orang kaya dalam sekelip mata.. bayangkan kemewahan yang bakal anda kecapi dengan duit GBP1 juta itu… Ha..ha.. sempat lagi buat lawak…

Bayangkan aje…

p/s: Kalau ada duit GBP1 juta jatuh dari langit, aku ambik GBP400 aje untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Pas tu kalau aku dah ada duit aku pulangkan balik GBP400 tu kepada langit…

Nota :

1 GBP = MYR 6.965 setakat hari ni… oleh yang demikian GBP400 = MYR2786.25 bayangkan… bayangkan…

Lalang

kadang-kadang aku terfikir
tentang diri sendiri
yang tak suka mengambil kesempatan
dan kerananya
aku ditinggalkan dibelakang

Aku tak sampai hati
menikam belakang seorang sahabat
semata mata untuk
keselesaan belakang ku sendiri

tadi aku mengalah lagi
rasa seperti lalang
yang patuh menurut angin
sedangkan angin terus bebas ke sana ke mari

biarlah
sekurang-kurangnya aku masih terus menari

Video Klip Aku

Untuk tatapan semua kengkawan seblogging.. Terima lah, video klip amatur julung-julung kalinya disiarkan dalam blog ini… he..he..

Tajuk video: Ntah ape-ape..
Tarikh: 28 Ogos 2006
L0kasi Kamera: Dalam kereta, sebelah Masjid Elahi
Latar belakang : Horizon di Wilfred road, S9 3ES Sheffield, UK.
Aktiviti: Sedang menunggu isteri membeli lauk kat kedai cina halal
Kamera: Motorola razr 1.2 megapixel dengan memory 512 megabyte
Soundtrak: Mungkin Nanti – Peterpan
Sutra dara: Aku
Pelakon utama: Aku
Gadis video klip: tiada (dia pergi beli lauk…)
Pelakon kanak-kanak : Tiada (dia orang tertidur kat seat belakang…)
Kos penerbitan video klip: Tiada

Merdeka?

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku hairan kenapa hari ni tak diisytiharkan cuti umum, wal hal hari ni hari Merdeka ke 49. Yang peliknya 4 hari lepas cuti pulak. Kat TV pun takde cerita-cerita best macam selalu. Takde rancangan Sarkis pun… Kartun biasa tu je.. mawi tak de ke nak datang buat konsert? Siti aku faham la, mungkin sebab dia baru kahwin mesti sibuk berbulan madu… Artis-artis lain pun tak kan tak de yang dibayar oleh penganjur untuk buat konsert merdeka. Pukul 12 malam tadi pun takde pertunjukan bunga api yang menelan kos jutaan RM macam tahun lepas… Apasal semua tak de ni? Pelik aku…

Tahun lepas ada Mat rempit buat persembahan atas jalan raya, tahun ni takde pulak.. Usahkan Mat Rempit, Mat Badawi pun tak muncul di kaca TV buat ucapan.. Kenapakah? Orang ramai pulak takde yang berpusu-pusu balik kampung sampai jem kat atas Hiway.. Apa tak lulus kah cuti hari jumaat yang kakitangan awam apply? Ini tak masuk akal langsung, sebab biasanya kalau cuti hari khamis, kakitangan awam akan apply cuti hari Jumaat supaya boleh dapat direct 4 hari cuti. Malah ada yang apply cuti straight seminggu. Pastu jalan-jalan raya jem macam nak gila… Tapi tahun ni nampaknya tak jadi macam tu.. Hairan bin ajaib… kenapa kah?

…!

Oooo.. aku lupa, aku duduk kat UK. Siapa pun tak pedulik hari ni hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita Malaysia yang ke 49. Patut lah pelik.. patut semua orang buat dono je… heh… Sori la..

Selamat Hari Merdeka…

-Raiedzall-

Birthday yang paling best!

Sempena Besday saya hari tu, kami sekeluarga telah pergi ke satu tempat menaiki Cabel Car di Abraham Height tapi nak dijadikan cerita, lebih kurang 0.5 batu nak sampai ke tempat cable car itu, kereta kami rosak. Memang best! Pergi laa carik mekanik, tapi takde. Kedai tutup, sebab hari tu cuti Umum (bank holiday). Break down service pun tak pernah apply, walhah 30 pound je setahun…memang best!

Sebab dah tak tau nak buat apa, pegi jugak ketuk pintu bengkel yang tutup tu. macam orang gila… he..he.. Mujur ada jiran sebelah keluar bagi tau kedai tu tutup, dan mekaniknya dah pergi holiday tapi dia bagi nombor mekanik lain…

Setelah berjaya dihubungi, mekanik tersebut setuju datang (walaupun hari tu cuti umum). Sementara mekanik tu datang hujan pun turun lah secara ranyai-renyai diikuti angin sejuk yang sepoi-sepoi bertiup. Anak dan Isteri saya menumpang teduh dalam keta kawan. Saya dan kawan tu dok kat luar bersembang dalam gerimis sambil menunggu mekanik sampai.

Bila mekanik tu sampai, dia buka bonet, belek sana, belek sini, ketuk satu kotak hitam… puf! dah boleh start.. kena charge 35 Pound sterling… tapi time tu tu dah pukul 4. Cabel car dah nak tutup. Kita orang terpaksa balik je…

Besday ke 30 ni adalah yang paling best.

Tapi saya tahu saya ada seorang sahabat…

30 Tahun Telah Berlalu…

Hari ini saya telah diterima masuk secara rasminya ke kelab Jejaka 30-an. Tahniah!

Berikut senarai yang perlu saya semak pada tarikh yang sama tahun depan…

  1. Prestasi amal ibadat semakin baik
  2. Telah berhenti menyumbat paru-paru dengan asap
  3. Kesihatan dan keceriaan yang lebih optimum
  4. Kedudukan kewangan yang lebih stabil
  5. Masalah kulit kering telah berjaya diatasi
  6. Memiliki wang simpanan yang bernilai beribu-ribu pound sterling 😉
  7. Isteri & anak-anak yang maintain sihat, ceria dan gumbira
  8. Gigi bongsu yang tumbuh senget telah pun dicabut
  9. Memiliki Mercedes A170 baru (warna hitam dan lengkap dengan sport rim!)
  10. Sedang mengikuti kursus NDT
  11. Mencapai status powerseller di ebay (he..he..)
  12. Kuasa Israel & US telah lenyap dari muka bumi ini
  13. Semua yang di atas menjadi kenyataan, Amin.

Sekian terima kasih..

Kisah Bon & Parking

Kisah Bon
Pagi tadi aku sembang dengan Kulop. Kisah seorang mat salleh yang baru sahaja pindah rumah baru (rumah tu tak la baru, dia baru beli daripada agensi menjual rumah…). Semasa sedang mengemas rumah barunya itu, tiba-tiba hendak dijadikan cerita, mat salleh tu terjumpalah pulak beberapa keping Bon yang agak lama usianya. Bon berkenaan dianggarkan bernilai GBP7000 (lebih kurang RM49 ribu duit orang kampung).

“Tau ape dia buat dengan bon tu?” Aku tanya Kulop

“Kalau aku… aku ambik” kata Kulop dengan bersemangatnya…

“Tak…dia tak ambik…”

Dia kembalikan Bon tu kat pemilik asalnya. Susah payah pulak tu dia nak carik pemilik asal bon tu. Masuk hutan, keluar hutan, naik bukit, turun bukit.. baru lah jumpa… Pemilik asal bon tersebut amat gembira sebab dapat balik Bon dia tu.

Kulop tersengih nampak gigi…

Tamat

Moral cerita : Sijil simpanan premium yang anda beli nak menang hadiah Mercedes S class tu adalah bukan Bon…

Kisah Parking Kereta
Aku dah naik pening kerana berpusing-pusing mencari parking (macam lagu atai..). Kat Pekan Sheffield ni memang susah carik parking. Sudah le mahal caj parking nya.. Naik hangin juge lah.. Dipendekkan cerita aku berhenti je belakang satu kereta Vauxhall Vectra 1.4 yang terletak elok sahaja di’parking’kan oleh tuan empunya nya. Aku bagi signal dan enjin keta tak dimatikan, takut kena saman pulak dek pihak Majlis Perbandaran… Isteriku terpaksa keluar dan berjalan ke kedai Cina itu yang sebenarnya tak jauh pun dari situ, masalah nya cuma takde tempat parking.

Tiba-tiba tuan empunya kereta yang diparking di depan tadi datang. Orangnya berambut blonde dan bermata biru. Yelah.. dia kan mat saleh… (tapi orang kampung pun ada yang macam tu…). Dia tengok kupon parking nak cek berapa minit lagi tinggal. Aku macam dah hangin dah ni. Aku sangka, mesti dia nak tambah 30 minit lagi ni… Tapi tetiba je dia cabut kupon itu lantas berjalan ke arah kereta ku…

“still got 20 minutes left…” katanya sambil menghulurkan kupon tu kat aku…

Aku terkedu tapi sempat berterima kasih.

Setelah mat salleh tu masuk ke dalam keretanya dan bergerak pergi, aku pun ambil alih petak parking nya itu.

Aku terharu dengan kebaikan mat salleh tu. Kat kampung aku belum tentu lagi ada orang baik cam ni…

Tamat.

Moral cerita : Caj parking adalah sesuatu yang patut dihapuskan…

Amaran: Jangan cari image kulop di Google!

I sound like stupid if I speak in Malay

…Antara isi ucapan Sharifah Amani: ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu)….

Wa ta tau apa sudah jadi sama ini filim Gubla… Dia olang sudah kasi menang, itu heloin sudah angkat tlopi kasi sikit ucapan cakap english, suma olang suda malah looo… Tak bole cakap Melayu kah? Susah oooo, ini maciam sudah selupa isu Mahatder sama Pa Lah. Sana sini olang banyiak malah. Wa pun susah hati.. Ta bole tinton malam. It Salipah Amani sudah bikin gua sedey..

Wa bukan pandai cakap english, skit-skit bley la. Wa pandai cakap Tengkiu, Soli.. ok maaaa… tapi wa angkat itu dictionary mau butut-butut translate itu Salipah punya cakap itu malam…

wa ingat butut punya translate adalah seperti begini:

‘I sound like stupid if I speak in Malay’’
Translate adalah di bawah ini:
I=saya sound=kedengaran like=seperti stupid=tak betul if=kalau I=saya speak=bercakap in=dalam Malay=bahasa Melayu

‘saya kedengaran seperti tak betul kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu’

Butut ke wa punye translate? Lu hingat apa macam? Wa hingat ini Salipah mau cakap dia tak pandai cakap melayu aje… pasat dia happy itu malam, kalau cakap Melayu aaaa, dia tak bley butut-butut meluahkan pelasaan dia… itu aje…

Haiya.. bodo punya Menteli… lu olang mau malah2 buat ape… bodo juge lu olang…

Sekian Tengkiu. Jangan malah aaaa

Bom Cecair Buatan UK

Berita ini dipetik daripada the MecuryNews.com – 10 August 2006

“…Airport Security Tightened In Wake Of Terror Arrests
By William Douglas and Matthew Schofield

 

LONDON – U.S. airport security will be even stiffer on Friday as British security forces continue to hunt for suspects in an alleged terrorist plot to blow up as many as 10 transatlantic jetliners in flight between Great Britain and the United States….”

Untuk berita penuh sila klik kat link di bawah entry ini.

Pendapat peribadi saya mengatakan kejadian ini adalah satu konspirasi jahat Britain & sekutunya Amerika untuk memburukkan lagi Imej Islam disamping mengalihkan perhatian dunia daripada krisis Israel (laknatullah) dengan Lubnan… betul tak? Ada siapa-siapa yang kurang setuju?

Tapi kan… ini ada satu perkara menarik yang saya jumpa semasa melayari laman web boing2, cuba perhatikan gambar di bawah ini.

Pekerja Airport yang kebal daripada bom cecair

Seperti yang dilaporkan, kononnya terdapat komplot untuk meletupkan kapal terbang yang bakal membuat penerbangan UK-Amerika, menggunakan bom cecair (liquid explosives) atau untuk lebih spesifik nama cecair itu adalah nitroglycerin.

Kegelabahan mereka ini menyebabkan semua penumpang tidak dibenarkan membawa apa jua benda yang berbentuk cecair ke dalam kapal terbang. Malah kalau ada bawak, kena buang sendiri dalam tong yang disediakan. Ibu-ibu yang membawa susu anak pula diarahkan untuk meminum susu itu dahulu dihadapan pegawai yang bertugas untuk membuktikan bahawasanya susu itu bukan lah bom seperti yang digembar-gemburkan.

Si kecil menangis kerana bom cecairnya dibuang oleh ibunya sendiri di hadapan mata

Yang bestnya, (sila rujuk gambar di atas…) , kalau betul ada bom cecair, kenapakah semua orang diarahkan untuk membuang air / cecair masing-masing dalam tong sampah begitu sahaja? Tak meletupkah nanti tong sampah tu? Lepas tu kalau dah bercampur-campur dengan cecair lain (contohnya Kopi, teh tarik, Beer dsb) tidakkah berlaku tindak balas kimia yang menghasilkan gas berbahaya? Tidakkah tong sampah tu sendiri terhakis kalau ada bom cecair dituangkan dalam tong tu?

Sehingga ke saat entry ini diterbitkan, seramai 24 orang telah ditahan. Macam biasalah, semuanya orang Islam (termasuk seorang mat saleh yang baru memeluk Islam).

Presiden Amerika, George W Bush (yang mirip wajah seekor Beruk Chimpanzee tetapi berperangai seperti Syaitan itu) macam biasalah, terus sahaja menuduh Orang Islam yang bertanggungjawab merancang cubaan ini, tanpa usul periksa.

Si Anjing Comel Peliharaan Bush pula, iaitu Toni Blair, time ni sedang bercuti kat luar negara. Yang peliknya kalau dah komplot pengeboman ini telah lama disiasat oleh Polis Britain, kenapa semasa ianya berjaya dihalang, si anjing comel yang setia itu, masih berada di luar negara seolah-olah perkara ni tak penting sangat… Siap bagi ucapan tahniah kepada Polis Britain dari luar negara lagi… cheh!

Sehingga saat ni, masih tiada liputan tentang terjumpanya bom cecair itu.. Sama macam kat Iraq.. ada jumpa WMD…? Takde kan..

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dipertikaikan dalam kejadian ini. Tapi kena buat analisis sikit laaa & yang penting apabila berhadapan dengan serangan-serangan musuh Islam seperti ini kita perlu berfikiran kritis dan jangan sesekali mengiyakan apa yang mereka katakan / tuduh. Harap-harapnya nanti ada orang akan buat analisis tentang teori saya nih dan terbitkan dalam bentuk Video..

Satu lagi teori konspirasi daripada raiedzall.blogspot.com
Sekian, terima kasih.

Gambar ihsan daripada pirate’s cove

Ejakulasi Pra Matang

Amaran Untuk mereka-mereka yang sudah berkahwin / berumahtangga sahaja. Siti tak boleh tengok tapi Datuk K (Pak Besar) boleh… yang dah kahwin tapi belum bernikah pun tak boleh tengok… he..he..

Saya terjumpa video ini kat youtube. Baik untuk kaum bapa / suami yang bermasalah dan juga yang tak bermasalah tetapi nak upgred sikit. He..he..

Sebenarnya saya agak kurang selesa menonton video ini sebab pengacaranya seorang perempuan. Nampak macam tak betul je… tapi tengok le video ni sampai habis… lucu gak he..he..

p/s : Benda macam gelang getah tu memang ada jual kat Malaysia ke? Ahaks…

Kenapa Jadi Begini?

Utusan Malaysia Online 4 Ogos 2006

2 projek besar dilulus — Bina monorel, Jambatan Kedua P. Pinang di bawah PFI – Abdullah

Oleh Habibah Omar

PUTRAJAYA 2 Ogos – Kabinet bersetuju melaksanakan dua projek besar iaitu pembinaan Monorel Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kenapa jadi begini? Kenapa jambatan yang satu lagi dihentikan pembinaannya? Lepas tu lulus pulak jambatan kat Pulau Pinang… yang ke-2 pulak tu… kenapa Pak Lah menghina mentaliti rakyat Malaysia macam ni sekali?

Kenapa jadi begini?

Siapa Lebih Kejam?


Israel?
Amerika?
Britain?

tepuk dada tanya iman…

dipetik dari blog ini

“Ya ALLAH..Kau tolonglah kami hamba-hambaMU yang lemah ini. Kami tahu doa kami ini tak layak diterima kerana terhijab dek dosa2 kami sendiri. Tapi ya ALLAH, Kau tolonglah anak2 kami di sana, wanita2 kami di sana, warga2 tua kami di sana kerana mereka golongan yang lemah ya ALLAh. Turunkanlah BANTUANMU YA ALLAH..TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH…TURUNKANLAH BANTUANMU YA ALLAH sepertimana KAU pernah menurunkan para MALAIKAT membantu RASULULLAH dalam peperangan, sepertimana KAU pernah menurunkan angin ribut pasir membantu RASULULLAH dalam peperangan, agar MUSUH-MUSUH ISLAM itu KALAH ya ALLAH. Dan berikanlah kekuatan jiwa yang kuat dan mantap pada pejuang2 perang ISLAM itu ya ALLAH agar mereka dapat berjuang habis-habisan hingga KEMENANGAN berpihak pada mereka ya ALLAH. Makbulkanlah doa hambaMU yang hina ini ya ALLAH. Amin ya Rabbal ‘Alamin.”

Al-Fatihah

25 Julai 2006

Embun
Spinning Gasing
Merah
Scoop
Beyond Rangoon
Ringgit Kasorrga
Jimi Asmara

“Semalam, saya lihat wajah Allahyarham agak berseri-seri. Saya katakan padanya, mengapa wajahnya nampak berseri-seri, tetapi beliau hanya tersenyum,’’

MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT….

Bedtime Stories

Setiap malam, sebelum tidur, anak perempuan saya (yang berumur 5 tahun) akan memaksa ibunya membacakan cerita daripada buku-buku cerita inggeris yang banyak dibelikan oleh ibunya. Ibunya kekadang rimas kerana terpaksa membacakan 3 atau empat cerita satu malam. Sekiranya perkara itu terjadi (ibu rimas dan mula menyinga…) maka saya akan mengambil alih peranan sebagai pembaca cerita tersebut untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku…

Saya kurang gemar membacakan cerita-cerita berbahasa Inggeris. Sebabnya saya sendiri tak tahu, tetapi sebagai satu alternatif saya akan menceritakan kepadanya sebuah cerita yang saya reka sendiri (atau yang saya adaptasi dari cerita yang pernah saya dengar) dalam bahasa ibunda. Selalunya cerita itu adalah secara spontan dan mesti mempunyai moral yang akan saya tanya kepada anak saya bila cerita dah habis.

Ini adalah antara cerita-cerita kegemaran saya…

1) Kisah Tam Spider

Pada suatu hari (macam biasa lah intro…) ada seekor labah2 bernama… emmm… Tam Spider. Dia ada adik nama Tom Spider. Ayahnya nama Papa Spider & ibunya nama Mama Spider.

Pada suatu hari (berapa banyak daa…) mama spider suruh tam spider pergi ke kedai sebab gula dah habis (macam kat M’sia la ni…) Tam spider ok je, dia ambik duit yang mama nya bagi lalu terus pergi ke kedai Uncle Tim Lalat untuk membeli gula tersebut. Sesampainya di kedai Uncle Tim Lalat , Tam terlihat gula-gula Chupa-chup (sejenis lolipop) dia terus membeli gula-gula itu dan bawak balik rumah. Sesampainya di rumah, Mama spider terperanjat.. “laaaa.. ape ni Tam, mama suruh beli gula, bukan gula-gula”
Pastu Tam terpaksa pergi balik ke kedai Uncle tim lalat sekali lagi untuk beli gula dan bukan beli gula-gula chupa-chup…

Tamat.
Moral cerita (mengikut pemahaman anak saya) : I like lolipop…
Moral cerita (sebenarnya yang hendak saya sampaikan) : Dengarlah cakap Ibu…

2) Kisah Kura-kura & Scorpion

Pada suatu hari, ada seekor kala jengking…
“what is kala jenkin ayah?”
“Looo.. kalajengking tu scoprion laaa”
“oooo allright, go on with the story”

Pada suatu hari, ada seekor kala jengking yang sedang mencari makan. Dia tengok seberang sungai ada banyak makanan. Tapi dia tak tahu swim (berenang)…

“i know how to swim ayah!”
“ye ayah tahu, tapi jangan la kacau ayah nak citer ni”
“allright ayah, go on…”

Pas tu kala jengking ternampak kura2 nak pergi swim ke seberang sungai tu. Scorpion pun tanya kat kura2 boleh tumpangkan dia ke seberang tak… Kekura cakap dia tak mau, nanti takut scorpion sengat dia…

“sengat? what is sengat ayah?”
“Ish.. sengat.. ape aaa.. gigit laa, haa gigit…”
“ooooo…”

Pastu scorpion kata tak kan lah dia nak sengat kekura, nanti dua-dua mati dalam sungai. Kekura pun termakan pujuk rayu scorpion… Lalu scorpion itu pun dioffer naik ke atas belakang kekura untuk keseberang sungai.

Tiba ditengah sungai, scorpion lantas menyengat sang kekura… seketika sebelum kedua-dua nya tengelam ke dasar sungai, kekura tanya kepada scorpion kenapa dia buat begitu… Scorpion jawab kerana dia memang begitu tak boleh buat apa…

Tamat.

Moral cerita (mengikut pemahaman anak saya) : It is a bad scorpion
Moral cerita (sebenarnya yang hendak saya sampaikan) : Berhati-hati memilih kawan…

Best tak citer -citer ni? He..he..

Sekian. Terima kasih.

Kisah Abang Pencari Fail

Kita lupakan dahulu kisah Datuk K dan CT seketika, walau pun saya berasa sungguh keji dengan pengumuman itu. Bapak CT pun nampak macam baca skrip je, macam kene paksa je… “saya terpikat dengan cara Datuk K melayan anak-anak” eiiiiiii! Nak termuntah aku dengar statement CT tu. Macam dah takde benda lain nak terpikat. Terpikat dengan misai tebal Datuk K yang sebenarnya… he..he.. Mulai hari ni aku dah tak minat CT dah. Baik aku layan lagu-lagu lama Ramlah Ram & Kak Rohana Jalil. Uji Rashid pun ok… Biar lah rahsia misai kata nya… ha..ha..ha..

serupa tak ?

Oh ya berbalik kepada apa yang hendak saya ceritakan sebentar tadi. Kisah benar yang hendak saya ceritakan ini telah diubahsuai sedikit tapi benar-benar berlaku kepada saya semasa masih bekerja di Tanah Air beberapa ketika dahulu. Oleh kerana panjang ceritanya saya buat dalam bentuk dialog aje OK?..

Lokasi : Di Pejabat Salah Sebuah Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan Bekalan air
Misi: Mendapatkan follow up mengenai status submission pelan susunatur projek perumahan syarikat Bos saya
Pegawai yang terlibat : Jurutera Kanan (Nama dirahsiakan, tapi dengar cerita dia dah masuk mahkamah pasal kes rasuah sex.. tah le… speku je kut?)

Saya: Asalamualaikum Encik. Tuan Hashim (bukan nama sebenar) ada?

Abang pencari fail: Walaikumsalam. Tuan Hashim ada lam bilik dia. Awak ni sape? Ada pe hal nak jumpa Tuan Hashim ? (sambil matanya kecik sebelah tanda-tanda kerek)

Saya: Saya Raiedzall dari Syarikat Maju Melayu. Takde.. sebenarnya saya nak buat follow up pasal submission pelan susunatur projek perumahan Nyiur Condong kat Batu Gajah tu…. bla.. bla… saya submit 3 minggu lepas pelan susunatur tu…. bla..bla… kalau takde kelulusan dr jabatan ni susah kita orang nak proceed buat pelan PU pulak… bla..bla..

Abang pencari fail: OOOOO dari syarikat Maju Melayu (bukan nama sebenar) yea… salleh mana? Biasa dia datang…

Saya: Salleh cuti, Isteri dia bersalin..

Abang pencari fail: Oooooooooo… projek Nyiur Condong ye… nanti jap saya cari fail nya…

Abang pencari fail bangkit dari kerusi nya dan terus mencari fail yang sangat berharga itu dalam kabinet fail, pas tu dia cari atas meja, bawah meja, dalam tong sampah, tepi bucu, dalam laci orang sebelah, dalam bilik Jurutera kanan…. tapi tak jumpa…

Abang pencari fail: Tak de la fail tu.. sape ambik tah? penat tau carik… (sambil buat termengah-mengah) Lain kali datang bawak le rokok sekatun dua… apa la ko orang nih…

Saya: (cakap dalam hati : oooo nak rokok…) La.. saya terlupa tadi cik. Ada dah kat ofis saya 2 katun rokok DUNKILL… esok saya bawak..

Abang pencari fail: Ye ke? tak payah le susah-susah. Tapi kalau ada bawak aje lah esok.. (sengeh tak malu)

Abang pencari fail tetiba membongkok dan mencapai sesuatu di bawah meja nya…

Abang pencari fail: Oooooooooooooooooooooooooooo… ni haaaaa fail nya. Dia orang nih, tak reti laaa nak simpan balik kat kabinet tu. Jadi hal pulak aku carik… Hish… haaa Encik Raiedzall, biar saya bawak fail ni masuk bilik Tuan Hashim . Nanti saya letak atas sekali, boleh en.Raiedzall masuk dulu… tak payah tunggu lama-lama.. he..he..

Saya: Ooooo.. terima kasih bebanyak, susah-susah aje… (sambil rasa nak muntah…)

Beberapa ketika lepas tu saya pun dipanggil masuk ke bilik Tuan Jurutera Kanan….. Urusan dengan Tuan Hashim kejap aje, tak de masalah. Pelan lulus bersyarat… Tip top!

Tapi esoknya saya terpaksa beli rokok DUNKILL 2 katun sebagai tanda terima kasih atas budi dan jasa Abang Pencari Fail tu… (tapi claim le kat Bos saya , walaupun dia liat nak luluskan calim tu….hampeh punya bos.. he..he..)

Sekian.

Tunggu Aku

(Sebuah puisi petang Jumaat 19 Jamadil Akhir 1427)

sejak dari aku mulai faham
akan getir kehidupan
aku sudah menyimpan tekad
untuk mengheret kita keluar
dari kemelut hidup yang cukup klise ini
Dari seorang budak comot yang tidak berbaju
sehingga menjadi seorang ayah budak comot yang berbaju baru
tak pernah luput tekad ku itu

Atas dan bawah kehidupan
hampir semua telahku tempuh
Unik dan mengembirakan
kekadang menyedihkan selalunya diabaikan

Ke mana tekad itu aku bawa lari
sehingga tiada berjumpa si matahari
sehingga membeku di tapak kaki sendiri

Masih ada di sini rupanya
walau pernah disorokkan oleh cinta
tekad ku masih belum menjadi nyata

Percayalah
suatu hari nanti
akan ku penuhi juga
apa yang sebenarnya
tak akan aku mampu pulangkan
kepada mu
aku memohon ampun dan belas
atas segala dosa-dosa sepanjang hayat aku
kerana rasanya
masih terlalu sedikit tekad itu ku zahirkan
kerana dicemburui waktu dan suasana

Tunggu
jangan hilang harapan pada ku
tunggu aku Ibu…

Hati Emas

Lagu M Nasir semuanya best belaka. Ni salah satu lagu kegemaran saya. Melodi lagu ni ada unsur-unsur reggae + punk. Kalau saya jamming lagu ni, mesti keluar bunyi macam rentak dangdut je.. maklum lah, saya biasa jamming dengan Slash & Van Halen jer..he..he..

Lirik lagu-lagu M Nasir ni memang pelik-pelik sedikit.. tapi tak pe saya dah huraikan maksud nya (mengikut pemahaman saya la) semoga anda semua lebih terhibur apabila tahu maksud yang cuba disampaikan dalam lagu ni.

Allright amigos, enjoy the song….

Berjalan di tanah gersang [pencarian yang sukar]
Mentari mencekam dada [melalui penderitaan]
Debu-debu di jalanan [masalah yang dihadapi sepanjang pencarian]

Menjadi teman setia [menjadi kebiasaan / lali]
Tiada lain tujuanku [dia bertekad]
Hati emas yang ku cari [mencari seorang sahabat sejati]

Kisahnya di hujung dunia [walaupun jauh pencariannya]
Mengapa tak ku temui [tak berjumpa seorang pun]

Oh! terdengar suara halus [hatinya mulai ragu-ragu]
Bagai dengar dan menghilang [tak tahu hendak ikut kata hati atau tidak]

Katanya pulanglah oh! anakku Ia tiada di sini [hatinya sudah mengalah, tiada sahabat sejati di sini]

Kembara [cari lagi]

Puas sudah ku mengembara [merata tempat telah dicari]
Ke mana perginya oh! cahaya [sampai sesat]
Mencari hati emas bukannya mudah [sukar sekali mencari sahabat sejati]

Di masa kini adakah kau peduli [siapa sanggup jadi sahabat sejati?]
Mungkinkah dikau miliki [adakah kamu]
Hati emas murni suci [orang yang aku cari?]
Inginku menjadi sahabatmu [bolehkah kau menjadi sahabat sejati ku?]
Hingga akhir hayat nanti [bersama dalam susah & senang]

Kembara [cari lagi]

Puas sudah ku mengembara [merata tempat telah dicari]
Ke mana perginya oh! cahaya [sampai sesat]
Mencari hati emas bukannya mudah [sukar sekali mencari sahabat sejati]
Mungkin selamanya takkan aku temui [mungkinkah sebenarnya dia tidak pernah wujud?]

Seorang Tukang Cuci Di Butik Zara

Hari Ahad lepas adalah hari terakhir aku bekerja di Butik Zara sebagai tukang cuci / tukang cacai gantian kepada Abg Joe yang pulang sementara ke Malaysia atas urusan rasmi & tidak rasmi.

sampah yang perlu dikutip itu bukan lah berharga 8 pound

Bilik persalinan zara

Kepada mereka-mereka yang tak tahu, Zara adalah sebuah kedai menjual pakaian jenama Zara (ye la, takan jenama Adidas pulak) yang terletak dalam kompleks membeli belah Meadowhall, Sheffield. Dekat KLCC pun ada kut butik Zara nih..

proses membuang debu menggunakan penyapu bulu ayam kuning

Anyway, aku kerja kat Zara ni bersama-sama Halim (Supervisor), Tun dan juga James. Halim dan Tun bekerja di bahagian pakaian perempuan (walaupun Halim seorang supervisor dan pemegang kunci dia tetap kena kerja jugak, tapi gaji lebih sikit laa he..he..) dan aku pula bekerja di bahagian pakaian lelaki bersama-sama James.

seluar katok jenama Zara 2 pound aje..

Jaket kulit ni memang cun tapi mahal giller… 129 pound harganya…! oleh kerana jaket kulit itu sangat mahal, maka ia dipasang dengan
sistem pencegah kecurian yang canggih macam wayar telefon…

Kerjanya adalah menyapu habuk , mengelap cermin dan meja, mengemop lantai (kekadang je) dan mencuci tandas serta pantri. Senang je kerjanya. Upahnya 6 pound sejam selama 2 jam sehari (start pukul 6.15 pagi – siap pukul 8.15 pagi) dari Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad pun kerja tapi gajinya lebih sikit, 7 pound sejam. Kiranya takde rehat la, kerja 7 hari seminggu, 365 hari setahun… he..he.. Tapi aku sempat kerja lebih kurang sebulan je…

kasut kulit fashion entah ape-ape.. New collection : Selipar Jepun

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Halim & Tun atas segala pertolongan dan bantuan kecemasan yang diberikan selama aku bekerja di situ. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada James yang tak pernah mengeluh membantu aku menbuang habuk dan kotoran sekitar premis berkenaan. Terima kasih semua..

Ini James…

Hari Isnin lepas (semalam) Abg Joe dah masuk kerja balik. Aku pula alhamdulillah murah rezeki, dapat pula offer kerja dekat City Center pula (kerja tukang cuci jugak la..).. Kerja yang ni senang sikit tapi nanti lah aku cerita dalam entry yang lain…

Until then, babai..

p/s: James adalah sebuah vakum cleaner, sementara Halim & Tun adalah orang betul (he..he.. jangan marah geng)

Kes Kecurian Dompet

Gambar hiasan

Seperti mana En.Izhal saya juga pernah kehilangan dompet (banyak kali sebenarnya), yang pertama kalinya, bukan tercicir tapi kena seluk… Kejadian berlaku di Puduraya yang sesak lagi berbau itu.. Malangnya saya tersedar kehilangan dompet itu, masa dah atas bas dah dan separuh perjalanan ke Ipoh pulak tu…

Bila sampai di Bandaraya Ipoh, saya terus je ke Balai polis (dekat je dengan Stesen Bas tu…) untuk membuat laporan.. dialog saya dengan Abang Polis tu lebih kurang begini la…

Saya : Semekom Encik..

Abang Polis: Melekom salam, ada apa masalah dik? (polis tu tanya sebab saya datang Balai tu jam 3 pagi)

Saya: Saya nak buat laporan dompet saya kena curik..

Abang Polis: Ooo.. kena curi, kat mana tu..?

Saya: Kat KL tadi.. saya sedar masa dah ada kat atas bas dah… ni baru sampai ni…bla..bla.. sekarang ni dah tak de duit tambang nak balik rumah…bla…bla… macam mana ni encik… pagi nanti nak pergi kerja… kad bank ilang…kad pengenalan ilang… semua ilang…bla…bla…

Abang polis: Kalau kena curi kat KL tak boleh buat laporan kat sini, kena buat laporan Kat KL jugak…

Saya : Laaaaaaa……..

KepadaMu Kekasih

tatau nak tulis apa…

Hayatilah lagu khas kepada kekasih ini… one of my personal favorite.

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih Aku berserah Kerana ku tahu Kau lebih mengerti Apa yang terlukis di cermin wajahku ini Apa yang tersirat di hati Bersama amali

KepadaMu Kekasih Aku bertanya Apakah Kau akan menerimaku kembali Atau harus menghitung lagi Segala jasa dan bakti Atau harus mencampakku ke sisi Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih Aku tinggalkan Jawapan yang belum ku temukan Yang bakal aku nantikan Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih Aku serahkan Jiwa dan raga Jua segalanya Apakah Kau akan menerima penyerahan ini Apakah Kau akan menerimaku Dalam keadaan begini

Cinta Beralih Arah

Kerana percayakan Siti hati ku dilukai… Kau kejam Siti! Kalau kau suka datuk, tunggu lah aku dapat cucu dulu… Tapi takpe.. takpe..

Memandangkan Siti dah men’dua’kan aku, maka aku pun bertindak men’dua’kan dia…

Dia lebih cantik daripada Siti. Tubuhnya langsing, lehernya jinjang. Suaranya lebih merdu. Kulitnya gebu, halus & mulus. Saat ku merasa gembira, saat ku merasa bosan, dia lah yang ku dakap, dia lah yang ku belai…

Mujur lah telah ku temui dia, tidak lama lepas Siti men’dua’kan aku… Padan muka kau Siti!


p/s: Trimas kpd Sdr. TUN (aku tahu kau baca blog aku ni)

Kembara Seorang Swasto

Apa sebenarnya yang dialami oleh Swasto bukanlah sesuatu yang baru. Swasto pernah melaluinya dalam kehidupan yang lepas-lepas. Itu sudah lumrahnya andai berbicara tentang sifat saudara-saudaranya meski berjauhan dan sedikit bilangannya.

Swasto hanya seorang buruh binaan di kampungnya yang sedang bergolak. Namun di sini, di daerah jauh ini, yang turut bergolak, Swasto bukan lagi seorang buruh binaan tetapi buruh sebenar.. Dia bergelumang dengan konflik sangat berat dan juga yang kurang berat, tercetus oleh saudara-saudara yang tidak bersifat saudara. Swasto kekadang keliru dengan situasi itu. Pada hematnya tidak sepatutnya berlaku begitu, di sini di daerah ini, karena dia dan saudaranya hanya sedikit bilangan, boleh dibilang dengan jemari tangan dan kaki. Yang ada ramai bukan saudara bukan sahabat tetapi penipu dan pemujuk rayu hipokrit. Perlu dielakkan yang ini fikir Swasto…

Swasto kekadang merasa pilu dengan dirinya. Mujur ada anak isteri pengobat segala lelah zahir dan batin. Mereka lah segalanya yang Swasto dambakan selain ibu ayah yang masih berjuang di kampung. Apa yang perlu dilaksanakan telah dan sedang dilaksanakan. Swsato tidak kisah membantu apa saja yang perlu dan minta dibantu. Swasto seorang yang pemurah dan sensitif.

Pernah suatu ketika hatinya terguris oleh seorang saudara yang mempermainkan janji. Pernah juga hatinya terguris karena tidak cukup uang di dalam sakunya untuk membeli barangan terpakai (karena uang yang dijanjikan tidak mencukupi). Bahkan anaknya juga turut terguris dalam satu kejadian berasingan. Swasto simpan semuanya dalam hati kecilnya yang penuh dengan calar dan parut walau masih tinggal sebuah ruang yang luas untuk ditempatkan niat membantu dan dibantu diri dan saudara lain.

Swasto kekadang tercari-cari seorang saudara yang sepertinya kerana dia hanya kenal akan dirinya sahaja. Swasto pernah terjumpa tapi tertipu. Pada mulanya memang seolah kembar dengan hatinya, tetapi akhirnya saudara tersebut menikam belakangnya dikhalayak ramai semasa pesta makan di daerah lain.

Swasto pernah berasa gembira kerana ditawarkan perhormatan tertinggi bagi membantu seseorang tetapi dinafikan kemudiannya dengan sebuah alasan universal iaitu kebisuan seribu bahasa.

Swasto hanya ada isteri dan anak-anak nya sahaja. Biarlah fikir swasto, aku tetap syukur…

Swasto sedar dia tiada saudara sebenar di daerah itu…

Lu Siapa? (updated 29/06/06)

Sungguh lantang mulut mu membicarakan kata-kata kesat… tak kah kau sedari bahawasanya mulut mu itu berbau taik! Busuk dan membusukkan…

Aku benci orang macam ni…

Update: Tengok sendiri kebodohan beliau menjawab Isu yang dibangkitkan oleh DAP di Parlimen pada 19 September 2005. Tiada usaha untuk menjawab soalan, sebaliknya beliau buat lawak bodoh dan berjaya memesongkan perhatian semua orang daripada isu asal yang dibangkitkan DAP. PM pun ada masa tu. Walaupun aku tak sokong DAP, but at least Lim Kit Siang bercakap dengan fakta…

Video Peragut Bermotorsikal

Eksklusif dalam entry kali ini… ‘Aksi peragut bermotorsikal’ meragut handbag seorang awek yang baru sahaja nak pergi ber-shopping (aku agak je..). Memang cekap peragut tu… Kejadian ni berlaku kat stesen minyak yang ada ramai orang. Selamber je… Sama-sama kita saksikan…

Nota: Video adalah ihsan daripada youtube dan telah di-blog-kan kali pertamanya di videomalaya.blogspot.com.

Malam Ini Kita Kerja Overtime!!!

Amaran: Sesiapa yang bergaji di bawah RM2,000 sebelum ini akan dinaikan gaji nya ke RM2000 atau lebih untuk mengelakkan majikan membayar overtime, especially bos aku yang dulu-dulu.. En.Bahar, Dato’ Mansor, Haji Wahid… (bukan nama samaran…)

Dipetik daripada Utusan Online 22 Jun 2006

Pekerja bergaji RM2,000 ke bawah boleh tuntut elaun lebih masa

Oleh Azman Ismail

PUTRAJAYA 21 Jun – Kakitangan awam dan swasta yang berpendapatan di bawah RM2,000 akan menikmati faedah bayaran kerja lebih masa dan bayaran gaji berganda tidak lama lagi.

Mereka juga akan menikmati kemudahan cuti bersalin yang lebih fleksibel.

Faedah-faedah itu sebelum ini hanya dinikmati pekerja berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan mengikut Akta Kerja 1955.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, keputusan oleh Kabinet hari ini akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat minggu depan untuk kelulusan…

Berita penuh klik kat >

Biasa la.. Nak hidup..

Bukan gambar hiasan

Suatu ketika dahulu, semasa aku masih di Malaysia…

Aku : Eh.. kenapa macam tu sekali?

Sahabat: Memang macam tu la, kalau harapkan jujur je mana nak dapat…

Aku: Habis macam mana kontraktor jujur nak carik makan?

Sahabat: Kalau dah nama nya kontraktor, mana ada yang jujur..

Aku: Berapa dia nak?

Sahabat: RM360K, separuh kena bagi masa nak award tender, separuh lagi masa tengah bina

Aku: Banyak tuuuu! Habis, kita ni macam mana? kira subahat lah.,,?

Sahabat: Kita ni kuli je, nak buat macam mana? Kau nak berenti? Ko nak jadi nelayan? Aku tau buat kerja ni je.. Ah..Biasa la nak hidup, pandai-pandai laaa…

Aku: Kot ye kalau hidup lama lagi, kalau mati esok cam ne ?

Sahabat: Ah.. kau pergi la cakap kat Bos…!

Aku: …

Ukiran Jiwa

 

UTUSAN ONLINE 17 JUN 2006

 

<<Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, semalam selepas prosiding pengesahan lafaz cerai.
Yusry-Erra Fazira sah bercerai
Oleh Norazlita Mohd. Sies
PETALING JAYA 16 Jun – Pelakon dan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim hari ini mengesahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini beliau telah menceraikan isterinya, pelakon Erra Fazira atau Fazira Wan Chek.

Yusry, 33, yang diwakili Peguam Syarie, Fahda Nur Ahmad Kamar, kelihatan tenang memberi keterangan di kandang saksi.

 

Bagaimanapun Erra, 32, yang berbaju kebaya, menangis hingga tidak dapat berkata-kata dan hanya mengangguk setelah ditanya hakim tentang lafaz cerai yang disebut oleh suaminya ketika mengesahkan perceraian mereka.

 

Yusry memberitahu mahkamah bahawa dia melafazkan cerai talak satu kepada Erra pada 5 petang 26 April lepas di kediaman mereka di Damansara Utama.

 

Pengesahan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad di sini…

 

 

Personal Hygene Mat Saleh

Lokasi : Dekat toilet guru (sekolah swasta Glossop, Shefield)
Masa : Kira-kira jam 5.30 petang waktu England
Aktiviti : Sedang membersihkan toilet berkenaan dengan menyapu sampah, mengelap sinki & mengemop.

GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Tiba-tiba seorang cikgu mat saleh masuk. Tanpa menegur aku yang sedang terkial-kial menyapu sampah dia terus masuk ke tempat perlaburan. Aku buat tak tau je.. Seketika kemudian terdengar bunyi toilet di’flush’ dan diikuti dengan bunyi zip ditarik. Cikgu berkenaan keluar dan dengan gaya yang bersahaja terus pergi ke sinki yang telah ku basuh dan gilapkan tadi.

Dia lantas membuka pili air yang bertanda merah (hot water) dan mencapai sabun yang terletak dekat-dekat situ jugak lalu membasuh tangannya dengan agak lama, berbuih-buih tangan beliau sampai nak dekat lengan. Setiap jari jemari nya di gosoknya satu persatu, hinggakan pergelangan tangannya pun digosoknya dengan teliti. Macam doktor basuh tangan sebelum pergi buat pembedahan je…

Selesai membasuh tangan, dia mengambil tisu yang memang disediakan di situ. Di tariknya beberapa helai tisu untuk mengelap tangannya yang bersih dan harum hasil dari penggunaan sabun yang banyak tadi…

Aku masih menyapu sampah, pura-pura buat tak tau je… ingatkan cikgu mat saleh tu nak keluar dah, tapi dia pergi pulak ke alat pengering untuk mengeringkan tangannya yang sudah sedia ada kering.. Aku dah rasa nak tergelak.. Setelah selesai proses pembersihan tangannya yang agak kompleks itu, dia pun keluar…

Sebab dah tak de orang lain dah kat dalam toilet itu tinggal aku sorang-sorang, aku pun tergelak macam orang sakit mental..

Tangan basuh bagai nak rak, tapi berak tak basuh…

Ada Apa Dengan Marks & Spencer?

Ni gambar Outlet Marks & Spencer di Suria KLCC. Hebat & mahal. Tempat ‘membeli belah’ untuk mereka-mereka yang High Class dan banyak duit. Tempat ‘melihat & belah’ untuk mereka-mereka yang High Class jugak tapi tak banyak duit.

Ni gambar bungkusan roti Marks & Spencer yang terletak di outlet M&S, Sheffield. Roti M&S itu dibeli oleh Isteri saya masa balik dari Universiti untuk makan-makan.

Ni gambar roti Marks & Spencer yang telah saya makan sehingga tinggal puntung nya sahaja. Rasanya macam roti yang biasa anda makan kat Malaysia. Tak lebih dan tak kurang…

Kesimpulannya, Marks & Spencer bukan best sangat pun. Rentikan lah mengagung-agungkan produk-produk barat. Beli dan berbanggalah barangan buatan Malaysia.

Terima kasih. Dah pergi sambung kerja masing-masing, he..he..

update: Layout terpaksa ditukar lagi kerana style entry di atas kurang menarik pada layout lama…

Jaket Itu Sudah ku jual

Hai.. masih ingat kah anda tentang entry saya pasal jaket Reportage Georgio Armani yang saya beli di Car boot sale minggu lepas?Saya beli dengan harga 5GBP dan saya telah melelongnya di

ebay… ada juga orang beli, harga tertinggi adalah 12.50GBP. Oleh yang demikian 12.50GBP – 5.00GBP = untung kasar 7.50GBp tolak fees ebay & paypal dapat laa dalam 6GBP iaitu bersamaan RM37… Untung berniaga? Sikit untung ada laa… (slang ala2 tokey kedai kain) he..he..

Posted by Picasa

Tahukah Anda?

Orang Brunei yang paling meminati Mawi bukannya orang Malaysia…

Orang Brunei & Indonesia yang paling meminati Siti Nurhaliza bukannya orang Malaysia…

Orang Kota Bahru lebih minat Siti Nurhaliza daripada Nik Aziz

Orang Pakistan paling suka sex

Orang Malaysia (esp penduduk Shah Alam & Kelang) sangat meminati Malaysia

Syabas! Malaysia Boleh…

Attention: Google Trends aims to provide insights into broad search patterns. As a Google Labs product, it is still in the early stages of development. Also, it is based upon just a portion of our searches, and several approximations are used when computing your results. Please keep this in mind when using it.

Kalau hendak tahu lebih lanjut.. sila klik pada Link kat bawah ni…

Beluncas & Pokok Teh

Ini ada sebuah iklan daripada TV jepun yang diperolehi daripada blog tvinjapan.blogspot.com mengisahkan 2 ekor anak beranak ulat beluncas (papa beluncas dan baby beluncas…) yang mencari makan pada sepohon pokok teh. Sekali tengok, iklan ni hanya satu promosi produk teh hijau yang menyelitkan unsur-unsur humor yang menghiburkan, tetapi kalau kita renungkan sejenak, ada terselit falsafah kehidupan yang hebat tersirat dalam iklan tersebut. Sama-sama kita saksikan…

Tukar Layout Lagi…

Kegilaan Quicksilver peringkat 7 menyebabkan aku asyik tukar layout blog ini…

Selamat hari Minggu kepada anda semua. Bersarapan lah di kedai mamak sambil membaca surat khabar Mingguan Malaysia, tapi jangan biarkan diri anda ditipu propaganda pemerintah…

isk!

Belilah Barangan Carboot

Setelah sekian lama menanti, saat yang ditunggu telah pun tiba. Hari ini kami sekeluarga telah berjaya bershopping di Carboot Marsh lane. Dr.Faez & Yus pun ade, tapi dia orang terlampau kusyuk memilih barang sampai tak perasan saya lalu kat situ..he..he..jangan marah aaa…Anyway, macam biasa le kalau pergi carboot nih, especially kalau bawak anak-anak, dapat lah toys (mainan) satu bonet kereta banyak nyer… (nasib baik kereta kita orang nih bonetnye kecil sahaja).. Disamping itu ada juga 2-3 barang seperti Coffee Maker, cadar, langsir, buku (buku memang sangat murah!), dan pakaian berjaya dipikul pulang.. Ada terjumpa sebuah Gitar kapok, tapi bukan jenama kapok le, gitar buatan Swiss, 15GBP jer.. memang murah, kalau kat malaysia 3-4 ratus gak le, tapi tak beli pun sebab segan nak pikul. Nanti nampak macam Dahlan Zainudin dalam filem 70an tu.. he..he..

Saya hanya membeli sehelai jaket daripada seorang penjual yang degil tidak mahu ditawar sama sekali. Harga jual beli adalah 5 GBP. Tawar 4GBP pon tak mau.. Memandangkan cuaca agak sejuk membeku, maka saya membuat keputusan untuk membeli sahaja Jaket tersebut.. Terus sahaja saya memakainya on the spot. Sila lihat gambar..

Tak tau pon ape ke jenamanya jaket berkenaan, tapi label dia tertera “REPORTAGE R.G.A” dan ada lah tulis ‘made in Italy’, chewah.. mesti kalau baru, mahal giler nih.. he..he..

Anyway, sekembalinya ke rumah, iaitu selepas makan t/hari dan membelek hasil-hasil yang dipikul pulang tadi, saya pun pergi lah mengadap komputer dan buat sedikit search mengenai jenama jaket berkenaan. Hasilnya saya dapati, tiada laman web khusus yang menceritakan tentang jenama “REPORTAGE R.G.A”, tapi ianya adalah di bawah label Giorgio Armani (bukan Gigolo armani aaa…).. Ada juga dijual di laman web ebay dengan harga bidaan 50USD, haaa.. mahal tu.. (click link kat bawah entry ini untuk melihat sendiri laman web berkenaan)…

Entah yang saya beli nih yang palsu macam barang Siam kot? Tak pe laa, janji rock..

Ok dah-dah.. enough story for today.. pergi sambung kerja masing-masing! he…he.. 😉