Archive Page 2

20
May
09

Proses Permohonan Kad Pengenalan Biometric UK

Semua sepuluh jari menjadi mangsa

Semua sepuluh jari menjadi mangsa

(pic taken from migrationinformation.org)

Pejabat UK Border Agency di Sheffield adalah tumpuan mereka-mereka yang ingin memohon atau memperbaharui VISA. Dulu kalau dapat VISA dia orang tempek sahaja dalam pasport, sekarang dah lain. Kena buat Kad Pengenalan Biometric yang juga merangkap VISA. Peraturan menggelupurr itu baru sahaja dikuatkuasakan sebulan dua ni. Tak hairan le ada ramai orang asing di situ, termasuk kami sekeluarga.

Pintu masuk pejabat berkenaan dikawal ketat oleh pak guard-pak guard muda dan tua. Semua pendatang asing yang hendak memperbaharui VISA akan di-scan dengan scanner ala-ala senjata Power Rangers. Lepas itu semua isi poket atau beg akan diperiksa satu persatu. Sekiranya ada benda-benda tajam atau benda berasaskan logam, maka ia akan dirampas dan ditukarkan dengan sekeping kad kecil bernombor unik, supaya benda-benda berkenaan boleh dituntut semula setelah urusan selesai kelak.

Sekiranya ada membawa minuman, pak guard akan suruh minum sedikit untuk membuktikan kandungan cecair di dalam botol itu tidak membahayakan orang lain. Henfon juga tidak ketinggalan. Bateri henfon perlu di tanggalkan untuk diperiksa. Oh ya, kalau pakai tali pinggang ber-buckle besi juga terpaksa ditanggalkan untuk di-scan. Mujur pagi tadi aku tak pakai cawat besi…

Kesemua benda yang diperiksa tadi perlu dimasukkan ke dalam bakul berbentuk segiempat untuk dilalukan dalam mesin x-ray.

Selepas itu, urusan di kaunter pejabat macam biasa sahaja. Macam kat pejabat-pejabat kat Malaysia juga. Pejabat UK Border Agency itu ada kaunter panjang yang bermikrofon, ada banyak kerusi tempat menunggu, ada flat screen TV tergantung pada dinding (cuma tak tunjuk telenovela je) dan ada skrin yang memaparkan nombor giliran. Memang sebijik macam kat Malaysia kecuali orang yang bekerja kat situ ada jugak senyum melayan orang ramai.

Masa hendak balik tak susah sebab ikut pintu lain. Cuma perlu tekan punat dan pintu terbuka secara otomatik. Tapi selepas berada di luar bangunan berkenaan, kena pergi balik ke pintu masuk tadi untuk claim balik benda-benda yang disita oleh pak guard tadi.

Lepas tu kami sekeluarga balik rumah makan nasik.

Sekian.

19
May
09

Menukar Brake Pad (Bahagian 2)

Menukar brake pad kereta adalah tidak mudah kalau tiada G-Clamp.

g clamp

g clamp

G-clamp ini digunakan untuk menolak piston pada caliper brake tersebut. Oleh kerana brake pad baru telah dipasang, maka ia tebal sedikit. Caliper tu tak leh masuk balik lah sebab piston telah keluar melebihi had disebabkan brake pad lama yang sudah nipis.

Piston itu hanya boleh ditolak masuk dengan g-clam yang berkuasa itu. Pakai jari tolak boleh gak, tapi tak ada kesan laaa..

Oleh itu, sayangi lah g-clamp anda.

19
May
09

Tak Jadi Pakai Layout Twitter

Tak best sebenarnya!

18
May
09

Menukar brake pad kereta

Menukar brake pad kereta rupa-rupanya senang aje. Banyak reference kat internet, salah satu yang paling senang nak ikut (sebeb ada gambar) adalah di sini. Esok aku kena pergi kedai pound land nak beli g-clamp, lepas tu aku sambung tukar brake pad itu, yeah! Jimat 30 pound duit aku.

18
May
09

Layout baru ala2 twitter

Dengan adanya layout baru ala2 twitter ini, meng-update blog adalah sangat mudah haha!

18
May
09

Percubaan blog ala2 twitter, best gak!

Percubaan blog ala2 twitter, best gak!

18
May
09

Hujan panas

Hujan panas ada 24 jam bahagi 2 selang seli. Tahun ni banjir lagi kerana tiada matahari.

02
May
09

Jumaat musim panas

Setiap kali aku sampai di masjid berhampiran Tesco itu, mesti masjid tu dah penuh. Selalunya ramai yang bersesak-sesak sampai melimpah ruah sehingga ke kaki lima, al-maklumlah hari Jumaat.

Imam masjid itu berkuthbah dalam bahasa Arab, iaitu bahasa yang aku sangat kenali tapi tak banyak faham. Ada juga terjemahan dalam bahasa inggeris selepas itu, suatu usaha yang baik oleh pihak masjid. Tetapi biasalah kan, kalau dah duduk pun nun jauh di belakang luar masjid dan atas kaki lima jalan pulak tu, suara imam kedengaran sayup-sayup aje lah. Dah la tak faham kan..

Kalau datang awal mesti dapat duduk dalam masjid, boleh solat betul-betul belakang imam lagi. Kalau datang sederhana awal dapat duduk tengah-tengah tapi masih dapat masuk dalam masjid. Kalau datang lambat, kena duduk sekitar kawasan tempat orang ambik wudhuk/bilik air. Kalau sangat lambat macam aku tadi, ambik! duduk atas kaki lima jalan.

Ada juga yang datang lambat, tetapi bersusah payah menyelit nak masuk juga ke dalam masjid. Sampai tersepak mereka mereka yang sedang kusyuk mendengar kuthbah dan juga tersepak mereka-mereka yang sedang kusyuk tidur.

Minggu depan aku nak datang awal.

Insya Allah.

27
Apr
09

Kenapa Mencari Cinta?

sedangkan ia sentiasa wujud di dalam jantung setiap manusia…

07
Apr
09

Jutawan separuh umur

Aku baru sedar umur aku dah separuh hayat, 33 tahun.

Baru aku sedar aku masih belum jadi jutawan…

04
Apr
09

Kembali ke pangkuan wordpress

Blog ini sudah kembali menggunakan free hosting wordpress, kerana aku malas nak update domain ‘raiedzall.net’.  (walaupun aku rasa sudah tiada incoming traffic ke blog nih…)

Sekian

23
Nov
08

Buka

Sebulan lepas aku tutup blog ni. Hari ni bila aku check, statistik blog sepanjang sebulan ada lebih kurang 1200 pengunjung temasuk aku sendiri. Ini bermakna sehari lebih kurang 43 orang datang menjenguk. Nak lebih perasan popular, sejam lebih kurang 2 orang laa. Pendek cerita, sejak sebulan nih setengah jam sekali pasti ada orang datang jenguk blog aku nih ha ha!

Sesaja tulis sebab gatal tangan.

30
Aug
08

Yang ku Rindukan…

Alhamdulillah, tahun ini aku masih lagi diberi peluang untuk menempuhi Ramadhan Al-Mubarak. Ini adalah Ramadhan yang ke-3 bakal kami tempuhi di bumi UK in. Tahun ini nampaknya kami berpuasa di penghujung musim panas. Tahun depan, kalau masih ada di sini, maka bulan Ramadhan tiba tepat di kemuncak musim panas.

Anyway, Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua-semua sahabat dan saudara mara. Semoga selepas Ramadhan ini kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.

Sekian Terima kasih.

Raiedzall

Dari Dunia Beku,
Sheffield Ogos 2008




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 51,950 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung