(Introduction: yaa.. aku sekarang sudah menjadi penulis novel hahahaha! Terimalah, sebuah novel jalanan, kisah trajedi hidup Habib (bukan nama samaran) yang entahkan best entahkan tidak, tapi baca aje lah…)
……………………………………………………………………………………………….
“Cerita bohong dan fitnah, selalu menjadi benar apabila kita percaya. Tapi ini kisah Habib, sebuah trajedi…”
Susunan atap genting yang berwarna cokelat kemerah-merahan itu terpampang di luar jendela tingkat 2 tempat Habib termenung. Habib, seperti selalunya memandang kosong akan lukisan alam di luar sana. Sesekali ada bunyi pintu pagar gelonsor dibuka dan ada juga bunyi kenderaan menderu laju di atas jalan taman perumahan yang biasanya had lajunya 20km/j. Semua itu bunyi biasa yang tidak lagi dianggap bunyi. Aneh apabila kebiasaan menyebabkan mata buta dan telinga pekak. Kalaulah dirinya boleh lari dari tempat ini, fikir Habib.
Mahu lari adalah fitrah semua orang. Berbeza kemana mahu lari, sama sebabnya. Tak mampu menghadapi kenyataan. Apa lagi yang tinggal kalau sudah habis maruah nya dicarik-carik oleh Simba si singa janda. Kenapa akhirannya begini? Apakah yang mencetuskan semua ini dan mengapa dia menjadi mangsa peribadi Simba? Putaran-putaran gelombang terbayang oleh Habib semasa mengingat kembali saat bermulanya trajedi itu. Sebuah trajedi di bumi beku bersuhu negatif. Trajedi dari dunia beku, fikir Habib, sambil menyedut asap rokok gulung lambang kedaifan kuasa beli beliau. Trajedi itu bermula dengan satu pangillan telefon dari rumah Simba…