Ada orang beli tv lcd besar 50″. Buntang mata menengoknya. Lepas tu ada juga yang beli kereta mewah, begitu hebat bergaya. Kilat-kilat lagi.
Tapi perlukah? dan mampukah mengelakkan perasaan riak? Kalau mampu tak salah. Yang jadi masalahnya kalau tak mampu.
Like my friend said in his blog, count your blessing…
TV Plasma Ada Bunyi Klik Klik, itu sahaja yang mampu…


kenapa ada bunyi klik klik?
Sebab TV tu dah rosak. Power supply unit nya memerlukan 2 komponen untuk ditukar, iaitu 2 ketul electrolytic capacitor 270uf 400v di lokasi c120 dan c200. Kapasitor ini pulak mempunyai jangkahayat yang berbeza. Kapasitor yang mahal panjang le sikit umurnya.
Kalau tv ni dihantar ke kedai utk dibaiki, akan dikenakan charge +- 200 pound. Kalau baiki sendiri (with risk) hanya +-30 pound aje.
Masalahnya aku tak pernah pegang soldering gun… ke sama dengan welding je?
Sekian, terima kasih