A very interesting story, must see…
A very interesting story, must see…
Kenapa? Ada banyak sebab kenapa insuran kereta itu jadi mahal bebenor…
Jangan marah ye, gurau-gurau je. Kalau nak tahu cara nak buat insuran murah sikit, sila hubungi saya segera.
Cheers mate!
Asalnya aku hendak menulis pasal bagaimana hendak membaiki tv plasma yang rosak dan berbunyi klik-klik, tetapi memikirkan ianya agak komplikated maka aku kensel sahaja. Nanti-nantilah aku tulis dalam blog aku yang satu lagi..
(Tulisan seterusnya berlatarbelakangkan sountrack Nasyeed Talib Al Habib, Allah Hu Allah…)
Kadang-kadang aku terfikir tentang berapa kerat sahaja manusia dalam dunia ini yang buat kerja ikhlas kerana Allah. Mungkin ada beberapa orang yang aku kenal terutamanya sahabat-sahabat yang sentiasa memperjuangkan urusan usrah. Aku rasa mereka ini betul-betul buat kerja ikhlas kerana Allah. Selain daripada itu rasanya tidak ramai (termasuk aku sendiri).
Bayangkan setiap hari kita buat kerja, entah berapa kali kita niatkan ikhlas kerana Allah? cuba kira.. kadang-kadang solat pun kerana kebiasaan sahaja. Mulut kita melafaz niat, hati memasang niat untuk bersolat kerana Allah, tetapi adakah betul-betul kerana Allah atau hanya kebiasaannya hendak solat kita memasang niat? Kompleks kan?
Alangkah ruginya hidup ini kerana tidak didedikasikan untuk Allah…
Wallah hu ‘Alam
Ada orang beli tv lcd besar 50″. Buntang mata menengoknya. Lepas tu ada juga yang beli kereta mewah, begitu hebat bergaya. Kilat-kilat lagi.
Tapi perlukah? dan mampukah mengelakkan perasaan riak? Kalau mampu tak salah. Yang jadi masalahnya kalau tak mampu.
Like my friend said in his blog, count your blessing…
TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik, itu sahaja yang mampu…
Cerita dipetik dari mailing list melayu Sheffield 11/06/2009. Tajuk asal adalah ‘Kisah Profesor & pendayung sampan‘, saja aku ubah supaya lebih dramatik haha! Enjoy…
…………………………………………………………………
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, ‘Hmm. Hari nak hujan.’
‘ OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat’ kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai… Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan…
‘Kamu dah lama kerja mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.
‘Hampir semur hidup saya.’ Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
‘Seumur hidup kamu?’ Tanya Professor itu lagi. ‘Ya’.
‘Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?’ Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, ‘Kamu tahu geografi?’
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
‘Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.’
Kata Professor itu lagi, ‘Kamu tahu biologi?’
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
‘Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?’ Professor itu masih lagi bertanya…
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
‘Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.’ Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
‘Kamu tahu berenang?’
Professor itu menggelengkan kepala.
‘Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.’ Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
The End
……………………………………………
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi ‘MASTER’ dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan…

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Kalau di UK, versi nya begini;
kusangkakan panas sepanjang summer, rupanya panas 2 minggu je lepas tu hujan lebat berminggu-minggu.
atau;
kusangkakan boleh ber-bbq berminggu-minggu, rupanya dapat lah ber-bbq sekali dua lepas tu sorilah.
hehe.. bukan nak mempersoalkan takdir, hanya bergurau senda di hari sabtu.
sekian.
This entry is dedicated to my siblings. My sister, Dang, the oldest, she has the strongest of heart. Ati, my little sister, she’s the one with the heart of steel. Man, the nice, funny and geeky one. BB the suprisingly talented boy and finally Ddek, my yongest sister who remain a baby in my heart.
I love you all..
Mit, the understanding one
Kerja di Royal Mail adalah kerja yang bergelumang dengan beribu-ribu surat dan paket setiap hari. Pendek kata makan surat, tidur surat minum koka surat he he..
Pada suatu hari, sedang aku asyik berkerja menyusun surat yang beribu-ribu itu , tiba-tiba terdengar suara Liz (Line manager yang sengal) membuat pengumuman melalui sistem P.A.
“ting.. tong… Attention please, the fire alarm will set off at 8 tonight, but don’t evacuate because it is just for maintenance purpose, thank youuu”
Pengumuman tersebut kurang jelas kedengarannya disebabkan suasana dalam bangunan yang hiruk pikuk dengan bunyi mesin. Itu tak campur lagi dengan bunyi pekerja-pekerja bersembang. Semuanya bersatu menghasilkan deru deruan yang menganggu jiwa, (chewah macam lirik lagu Kak Ramlah)
Aku tengok Zack yang bekerja kat sebelah tu cool je macam faham betul. Dengan konpius, aku tanya dia, “What did she say, Zack?“
“I don’t know man, something about the fire alarm and we’re not suppose to run out” kata Zack sambil menyusun sebuku demi sebuku surat ke dalam kanban. Dia pun tak jelas juga rupanya.
Aku berpaling pula pada Nelson, “Yo man, Nelson, what’s the announcement about just now?“
Nelson menerangkan bahawasanya sekejap lagi loceng amaran akan berbunyi tapi tak payah lari keluar sebab technician nak repair je. Penerangan oleh Nelson dibuat sambil beliau mencurahkan isi guni yang mengandungi lagi banyak surat untuk disusun dalam kanban.
Aku betul-betul ingatkan ada fire drill, boleh gak rehat-rehat dulu kat luar sambil berkumpul ramai-ramai. Oleh kerana tak puas hati, aku tanya lagi kat Zack dan Nelson “What if there is a real fire at 8 oclock tonight?” bersungguh-sungguh la pulak aku pasal benda nih.
Dua budak hitam dari Afrika itu dengan selamba ketawa terbahak-bahak. Aku rasa nak tampor je.
” If there’s a real fire, we don’t run away, because Liz said not to run away. We should stay in the fire or else we’re not getting paid hahahah!” mereka berdua ketawa terbahak-bahak lagi.
Betul-lah kerja dekat Royal Mail ni boleh buat semua orang mereng. Kalau terbakar betul tempat nih, aku lari dulu, engko dua orang gelak la, gelak.. gelak!
Setiap kali masa rehat di tempat kerja, aku suka berborak dengan kawan-kawan berbangsa Inggeris. Tak susah hendak mengajak mereka ni berborak. Malah mudah sahaja hendak memulakan perbualan dengan mereka ini kalau kita tahu rahsianya. Hanya perlu tanya 3 soalan utama yang sering mereka bincangkan. Contoh soalan yang utama adalah seperti berikut:
Dengan 3 soalan ini sudah cukup untuk mengeratkan tali persahabatan dengan orang puteh sebabnya kalau berjumpa lagi dengan mereka keesokkan harinya, tanya lagi soalan yang sama, pasti dapat jawapan yang sama dengan susunan ayat yang sedikit berlainan, bergantung kepada faktor masa dan persekitaran.
Begitulah sehingga ke akhir hayat mereka…
Ini adalah catatan mengenai Talib Al Habib, seorang penyanyi nasyid yang terkenal di UK. Kali pertama aku mendengar lagi Talib Al Habib adalah di laman web imeem. Pada masa itu aku sedang melayan lagu-lagu rock kapak tetapi entah macam mana boleh tergerak hati untuk mendengar lagi kalimaatan yang sangat menyentuh hati nurani. Tersentak dengan keindahan lagu nasyed selain dari nasyid kumpulan Raihan, aku pun membuat sedikit carian di internet mengenai Kalimataan dan penyanyinya Talib Al Habib.
Talib Al-Habib lahir di London pada tahun 1976 dan dibesarkan di Manchester, sebelum berpindah ke Afrika Selatan dengan keluarganya dan tinggal di sana selama sepuluh tahun. Di disinilah beliau mulai mendapat bimbingan rohani mengikut ajaran islam yang sebenar. Beliau kemudiannya kembali ke England pada awal 2002.
Gaya inshad beliau yang unik, berasal daripada 10 tahun pengalaman bergiat bersama Manchester Boy’s Choir, di mana beliau menerima latihan teknik dan vokal.
Talib Al Habib mulai menyusun puisi dan lagu-lagu nasyid sejak berusia enam belas tahun lagi. Pada awal tahun 2004, beliau terdorong untuk menerbitkan sebuah kompilasi lagu-lagu nasyid dalam bahasa Inggeris yang bertajuk ”Songs of Innocence’. Album ini banyak mencerminkan perjalanan dan pengalaman peribadi beliau dalam dimensi Islam. Talib Al Habib juga merupakan seorang penulis buku. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku berciri Islam yang membincangkan soal kerohanian dan etika.
Talib juga merupakan seorang pelajar ilmu sains Islam selama beberapa tahun. Beliau mempelajari ilmu berkenaan dengan cara tradisional seperti berguru dengan ulamak dan juga melalui pendekatan lebih kontemporari. Talib Al Habib berharap satu hari nanti, beliau mampu meneruskan pelajaran di The classical centres of learning.
Thalib Al-Habib adalah takhallus (nama pena beliau) yang bererti, ‘pencari yang dicintai’. Pada masa ini, Talib tinggal di West Midlands, di mana dia bertugas sebagai seorang Doktor khusus dalam bidang Psychiatry. Talib Al-Habib sudah mendrirkan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.
Menurut Talib Al Habib, kalimaatan diilhamkan daripada Hadith Sahih Al Bukhari yang menjadi penutup kepada karya agung beliau iaitu ‘Sahih Al Bukhari’. Terjemahan hadith yang di maksudkan adalah seperti berikut:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, “(There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: ‘Subhan Allah wa-bi hamdihi’ and ‘Subhan Allah Al-’Azim.”
Keterangan lanjut daripada Talib Al Habib sendiri mengenai kalimataan boleh didapati di sini.
Album pertama beliau berjudul ‘Song Of Innocent‘ memuatkan lagu-lagu seperti Salat al-Badriyya, Allahu, Beloved Nabi, Together, Gift of Life, dan Ya Habibi Sayyidi. Album kedua dan terkini berjudul Rahma, memuatkan 8 buah lagu seperti Light of the Dawn, Rahma – the Hadith of Mercy, Tasbih – the Seedlings of Paradise, Tauhid – the Unity of Allah,Knowledge is Light, Iman – the Articles of Faith, Hilya – the Description of Rasulullah, dan yang paling saya minat Kalimatan – the Seal of al-Bukhari.
Lagu-lagu Talib Al Habib ada banyak didapati di internet. Imeem mempunyai koleksi haram yang terbanyak, disamping laman web forum yang menawarkan download mp3 lagu-lagu beliau. Yang pelik nya, mereka-mereka yang meng-download itu siap cakap Alhamdulillah lagi. Salah asuhan agaknya…
So anyway, kepada mereka yang tidak pernah mendengar nasyid ini, berikut disiarkan videoklip kalimaatan, ihsan dari youtube.
Sumber:
gambar gambar ni tak tau le betul ke tidak. masa upload tak ada thumbnail view…
Living in the UK is cheap. The living cost is high but what i mean is, the people are cheap. They DIY a lot, because asking other people to fix thing for you will be costly. For example, changing a car’s brake pad at your local workshop will cost around 30 to 40 pound, while the brake pad it self only cost 15 pound if bought form the local spare part shop. Search “how to change brake pad” on google and most likely you’ll manage to change your car’s brake pad over the weekend successfully by yourself using those information from the internet.
Even when it come to changing worn tyres, the Brits went to used tyre dealer. A used tyre cost around 15 pound, while a new one ranging from 25 to a few hundreds pound. These second hand tyre can still be rolling for 5 to 6 months depending on usage.
What about food? The food here is cheap. The supermarkets is in constant price war with each other. There are always price cut everywhere. One full supermarket trolly is about 50 to 100 pound average. For me, one full trolly of food will last for months. In the supermarket you’ll find a lot of people looking for bargain product usually labelled in hi flourecent, eye catching price tag.
The houses here are relatively small. Compared to our Malaysian houses, an average UK house can easily fit in our dining room. The reason people here like small houses is because it is warmer during winter time compare to bigger houses. The more space you have in your home means the more energy used to keep it warm. More energy equal more money spend, so small houses is the obvious choice.
This is different from Malaysian. We Malaysian are rich and spoilt people. Whenever our car has minor breakdown we send it to the workshop. Whenever we want to go shopping, we drive even if the shopping mall is only a few blocks away. We don’t cook our own food, we go to the gerai or restaurant to dine. We sleep with the aircondition on. We have relatively big houses. We drive expensive car (even for the kancil, it’s still expensive). Not to mention the price of chicken. We Malaysian are rich people, we live like kings ha ha!
Oh, how I wanted to be rich again.. (sambil geleng2 kepala)
Ini adalah percubaan sulung untuk mem-blog menggunakan e-mail. Untuk menjayakannya anda Perlu menggunakan blogging platform wordpress.com. Blogspot tak dapat. Klik sini untuk keterangan lanjut.
Melalui kaedah ini, attachment photo akan dipaparkan sekali dengan isi kandungan e-mail lalu digubah oleh wordpress menjadi entri terbaru. Yeah!
Hendak attach mp3 pun boleh tetapi kena beli extra storage dengan meng-upgrade account wordpress anda. Macam tu, rasanya tak payah la, terima kasih.
Mem-blog guna email amat sesuai untuk mereka yang ada sematphone seperti saya hehe.. Sesuai digunakan apabila perlu segera mem-blog apa-apa sahaja yang dirasakan urgent, seperti ternampak UFO terbang di atas bumbung rumah tok pengulu misalnya.
Di bawah ada gambar untuk tatapan semua.
Sekian.