Kerja di Royal Mail adalah kerja yang bergelumang dengan beribu-ribu surat dan paket setiap hari. Pendek kata makan surat, tidur surat minum koka surat he he..
Pada suatu hari, sedang aku asyik berkerja menyusun surat yang beribu-ribu itu , tiba-tiba terdengar suara Liz (Line manager yang sengal) membuat pengumuman melalui sistem P.A.
“ting.. tong… Attention please, the fire alarm will set off at 8 tonight, but don’t evacuate because it is just for maintenance purpose, thank youuu”
Pengumuman tersebut kurang jelas kedengarannya disebabkan suasana dalam bangunan yang hiruk pikuk dengan bunyi mesin. Itu tak campur lagi dengan bunyi pekerja-pekerja bersembang. Semuanya bersatu menghasilkan deru deruan yang menganggu jiwa, (chewah macam lirik lagu Kak Ramlah)
Aku tengok Zack yang bekerja kat sebelah tu cool je macam faham betul. Dengan konpius, aku tanya dia, “What did she say, Zack?“
“I don’t know man, something about the fire alarm and we’re not suppose to run out” kata Zack sambil menyusun sebuku demi sebuku surat ke dalam kanban. Dia pun tak jelas juga rupanya.
Aku berpaling pula pada Nelson, “Yo man, Nelson, what’s the announcement about just now?“
Nelson menerangkan bahawasanya sekejap lagi loceng amaran akan berbunyi tapi tak payah lari keluar sebab technician nak repair je. Penerangan oleh Nelson dibuat sambil beliau mencurahkan isi guni yang mengandungi lagi banyak surat untuk disusun dalam kanban.
Aku betul-betul ingatkan ada fire drill, boleh gak rehat-rehat dulu kat luar sambil berkumpul ramai-ramai. Oleh kerana tak puas hati, aku tanya lagi kat Zack dan Nelson “What if there is a real fire at 8 oclock tonight?” bersungguh-sungguh la pulak aku pasal benda nih.
Dua budak hitam dari Afrika itu dengan selamba ketawa terbahak-bahak. Aku rasa nak tampor je.
” If there’s a real fire, we don’t run away, because Liz said not to run away. We should stay in the fire or else we’re not getting paid hahahah!” mereka berdua ketawa terbahak-bahak lagi.
Betul-lah kerja dekat Royal Mail ni boleh buat semua orang mereng. Kalau terbakar betul tempat nih, aku lari dulu, engko dua orang gelak la, gelak.. gelak!


isshh…masa sekolah, kalo ada fire drill olok2 ni, saya di isytihar sbg ORG YG DAH RENTUNG.
paling last sampai kat tapak perhimpunan.