Archive for the 'Nasihat' Category

20
Jul
09

Bible Led American Christian to Convert to Islam

A very interesting story, must see…

04
Jul
09

Ikhlas tapi Jauh

Asalnya aku hendak menulis pasal bagaimana hendak membaiki tv plasma yang rosak dan berbunyi klik-klik, tetapi memikirkan ianya agak komplikated maka aku kensel sahaja. Nanti-nantilah aku tulis dalam blog aku yang satu lagi..

(Tulisan seterusnya berlatarbelakangkan sountrack Nasyeed Talib Al Habib, Allah Hu Allah…)

Kadang-kadang aku terfikir tentang berapa kerat sahaja manusia dalam dunia ini yang buat kerja ikhlas kerana Allah. Mungkin ada beberapa orang yang aku kenal terutamanya sahabat-sahabat yang sentiasa memperjuangkan urusan usrah. Aku rasa mereka ini betul-betul buat kerja ikhlas kerana Allah. Selain daripada itu rasanya tidak ramai (termasuk aku sendiri).

Bayangkan setiap hari kita buat kerja, entah berapa kali kita niatkan ikhlas kerana Allah? cuba kira.. kadang-kadang solat pun kerana kebiasaan sahaja. Mulut kita melafaz niat, hati memasang niat untuk bersolat kerana Allah, tetapi adakah betul-betul kerana Allah atau hanya kebiasaannya hendak solat kita memasang niat? Kompleks kan?

Alangkah ruginya hidup ini kerana tidak didedikasikan untuk Allah…

Wallah hu ‘Alam

02
Jul
09

TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik

Ada orang beli tv lcd besar 50″. Buntang mata menengoknya. Lepas tu ada juga yang beli kereta mewah, begitu hebat bergaya. Kilat-kilat lagi.

Tapi perlukah? dan mampukah mengelakkan perasaan riak? Kalau mampu tak salah. Yang jadi masalahnya kalau tak mampu.

Like my friend said in his blog, count your blessing…

TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik, itu sahaja yang mampu…

09
Jun
09

Kisah Tan Sri Dato’ Dr. Profesor Madya & Pendayung Sampan yang Miskin Hina

Cerita dipetik dari mailing list melayu Sheffield 11/06/2009. Tajuk asal adalah ‘Kisah Profesor & pendayung sampan‘, saja aku ubah supaya lebih dramatik haha! Enjoy…

…………………………………………………………………

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, ‘Hmm. Hari nak hujan.’

‘ OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat’ kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai… Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan…

‘Kamu dah lama kerja mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.

‘Hampir semur hidup saya.’ Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

‘Seumur hidup kamu?’ Tanya Professor itu lagi. ‘Ya’.

‘Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, ‘Kamu tahu geografi?’

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

‘Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.’

Kata Professor itu lagi, ‘Kamu tahu biologi?’

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

‘Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?’ Professor itu masih lagi bertanya…

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

‘Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.’ Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

U jump, I jump...

you jump.. i jump...

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

‘Kamu tahu berenang?’

Professor itu menggelengkan kepala.

‘Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.’ Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

The End

……………………………………………

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi ‘MASTER’ dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan…

02
May
09

Jumaat musim panas

Setiap kali aku sampai di masjid berhampiran Tesco itu, mesti masjid tu dah penuh. Selalunya ramai yang bersesak-sesak sampai melimpah ruah sehingga ke kaki lima, al-maklumlah hari Jumaat.

Imam masjid itu berkuthbah dalam bahasa Arab, iaitu bahasa yang aku sangat kenali tapi tak banyak faham. Ada juga terjemahan dalam bahasa inggeris selepas itu, suatu usaha yang baik oleh pihak masjid. Tetapi biasalah kan, kalau dah duduk pun nun jauh di belakang luar masjid dan atas kaki lima jalan pulak tu, suara imam kedengaran sayup-sayup aje lah. Dah la tak faham kan..

Kalau datang awal mesti dapat duduk dalam masjid, boleh solat betul-betul belakang imam lagi. Kalau datang sederhana awal dapat duduk tengah-tengah tapi masih dapat masuk dalam masjid. Kalau datang lambat, kena duduk sekitar kawasan tempat orang ambik wudhuk/bilik air. Kalau sangat lambat macam aku tadi, ambik! duduk atas kaki lima jalan.

Ada juga yang datang lambat, tetapi bersusah payah menyelit nak masuk juga ke dalam masjid. Sampai tersepak mereka mereka yang sedang kusyuk mendengar kuthbah dan juga tersepak mereka-mereka yang sedang kusyuk tidur.

Minggu depan aku nak datang awal.

Insya Allah.

07
Apr
09

Jutawan separuh umur

Aku baru sedar umur aku dah separuh hayat, 33 tahun.

Baru aku sedar aku masih belum jadi jutawan…

30
Aug
08

Yang ku Rindukan…

Alhamdulillah, tahun ini aku masih lagi diberi peluang untuk menempuhi Ramadhan Al-Mubarak. Ini adalah Ramadhan yang ke-3 bakal kami tempuhi di bumi UK in. Tahun ini nampaknya kami berpuasa di penghujung musim panas. Tahun depan, kalau masih ada di sini, maka bulan Ramadhan tiba tepat di kemuncak musim panas.

Anyway, Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua-semua sahabat dan saudara mara. Semoga selepas Ramadhan ini kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.

Sekian Terima kasih.

Raiedzall

Dari Dunia Beku,
Sheffield Ogos 2008

07
Aug
08

Turn The Page

Hidup ni bro… adalah satu perjalanan jauh lu tahu? Tapi journey tu bro…, mesti berhenti-henti, tak boley bro nak terus jalannnn aje! Tak boley bro! Nanti penat, patah kaki lu…

Tapi bro lepas lu berenti rehat, lu sambung lagi jalan tu. Jauh bro nak jalan, jauh betol. Gua ingat lebih kurang aah, macam baca buku aaa, lu tahu baca? Gua suka tengok gambar je ha ha. Tapi serupa aaaa bro! Baca buku tebal bro. Tiga hari tak abis aah.. tapi baca je lah sikit-sikit. Kalau lu bosan bro, stop la kejap, lepas makan nasik lu sambung la baca lagi… Lu paham ke bro? Kalau tak paham, suka hati lu aah, gua rock beb! Anytime gua understood! Ha ha..

Tapi bro, Video ni aa… dia ada cerita sendiri. Sedih giler wa cakap lu beb, gua nak nangis tapi gua tahan, tak macho aaaa nangis!. Gua rock metallica jugak bro, tapi gua tak bley aa tengok sedih-sedih cengini. Gua hati lembut bro… Takpe aah, lu layan aje: Metallica – turn the page! (isk! sedih bro video ni…)

Sedih bro…

21
Jul
08

Cerita sederhana panjang


Salam…

Sedikit cerita sederhana panjang hendak aku kongsi bersama malam ini. Cerita-cerita biasa sahaja, baca kalau takde apa nak buat… kalau ada benda nak buat, pergi lah buat sekarang ha..ha!

1. Non Destructive Testing
Pertamanya aku ingin mengumumkan bahawa aku sudah lulus kursus NDT Radiographic Interpretation di Agryll Ruane TP Oneil. Sebuah kursus yang melayakkan aku berdaftar dengan The British Institute of Non-Destruvtive Testing UK. Gempak tak bunyinya? Heheh.. Kursus ini aku sangat rekomenkan kepada mereka yang sanggup kerja di offshore dan inginkan gaji besar serta tidak hairan sangat dengan kehidupan di tengah laut yang membosankan. Kalau ada kriteria ni, sila apply. Tak susah sangat, setakat nak hafal formula-formula dan kaedah-kaedah berkaitan x-ray dan Gamma ray. Oh dan mempunyai mata yang terang dan mampu spot benda-benda halus yang terpapar pada imej radiograph. Oh ya, dan juga sediakan duitnya beberapa ribu Pound.

Satu lagi kursus yang aku buat, baru sahaja habis exam dan tengah tunggu keputusan. Mintak-mintak lulus lah. Yang itu kursus Welding Inspection, kurang galmer bunyi nya akan tetapi sangat ‘in demand’ dan begitu sukar sekali examnya. Naik berasap kepala.. Kalau dah lulus nanti aku cerita lah… Belum dapat lesen, sembang pun tak guna… (memetik kata Dato’ Ghazali…).
Special thanks to my wife yang memaksa aku ambik kursus ni secara bidan terjun. Luv you, muah!

2. Destructive Friends
Tiada kaitan dengan non destructive testing. Cumanya aku terpanggil hendak cerita pasal seorang kawan yang dah lama aku kenal di bumi Malaysia membawak ke bumi UK nih. Dah bertahun-tahun dah kami kenal, dan baru-baru ni dia sekeluarga sudah selesai urusan pengajiannya dan sudah pun bersiap-siap untuk kembali ke tanah air. kawan aku nih, kalau bersembang, kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak pernah tidak, pasti sedikit sebanyak membuat aku kecik hati. Nak kata aku sensitif tak juga. So bila bersembang dengan dia dan kengkawan lain, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sedih betul rasa hati nih, bukan dek kerana kata-katanya, tetapi kerana melihat sahabat aku tu masih tak berubah, walau telah menempuhi kehidupan sukar di UK ini. Bagi aku pengalaman hidup di UK ini sangat berharga, bukan dari segi mengumpul harta ke apa, tapi berharga dari segi kesedaran tentang hidup ini. Hidup di perantauan, bagi aku sangat perit tapi penuh dengan pengajaran dan pengalaman berharga yang telah mengubah aku menjadi insan yang, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelum ini. Kalau kehidupan yang sukar masih tidak mampu menginsafkan kita, apa lagi yang mampu? Kematian yang sukar?
Lu fikir la sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.

3. Politik Malaysia
Dulu aku rajin juga komen pasal politik Malaysia. Tapi sekarang nih aku dah malas. Dah teruk sangat dah, aku malu dengan perangai pemimpin kita. Gila kuasa sampai begitu sekali. Akuan bersumpahlah, bunuh oranglah, liwat oranglah, dah macam freak show, bodoh giler! Tak de bezanya kalau lantik beruk jadi PM. Ntah-ntah beruk tu pun tak seteruk beruk yang sekarang nih.
That’s it! Next election aku nak mengundi PAS.

4.Cinta Kurap 2

Ini cerita sequel dari cinta kurap sebelum ini. Cinta remaja yang semakin digaru semakin sedap. Aku dah bubuh baik punya antiseptik hari tu, reda lah sekejap kurapnya, tapi bila aku terlupa bubuh, kurap tu jadi balik. Kali ni kat celah-celah yang aku tak nampak, di punggung contohnya. Susah nak tengok kecuali kalau tungging kat depan cermin. Ha ha!.
Susah juga nak hilangkan cinta kurap nih. Aku rasa sebab dah agak melarat kekurapannya, sampaikan orang sekeliling pun perasan. Ada seorang kawan tu siap cakap lagi “cakap lah kat dia orang tu, jangan biar kurap tu melarat, nanti jadi lebih parah…” Malu betul…, orang lain punya kurap aku pulak malu.
Tapi aku dah usaha yang aku terdaya (i.e. sapu antiseptik). Aku rasa kalau tak hilang juga simptom simptom cinta kurap itu, aku terpaksa bawak jumpa Dokter pakar kulit kat Malaysia. Ada yang rekomen kan suruh bawak jumpa bomoh siam, tapi aku rasa tak proper lah. Kawan aku dulu bila kena sakit cinta kurap ini dia pergi jumpa bomoh siam, baik.. tapi ada long term effect. Not good.

Oleh yang demikian, kalau lepas nih tak baik juga kurap tu, aku nekad hendak melaporkan eh silap.. aku nekad hendak membawa remaja yang dijangkiti sakit cinta kurap ini berubat dengan Doktor pakar kulit kat Malaysia. Okay tak?

5. Kembali Ke Masa Silam

Hari tu aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Lama kan 10 tahun? Kali terakhir jumpa masing-masing masih di sekolah, berbaju kurung putih dengan skirt biru. Yang lelaki berbaju kemeja putih, berseluar hijau. Rambut ala-ala Jason Donovan ha..ha!.
Sekarang ni bila jumpa dah berkeluarga. Kawan aku nih masih serupa seperti dulu, peramah selalu happy. Aku pun peramah juga dulu tapi sekarang ni dah gemok sikit (ada kaitan ke peramah dan gemok?). Pelik betul perasaan bila kali pertama bertemu seseorang yang kali terakhir kita bercakap adalah 10 tahun lepas. Almost like watching a movie that you like the most when you were little…
Apa pun aku aku gembira kerana berpeluang berjumpa kawan-kawan lama, kerana hanya mereka sahaja yang tahu who we used to be and how we have changed, betul tak?

Dah cukup setakat ini ‘Cer-Seder-Jang‘ aku kali ini.

Sekian, terima kasih.

Wassallam.

16
Jun
08

There are No Accidents

Best betul cerita ni. Aku minat tok guru kekure tu. Sangat cool ok! I likeeeeeeee…

There are no accidents…” kata tok guru kekure.

Hakikatnya dalam dunia ini, memang tiada accident. Semuanya telah di-engineered dengan jitu dan sempurna oleh Yang Maha Kuasa. Tiada accident. Betul tak?

Watch Kung fu Panda online, here.

09
Jun
08

Dari semua itu aku cuba mengenal-Nya

Blog Ber-sawang

Aku rasa blog aku ni dah masuk kategori “blog bersawang of the year” dah. Jarang update, walaupon dah 2 tahun lebih aku berkecimpung dalam bidang blog nih. Semenjak 2 menjak ni, aku dah hilang nafsu nak memblogging mungkin kerana bosan atau apa tah. Kekadang tu tak ada idea nak menulis. Tapi Kennny saje bosan bosan pon ade jer benda nak di-blogkan.

Bila aku baca balik entry aku yang mula-mula dulu, banyak yang aku tulis untuk suka-suka. Lepas tu mula ada pembaca yang memberi komen, yang terdiri dari bloggers juga, yang akhirnya menjadi kawan maya. Sesudah blog aku menjadi femes (he he perasan skit) corak penulisan aku mulai berubah. Aku bagaikan terpaksa menulis sesuatu yang aku tak minat. Aku semacam terpaksa menulis untuk memuaskan nafsu bacaan orang lain. Semakin banyak entry yang aku tulis semakin jauh isi kandungannya dari tujuan asal aku ber-blogging. Tapi aku tak tau pun apa tujuan aku berblogging, agaknya suka-suka nak mencatatkan apa yang aku suka je kot ha ha.

Tapi hari ini aku rasa malas. Semarak api semangat untuk menulis blog sudah semakin malap. Hari ini hidup aku sudah tidak seperti semalam. Hari ini aku sangat sibuk. Memang ada cita-cita hendak merakamkan setiap pengalaman menarik yang ditempuhi seharian di perantauan ini, tapi tak kesampaian sebab badan letih, otak letih. Ntah lah… Malam ni (pagi dah sebenarnya, kol 1 dah) aku gagahi juga jari jemari ku ini untuk menari di atas keyboard usang jenama Genius, bagi memuaskan hati mu dan hati ku, chewah macam lagu Rohana Jalil.

Adik Masuk Hospital

Dua hari lepas anak lelaki aku masuk hospital. GP menasihatkan supaya eczema-nya dia dirawat oleh Dokter pakar kulit di Children Hospital. Tiada apa yang emergency sebenarnya, cuma eczema-nya sudah semakin teruk dan telah mengalami jangkitan kuman-kuman. Maka hujung minggu kami sekeluarga dihabiskan di hospital tu sahaja. Tadi aku tengok muka dan badan anak aku tu dah beransur pulih, kulitnya dah licin sedikit. Syukur Alhamdulillah.

Dekat UK ni ada jugak yang baiknya kerana semua rawatan tidak kira rawatan hospital biasa mahu pun pakar, semuanya adalah percuma. Kalau kat Malaysia dah tentunya kena beribu-riban. Kesian juga menegnangkan nasib kita rakyat Malaysia. Udahlah minyak naik, elektrik naik pas tu semuanya akan naik. Oh kejap…, tu cerita perenggan lepas ni…

Minyak Naik, Pak Lah Turun

Aku berasa sungguh marah dan kaciwa dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen. Walaupon aku sekarang ni masih duduk dekat UK dan sudah pasti tidak terkena tempias harga minyak di Malaysia, tetapi sanak saudara, ibu ayah di kampung bakal menempuhi kesukaran hidup hasil daripada onar yang dibuat oleh Dollah itu. Aku cukup sedih bila bercakap telefon dengan mak di kampung. Mak kata harga barang semua naik, harga beras naik, nak makan roti je, roti lagi mahal. Ubi kayu lagi mahal. Tambang bas adik-adik nak pergi sekolah naik, semua naik lah!. Ah, kesian sungguh. Aku harap Pak Lah segera turun dan bertaubat, dan digantikan oleh pemimpin yang lebih bijak dan berkelayakan. Tidak kisah siapa asalkan adil dan bijak mentadbir negara. Kalau ada yang mempunyai skill macam Tun Mahathir lagi bagus. Tapi aku tak nak Anwar Ibrahim. Dia backing pak Lah. Dalam kempen Pilihan raya sebelum nih mana ada sangat dia kutuk Pak Lah. Tapi kutuk Najib bukan main lagi. Susah susah aku rasa Ku Li mungkin boleh. Tapi entah lah.. UMNO tetap UMno, macam kala jengking la, tetap kala jengking.

Cinta itu ibarat kurap

Dulu masa zaman sekolah-sekolah, selalu la buat lawak pasal cinta. Selalu member kata “cinta itu ibarat kurap, semakin digaru semakin sedap“. Agak bodoh juga perumpamaan tu, tapi bila direnung, ada juga kebenarannya. Remaja sekarang tak seperti remaja dulu. Berbeza dek teknologi dan cara didikan mak bapak generasi moden. Juga Internet mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam hal ini. Ye lah gerbang informasi dan propaganda yahudi.

Aku pun pernah juga remaja, pernah juga cinta cinti. Aku tahu kobar dan gelora cinta remaja. Dan semua itu sama sahaja dengan kobar dan gelora cinta zaman ini. Tak de bezanya pun. Cuma yang berbeza bukan kobarnya tetapi cara penyampaiannya cinta itu. Dulu (zaman aku laa) remaja masih hormatkan orang tua. Tak kiralah orang tua tu mak bapak ke , Pak Long Mak long ke, Mak bapak angkat ke, semuanya dihormati. Habis kuat pun keluar bercinta senyap-senyap pas tu balik cakap kat mak ayah pergi tuition. Taktik klise remaja zaman tu.

Berlainan dengan remaja sekarang, (tak semua la kan…) mereka sudah tiada rasa hormat kepada orang tua. Mereka bebas berbuat sesuka hati, berpegangan tangan dan berpelukan dan tak kisah kat mana-mana pun. Di kawasan awam, di taman-taman bunga, di rumah sendiri mahupun di rumah orang lain. Itu semua sangat kurang enak di pandang dan sangat-sangat menjurus kepada kerterlanjuran ataupun Zina. Jangan buat begitu, kalau betul serius, kalau betul nak sedap, bernikahlah. Guna saluran yang benar. malu lah kepada Tuhan yang maha Melihat. Kalau tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malu lah pada orang sekeliling.

Aku pun bukan lah Ustaz ke ape, tapi aku tahu di mana batas aku sebagai orang Islam dan aku mahu remaja sekarang tahu juga akan batas-batas pergaulan masing-masing. Nasihat aku ini adalah kerana ianya tanggungjawab aku, tiada niat lain. Aku harap remaja-remaja yang terbaca catatan ni dan merasa diri nya yang diperkatakan, harap menerimanya dengan hati terbuka dan ikhlas, kerana Allah. Ingatlah segala yang baik pasti berkesudahan dengan yang baik juga. Begitu juga sebaliknya!

Kesimpulan

Mula-mula tadi aku kata aku dah malas nak ber-blogging, tapi banyak la pulak aku taip nih. He he.. Apa pun aku minta maap kalau ada tersalah taip. Jangan malu-malu nak tinggal komen. Kalau nak berkenalan kita jumpa di Facebook. Okey?

Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry.

Take care.

Wasallam

24
Nov
07

Tips Menjadi Superhero

Sambungan dari entri yang lepas, di sini aku bagi tips percuma tentang bagaimana mau menjadi superhero dengan kuasa khas meramal peribadi seseorang melalui pertemuan pertama.

 

  1. Bila anda bertemu dengan seseorang buat kali pertamanya, lalu anda menghulur tangan untuk bersalaman, orang itu menyambut salam anda sambil lewa atau dia bersalam dengan anda tanpa melihat wajah anda (sambil ber-SMS contohnya) maka orang itu adalah orang yang sombong atau orang yang kurang rasa hormat terhadap orang lain. Orang macam ni patut dijauhi. Tapi perlu diingat bahawa, ramalan ini hanya 90% tepat maka ambil sedikit masa untuk memerhati dengan lebih lanjut akan perlakuan orang itu. Mana lah tahu, tadinya masa bersalaman, dia tengah risau memikirkan masalah dunia contohnya…
  2. Apabila kali pertama anda berbual dengan orang yang baru anda kenali, lalu dia bertanya, anda berkerja dimana dan kerja sebagai apa. Sebenarnya orang yang bertanya itu hanya mahu tahu satu perkara sahaja iaitu siapa antara kamu berdua lebih superior yakni lebih hebat. Tidaklah diketahui kenapa manusia sentiasa mahu menjadi lebih superior walaupun sesama spesis. Walau bagaimanapun, orang seperti tidaklah berbahaya kerana beliau hanya bergelut dengan keyakinan diri sendiri sahaja. Oleh yang demikian. bila orang bertanya anda bekerja sebagai apa, jawablah “…saya dah 10 tahun menganggur. Tapi duit saya dalam bank ada RM 10 juta!” ha ha ha..
  3. Apabila pertama kali anda berjumpa dengan seseorang lalu dia memberikan senyum dan salam. Lalu kemudiannya dia bertanya khabar anda serta anak isteri anda. Lalu dia mengajak anda minum atau makan sambil-sambil itu berkenal kenalan. Orang ini mungkin orang yang baik-baik. Tetapi awas! Dia mungkin juga seorang peniaga Jualan langsung yang ingin memujuk anda menyertai MLM dibawah group dia. Ini lagi bahaya!!!

Ok cukup dulu 3 tips untuk hari ini, nanti-nanti kita sambung lagi…..

01
Nov
07

Belasungkawa

 

 

Menjadi
seperti mu
pada waktu-waktu
seperti begini
adalah rahmat
sungguh aku kagum
Bersabarlah

Al Fatihah

Raiedzall
Sheffield Nov 07




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

January 2010
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,343 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung