Archive for the 'Nostalgia' Category

28
Aug
07

31 tahun

Aku teringat satu kisah yang berlaku kepada aku kira-kira 16 tahun dulu. Semasa itu aku sedang membonceng motorsikal bersama ayah hendak ke pasar membeli barang-barang keperluan harian. Dalam usia sebegitu muda (lebih kurang dalam tingkatan 3) aku sudah pun mencapai bentuk fizikal yang tinggi dan kurus, maklumlah baru-baru hendak meingkat remaja. Oleh yang demikian, setiap kali membonceng motorsikal bersama ayah, kaki aku yang panjang itu sentiasa terkangkang sedikit. He..he..

c70.jpg

Ayah adalah seorang penunggang motorsikal yang sangat berhati-hati. Walaupun motorsikal Boon Siew Honda C70 itu hanya mempunyai kelajuan maksimum 70 km/j sahaja, namun ayah selalu bawak dengan perlahan dan cermat. Aku yang berdarah muda remaja ketika itu sangatlah tidak senang dengan tahap kelajuan yang dipandu oleh ayah. Terasa tidak ‘cool’ langsung.

Sudah ditakdirkan pada hari itu kami mengalami kemalangan kecil. Semasa menunggang motorsikal melalui celahan kereta-kereta yang terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas itu, kepala lutut aku terlanggar lampu belakang salah sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan tersebut. Lampu belakang kereta itu pecah sedikit dan seluar slack aku yang berwarna maroon itu (semasa tu fesyen seluar memang warna sebegitu ok…) terkoyak dan menampakkan kepala lutut aku yang luka. Mujur luka itu tidak lah terasa sakit sangat, dasar tempurung lutut keras agaknya… he..he..

Menyedari akan kejadian itu, ayah segera memberhentikan motornya, dan melihat keadaan kepala lutut aku yang keras tetapi luka itu. Aku kata aku ok, tapi lampu belakang kereta yang kena langgar tu dah pecah. Kereta milik pemandu berketurunan cina itu masih lagi berhenti dalam kesesakkan lalulintas itu dan berada hanya beberapa meter sahaja di hadapan kami.

Aku mencadangkan kepada ayah supaya kami meneruskan sahaja perjalanan, kerana nampaknya pemandu itu tak sedar akan apa yang telah terjadi. Ayah aku segera menyuruh aku naik lalu menghidupkan injin motorsikal. Ketika kami bergerak menghampiri kereta pemandu cina itu, aku siap berpaling ke arah lain lagi, takut dia syak wasangka. He..he..

Tetapi ayah bertindak di luar dugaan, menyebabkan aku panik. Ayah siap berhenti di tepi jalan berhampiran kereta pemandu cina itu. Dia turun dari motor lalu berjalan ke arah kereta itu sampil tangannya memimpin aku. Aku sudah semakin panik dan keliru. Apakah yang terjadi ini?

Ayah mengetuk pintu kereta pemandu cina itu dan menceritakan perihal kemalangan berkenaan. Ayah juga turut memaklumkan bahawa lampu belakang kereta tersebut telah pecah dilanggar kepala lutut anaknya sambil beberapa kali memohon maaf.

Pemandu berkenaan yang juga keliru sama seperti aku, segera keluar dari kereta dan memeriksa lampu belakang keretanya. Aku yang diam sahaja dari tadi, kini terasa sangat gementar. Iyelah takut-takut pemandu berkenaan mengamuk ke atau minta bayaran beribu-ribu ringgit, mana nak cari wang sebanyak tu.

Setelah beberapa ketika, pemandu itu menyatakan kepada ayah bahawa lampu belakang itu sikit sahaja pecah nya. Tiada apa-apa sangat katanya. Berulang kali dia kata, “tak pa, tak pa sikit punya hal… “. Dia pun masuk kembali ke dalam kereta dan terus menghidupkan injin lalu memandu pergi. Aku yang masih tercegat di situ dengan lutut yang berdarah, ditinggalkannya dengan seribu satu macam kekeliruan dalam jiwa. Keajaiban kah ini?

Ayah tersenyum kepada aku dan selepas menyapu luka ku itu dengan tisu kami kembali menaiki motorsikal meneruskan perjalanan ke pasar…

Sekian.

 

09
Aug
07

Air Masak Terakhir…

Ini kisah semasa belajar di Universiti dulu. Kisah zaman bujang. Semasa itu aku bersama beberapa orang sahabat yang satu kepala duduk menyewa sebuah rumah teres setingkat berdekatan Universiti . Walau pun berbeza-beza kursus (dari kursus civil eng hingga ke chemical eng), kami adalah sangat kamceng dan bersatu hati.

Pada suatu ketika itu, semasa cuti semester yang panjang, tidak seorang pun di antara kami yang balik ke kampung kerana tiket kapal terbang ke kepulauan Borneo adalah sangat mahal. Kawan-kawan lain yang kampungnya sepelaungan sahaja dari universiti semuanya sudah balik. Memandangkan taman perumahan tempat kami menyewa itu hampir 80% didiami student, maka pada musim cuti semester sebegini, keadaan menjadi senyap sunyi seperti dilanggar syarikat penerbangan nasional Indonesia sahaja lagaknya. Justeru itu kami semuanya hanya menempek sahaja di rumah bagi menghabiskan sisa-sisa cuti.

Biasanya, selepas cuti panjang iaitu pada permulaan semester berikutnya baru wang biasiswa akan masuk. Oleh itu, sementara menunggu wang itu masuk, biasanya kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan, dengan berlapar dan tidur. Mujurlah waktu itu cuti. Kami hanya minum air masak sahaja serta makan biskut kering untuk menerus kan survival. Sadis kan?

Walaupun air masak menjadi penyambung hayat kami serumah, masing-masing amat liat hendak masak air. Harapkan member sorang ni lah sahaja, yang hari-hari masak air dan memasukkan air itu ke dalam jug plastik yang besar. Sahabat yang baik hati ni bernama Taip, orang nya berkulit sawo matang dan matanya kecil sebelah seperti mata Keri Jamaludeen. he..he.. Kami yang lain-lain nya (termasuk aku) kekal menjadi tukang minum sahaja.

Pada suatu hari tu, Taip tetiba sahaja berhenti menjalankan rutinnya. Mungkin dia rasa diperalatkan kerana geng-geng yang lain tak pernah peduli pun nak masak air. Lalu dia pun dah jadi malas juga nak masak air. Memandangkan keadaan menjadi semakin kritikal, seorang lagi sahabat kami yang juga agak rajin, Daha namanya, terpaksalah memasak air untuk diminum supaya semua orang tidak mati kelaparan. Ha.. ha.. Sungguh pun Daha sudah komited untuk memasak air, perasaan malasnya masih menebal dalam dada, lalu dia pun masak lah air sebanyak-banyaknya dan disimpan dalam beberapa jug plastik yang tiada ber-penutup serta bermacam jenis dan saiz itu. Senang katanya, tak payah masak air dah sebulan ni. Kami yang lain-lainnya memang setuju je, tak de hal..

Seminggu berlalu, bekalan air masak kami pun menjadi semakin berkurangan. Tetapi masih tiada tanda-tanda seorang pun yang rela memasak air. Teruk sungguh. Sehingga lah keesokkan harinya, air masak tinggal sedikit, kami, pelajar-pelajar yang lapar dan kekurangan zat makanan itu, berebut-rebut mahu minum air masak di dalam jug plastik yang terakhir. Si Daha berjaya merebut Jug air masak itu lalu diteguknya sehingga hampir habis tanpa sedikit pun belas kasihan. Hanya tinggal terlalu sedikit sahaja air di dasar jug plastik itu yang ditinggalnya untuk kami yang lain-lain. Bengang betul kami dibuatnya! Sudah lah lapar, air masak pun dah dihabiskannya! Sungguh tidak berperi kemanusiaan si Daha nih!

Setelah meminum air masak terakhir itu, Daha tersenyum kepuasan. Kami semua masih lagi kebengangan tetapi si Taip tetiba sahaja tersengih-sengih. Aku mati-mati ingat dia dah terjejas otak akibat kelaparan dan ke-tension-an itu.. he..he..

“Ko apa hal sengih?” tanya yang lainnya.

“Cuba ko orang tengok dalam jug tu…” kata si Taip sambil menunjuk ke dalam jug itu. Matanya sudah mengecil sebelah…

Melihat akan sedikit air yang tertinggal di dalam jug itu, tetiba sahaja si Daha terbeliak. Dia lantas berlari lintang pukang menuju ke biliknya lalu mencari-cari sesuatu dengan paniknya. Kami yang lain-lain nya masih memfokus ke dalam jug tersebut. Seketika kemudian…. kami ketawa terbahak-bahak, sampai keluar air mata. Hilang sekejap rasa lapar kami.

“Mana pergi si Daha tadi?” tanya Taip, setelah berjaya berhenti ketawa.

“Dia dah lari pergi kedai depan, nak beli apa tah?…” Jawab aku sambil mengesat air mata.

Seketika kemudian Daha balik membawa sepapan panadol yang dibelinya dari kedai depan itu. Tanpa memperdulikan kami, dia mencapai sebiji cawan plastik dan mengisinya dengan air paip. Dia lantas meneguk air paip itu untuk membantu proses menelan butiran panadol yang dibelinya tadi. Melihat akan gelagat si Daha itu, kami mengekek sekali lagi. Lepas tu si Taip bersuara;

“Woi Daha, ko ingat jentik-jentik yang ko telan tadi tu mati laaa kena panadol tu?”

Terburai gelak ketawa kami sekali lagi…

Hanya selepas seminggu baru lah si Daha bertegur sapa balik dengan kami. Dan cerita minum jentik-jentik menjadi cerita legenda di kalangan kami sehingga lah kami graduate.

Sekian.

 

06
Aug
07

Awek

Awek itu betul-betul membuat aku terpegun. Comel dan ‘happy go lucky’. Pandangan matanya oh.. sungguh memukau. Senyumannya, membuat aku tersengih-sengih perasan. Aku benar-benar mahu mengenalinya, siapa namanya? dekat mana rumahnya? Siapa nama bapaknya?

Beberapa kali juga aku terserempak dengan nya, tapi mulut aku terkunci dan lidah ku kelu. Ye lah, siapa lah aku ni.. Nak senyum pun tak jadi sebab terasa gementar sesangat, terasa macam dipaksa berucap dikhalayak ramai pun ada. Aku hanya mampu memerhatikan wajahnya dari jauh. Kekadang cemburu sendiri melihat dia bersembang dengan lelaki lelaki lain. Ha..ha..

Masa yang berlalu terasa sungguh menyiksakan. Aku terdesak mahu mengenali awek itu. Terasa ke’desperate’tan yang melampau-lampau sehingga menjejaskan selera makan (memang parah). Apa kena tah aku pun tak tahu. Cintakah ini? Tetapi akhirnya setelah tidak lagi mampu menanggung derita, aku memberanikan diri bertindak. Dengan muka yang tebal dan poyo, serta jantung yang berdegup kencang, aku me-macho-kan diri dan cuba menegur awek itu. Situasi ketika itu amatlah terasa pelik lagi janggal. Macam dalam twilight zone. Aku rasa macam nak lari balik pun ada.. Tetapi mujur, awek itu ternyata seorang yang peramah. Ditambah pula dengan ke-kacak-kan aku ni, so tak delah dia lari bila aku datang dekat he..he..

Itu cerita lama dulu…

 

Sekarang kami sudah 7 tahun kami mendirikan rumah tangga. Perut aku pun dah boroi sedikit heh.. Akan tetapi aku masih menyintainya seperti dulu, dan aku berharap percintaan dan kebahagiaan kami sekeluarga berterusan sehingga ke alam yang kekal.

 

Amin.

Sekian.

14
Jul
07

Paris

Paris tak seperti kota London atau Kuala Lumpur. Bandarnya cantik dan penuh warna warni. Sungainya mengalir air kebiru-biruan.

Menara Effiel, adalah besi-besi biasa yang dicantum menjadi struktur yang tinggi. Romantik? mungkin juga…

Cuma mungkin sistem keretapi bawah tanahnya (subway) agak kotor dan gelap serta menakutkan. Juga sepanjang laluan keretapi itu dipenuhi contengan ‘grafitti’. Lain-lain mercu tanda nya memang indah seperti yang digambarkan.

Penghuni kota Paris agak sombong seperti juga di Kuala Lumpur, tetapi ada juga yang baik hati membantu aku mengangkat beg menaiki tangga-tangga subway. Dan ada juga yang bangun memberi tempat duduk kepada isteri dan anak-anak ku di dalam keretapi yang penuh sesak…

Aku memang selalu ber-persepsi negatif akan kota-kota orang barat, seperti mana persepsi aku terhadap Kota London. Bagi aku Malaysia adalah tempat terbaik. Tetapi kali ini berbeza, tak pernah sama sekali aku menyangka, aku akan jatuh cinta pada Paris…

24
Jun
07

Endless Rain

Kadang-kadang kalau aku sedih yang teramat aku akan tidur…

Kalau hujan turun tak henti-henti pun aku akan tidur…

Di sini hujan masih lagi turun dan lagu ini sungguh jiwang…

 

klik sini untuk terjemahan lagu...

10
Jun
07

Loga

Dulu, masa kecik-kecik dulu, kira-kira umur 10 – 11 tahun aku punya beberapa orang sahabat karib. Mereka adalah Lai, Habib dan Iwek. Entah mengapa aku masih ingat nama bapaknya si Lai adalah Mersit manakala nama ibunya Kabong. He..he..

Habib pula seorang budak yang memang sangat kreatif dan hebat. Dia adalah jaguh dalam semua aktiviti yang kami lakukan. Dan yang paling ‘cool’ adalah dia sentiasa membawa pisau lipat dalam poket seluarnya kemana sahaja dia pergi. Kalau me-lastik burung memang lastikan dia sahaja yang akan mengena. Lastikan kami selalunya tersasar mengenai cermin rumah orang.

Iwek pula adalah seorang budak berketurunan Murut dan sentiasa ada hingus hijau meleleh dari hidungnya. Kalau dia pergi kemana-mana, dia amat selesa berkaki ayam. Pernah sekali tu kakinya terkena serpihan kaca semasa kami menangkap udang di tepi sungai Rejang. Setelah kami membawa dia pulang ke rumah, dia dibelasah oleh ayahnya dahulu sebelum dihantar ke hospital untuk dirawat. Seingat aku dia menerima 3 jahitan. Akan tetapi Iwek adalah seorang budak yang tough dia tak menangis pun, dan yang bestnya dia siap berbangga lagi dengan jahitan di kakinya itu…

Semasa cuti sekolah, kami ber-empat memang punya aktiviti yang sibuk. Daripada main guli sehingga memancing udang di muara sungai Rejang, daripada menceroboh ladang jagung Makcik Igat hingga bermain polis sentri di kawasan rumah kosong, daripada melastik burung hingga memanjat pokok jambu batu yang penuh kerengga, dari mandi sungai (pernah suatu ketika aku hampir lemas di sungai itu…) hinggalah mencari ‘midin‘ dalam hutan, semua itu kami lakukan dengan penuh kebebasan, walaupun kalau dapat tahu dek ibu bapa kami, haruslah makan talipinggang.. akan tetapi kehidupan adalah sangat best ketika itu!

Pada suatu hari, sedang asyik kami 4 sekawan bermain guli di halaman rumah Lai, kami terlihat sekumpulan budak-budak bujang sedang lepak di anjung rumah seorang lagi kawan kami iaitu Mugan. Budak-budak bujang itu adalah kawan-kawan kepada Abang Mugan. Mereka seperti kebanyakan budak-budak bujang masa itu adalah berimej rock kapak, berseluar ketat dan rambut gerbang-gerbang. Salah seorang daripada mereka ada membawa radio mini compo. Kami terdengar lagu ‘hingga akhir nanti‘ berkumandang dengan kuatnya.

Lai kata; “.. ko tau abang si Mugan tu ada semua kaset Alleycats…” Waaa, aku melopong mendengar kenyataan itu. Semua? Mesti berkotak-kotak tu.. fikir ku. Manalah aku tau berapa banyak album Alleycats ada masa tu. Yang aku tahu lagu-lagu dia memang best dan boleh feeling-feeling. Iwek dan Habib tak peduli pun. Mereka lebih kusyuk bermain guli…

“Jom kita lepak dengan dia orang…” kata Lai. Aku mengikut jer. Memang lagu tu antara lagu yang famous juga pada masa tu. Kami pun datang dekat konon konon untuk lebih menikmati.

Apabila kami sudah datang dekat, tetiba Abang si Mugan menyergah, “Woi! bebudak… jauh sikit aaaa… engkorang ni busuk betul laaa… main dalam longkang ke, pergi pergi!?” Ujarnya sambil menutup lubang hidung.

Aku dan Lai hanya tersengih. Memang benar tadi kami berempat main dalam longkang besar konon-konon mencari ikan sepat. Si Habib la yang bawa jala kecil ciptaannya. Takde pun ikan sepat dalam longkang tu, dapat busuk longkang ada laaa..

Aku dan Lai terus blah jer sambil menyany-nyanyi lagu ‘hingga akhir nanti‘ dengan riangnya… Di halaman rumah Lai, Habib dan Iwek sedang duduk lepak sambil makan aiskrim. Mereka berdua turut tersengih melihat kami kena marah…

Aaaahhh.. sungguh best kehidupan masa kecik-kecik dulu…

08
May
07

Tempat jatuh lagi dikenang…

Sibu, sebuah memori berusia 15 tahun…

22
Sep
06

Puasa Ramadhan


Saya teringat dulu semasa masih bekerja di Tanah air, masa bulan Ramadhan, biasanya mat-mat indon yang bekerja sebagai buruh binaan memang kebanyakkan nya tak berpuasa. Alasan mereka adalah kerana kerja yang terlampau berat. Malah kekadang yang berpuasa dekat tapak bina itu hanya saya dan beberapa orang teman sekerja yang ditempatkan di tapak projek.Selalunya apabila tiba waktu rehat tengah hari di tapak bina, kami akan berkurung di dalam kabin yang berhawa dingin sambil membuta sehingga jam 1 petang. Kekadang sekali dua terkantoi juga dengan Bos yang datang buat lawatan mengejut. Tapi tu time rehat, dia nak kata apa? He..he..

Keadaan di tapak bina semasa bulan Ramadhan juga sangat mencabar… Di mana-mana juga terdapat mat-mat indon sedang menyedut air sirap bungkus, makan nasik bungkus dan menghembuksan asap rokok kretek itu. Sungguh mencabar keadaan itu. kekadang siap ada yang menyakat buat-buat offer rokok… memang nak kena tampar le jugak.. kononnya laaa… Tapi heran gak kan, masa tengah berpuasa tak de rasa nak hisap rokok pulak?

Anyway, pada suatu hari, semasa time rehat tengah hari di tapak bina, macam biasa lah mat-mat indon tu berduyun-duyun ke kantin untuk makan dan berehat. Bagi dia orang, dah tak de rasa malu dah, makan sambil tayang-tayang kat orang dalam bulan puasa…

Hendak dijadikan cerita, saya ternampak seorang pakcik tua (indon juge…) sedang duduk sorang-sorang bawah sebatang pokok. Berehat agaknya… tapi dia tak join kengkawan indon dia yang sedang menikmati makanan kat kantin tu. Pakcik ni bekerja di bahagian bukak-bukak formwork (papan acuan konkrit). Saya sebagai seorang site Engineer yang perihatin pergi le kat pakcik tu.. ye laa.. kut le dia tak de duit nak makan ke, dia sakit ke.. ye tak?

saya tanya ” Pakcik… pakcik buat apa kat sini? Pergi lah kat kantin sana makan. nanti lapar tak boleh kerja. Pakcik tak de duit ke nak makan? Minggu lepas kan baru angkat gaji ?”

Pakcik tu jawab ” Encik, saya puasa hari nih. Puasa tak boleh makan… Encik puasa ke?”

Saya hanya tersenyum…

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Maaf zahir & batin…

-Raiedzall-

26
Jul
06

Al-Fatihah

25 Julai 2006

Embun
Spinning Gasing
Merah
Scoop
Beyond Rangoon
Ringgit Kasorrga
Jimi Asmara

“Semalam, saya lihat wajah Allahyarham agak berseri-seri. Saya katakan padanya, mengapa wajahnya nampak berseri-seri, tetapi beliau hanya tersenyum,’’

MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT….

18
Jul
06

Kisah Abang Pencari Fail

Kita lupakan dahulu kisah Datuk K dan CT seketika, walau pun saya berasa sungguh keji dengan pengumuman itu. Bapak CT pun nampak macam baca skrip je, macam kene paksa je… “saya terpikat dengan cara Datuk K melayan anak-anak” eiiiiiii! Nak termuntah aku dengar statement CT tu. Macam dah takde benda lain nak terpikat. Terpikat dengan misai tebal Datuk K yang sebenarnya… he..he.. Mulai hari ni aku dah tak minat CT dah. Baik aku layan lagu-lagu lama Ramlah Ram & Kak Rohana Jalil. Uji Rashid pun ok… Biar lah rahsia misai kata nya… ha..ha..ha..

serupa tak ?

Oh ya berbalik kepada apa yang hendak saya ceritakan sebentar tadi. Kisah benar yang hendak saya ceritakan ini telah diubahsuai sedikit tapi benar-benar berlaku kepada saya semasa masih bekerja di Tanah Air beberapa ketika dahulu. Oleh kerana panjang ceritanya saya buat dalam bentuk dialog aje OK?..

Lokasi : Di Pejabat Salah Sebuah Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan Bekalan air
Misi: Mendapatkan follow up mengenai status submission pelan susunatur projek perumahan syarikat Bos saya
Pegawai yang terlibat : Jurutera Kanan (Nama dirahsiakan, tapi dengar cerita dia dah masuk mahkamah pasal kes rasuah sex.. tah le… speku je kut?)

Saya: Asalamualaikum Encik. Tuan Hashim (bukan nama sebenar) ada?

Abang pencari fail: Walaikumsalam. Tuan Hashim ada lam bilik dia. Awak ni sape? Ada pe hal nak jumpa Tuan Hashim ? (sambil matanya kecik sebelah tanda-tanda kerek)

Saya: Saya Raiedzall dari Syarikat Maju Melayu. Takde.. sebenarnya saya nak buat follow up pasal submission pelan susunatur projek perumahan Nyiur Condong kat Batu Gajah tu…. bla.. bla… saya submit 3 minggu lepas pelan susunatur tu…. bla..bla… kalau takde kelulusan dr jabatan ni susah kita orang nak proceed buat pelan PU pulak… bla..bla..

Abang pencari fail: OOOOO dari syarikat Maju Melayu (bukan nama sebenar) yea… salleh mana? Biasa dia datang…

Saya: Salleh cuti, Isteri dia bersalin..

Abang pencari fail: Oooooooooo… projek Nyiur Condong ye… nanti jap saya cari fail nya…

Abang pencari fail bangkit dari kerusi nya dan terus mencari fail yang sangat berharga itu dalam kabinet fail, pas tu dia cari atas meja, bawah meja, dalam tong sampah, tepi bucu, dalam laci orang sebelah, dalam bilik Jurutera kanan…. tapi tak jumpa…

Abang pencari fail: Tak de la fail tu.. sape ambik tah? penat tau carik… (sambil buat termengah-mengah) Lain kali datang bawak le rokok sekatun dua… apa la ko orang nih…

Saya: (cakap dalam hati : oooo nak rokok…) La.. saya terlupa tadi cik. Ada dah kat ofis saya 2 katun rokok DUNKILL… esok saya bawak..

Abang pencari fail: Ye ke? tak payah le susah-susah. Tapi kalau ada bawak aje lah esok.. (sengeh tak malu)

Abang pencari fail tetiba membongkok dan mencapai sesuatu di bawah meja nya…

Abang pencari fail: Oooooooooooooooooooooooooooo… ni haaaaa fail nya. Dia orang nih, tak reti laaa nak simpan balik kat kabinet tu. Jadi hal pulak aku carik… Hish… haaa Encik Raiedzall, biar saya bawak fail ni masuk bilik Tuan Hashim . Nanti saya letak atas sekali, boleh en.Raiedzall masuk dulu… tak payah tunggu lama-lama.. he..he..

Saya: Ooooo.. terima kasih bebanyak, susah-susah aje… (sambil rasa nak muntah…)

Beberapa ketika lepas tu saya pun dipanggil masuk ke bilik Tuan Jurutera Kanan….. Urusan dengan Tuan Hashim kejap aje, tak de masalah. Pelan lulus bersyarat… Tip top!

Tapi esoknya saya terpaksa beli rokok DUNKILL 2 katun sebagai tanda terima kasih atas budi dan jasa Abang Pencari Fail tu… (tapi claim le kat Bos saya , walaupun dia liat nak luluskan calim tu….hampeh punya bos.. he..he..)

Sekian.

07
Jul
06

Kes Kecurian Dompet

Gambar hiasan

Seperti mana En.Izhal saya juga pernah kehilangan dompet (banyak kali sebenarnya), yang pertama kalinya, bukan tercicir tapi kena seluk… Kejadian berlaku di Puduraya yang sesak lagi berbau itu.. Malangnya saya tersedar kehilangan dompet itu, masa dah atas bas dah dan separuh perjalanan ke Ipoh pulak tu…

Bila sampai di Bandaraya Ipoh, saya terus je ke Balai polis (dekat je dengan Stesen Bas tu…) untuk membuat laporan.. dialog saya dengan Abang Polis tu lebih kurang begini la…

Saya : Semekom Encik..

Abang Polis: Melekom salam, ada apa masalah dik? (polis tu tanya sebab saya datang Balai tu jam 3 pagi)

Saya: Saya nak buat laporan dompet saya kena curik..

Abang Polis: Ooo.. kena curi, kat mana tu..?

Saya: Kat KL tadi.. saya sedar masa dah ada kat atas bas dah… ni baru sampai ni…bla..bla.. sekarang ni dah tak de duit tambang nak balik rumah…bla…bla… macam mana ni encik… pagi nanti nak pergi kerja… kad bank ilang…kad pengenalan ilang… semua ilang…bla…bla…

Abang polis: Kalau kena curi kat KL tak boleh buat laporan kat sini, kena buat laporan Kat KL jugak…

Saya : Laaaaaaa……..

19
Jun
06

Biasa la.. Nak hidup..

Bukan gambar hiasan

Suatu ketika dahulu, semasa aku masih di Malaysia…

Aku : Eh.. kenapa macam tu sekali?

Sahabat: Memang macam tu la, kalau harapkan jujur je mana nak dapat…

Aku: Habis macam mana kontraktor jujur nak carik makan?

Sahabat: Kalau dah nama nya kontraktor, mana ada yang jujur..

Aku: Berapa dia nak?

Sahabat: RM360K, separuh kena bagi masa nak award tender, separuh lagi masa tengah bina

Aku: Banyak tuuuu! Habis, kita ni macam mana? kira subahat lah.,,?

Sahabat: Kita ni kuli je, nak buat macam mana? Kau nak berenti? Ko nak jadi nelayan? Aku tau buat kerja ni je.. Ah..Biasa la nak hidup, pandai-pandai laaa…

Aku: Kot ye kalau hidup lama lagi, kalau mati esok cam ne ?

Sahabat: Ah.. kau pergi la cakap kat Bos…!

Aku: …

01
May
06

Ingat tak citer ni? Gaaaaa Baannnn!

Zaman sekarang nih ada banyak betul citer kartun untuk kanak-kanak. Kalau kat M’sia tu yang subscribe Astro ada channel kartun 24 jam. Kat UK ni pon begitu lah juga. Takpelah, asalkan jangan tengok citer mengarut-ngarut sudahlah. Bagus juga bole belajar bahasa English, Jepun dan sebagainyer..

Masa kecik-kecik dulu pun ada banyak gak citer kartun yang best. Tapi tak ingat sangat le tajuknya. Kalau tak silap ada ‘Toriton’, ‘Ninja’, ‘Kesatria Baja Hitam’, ‘Ultraman 80-an’, ‘Transformer’, ada satu citer tu yang jet pejuang boleh tukar jadi robot.. ape ke tajuk nya kartun tu…? ah tak ingat.. Tapi citer nih yang paling best, kecik-kecik dulu siap hafal lirik lagu intro dia.. he..he.. sama-sama kita saksikan…

Best kan?

[Update 19/05/2009] : kartun “jet pejuang boleh tukar jadi robot” itu adalah macross, best!




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

January 2010
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,343 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung