Setiap kali masa rehat di tempat kerja, aku suka berborak dengan kawan-kawan berbangsa Inggeris. Tak susah hendak mengajak mereka ni berborak. Malah mudah sahaja hendak memulakan perbualan dengan mereka ini kalau kita tahu rahsianya. Hanya perlu tanya 3 soalan utama yang sering mereka bincangkan. Contoh soalan yang utama adalah seperti berikut:
- Tanya khabar: ’how are you?’ atau ‘Are you allright?’
- Cuaca: ‘Nice weather today ya?’ atau ‘today’s weather is rubbish isn’t it?’ (merujuk kepada hujan)
- Tugas: ‘What’s your duty next week?’
Dengan 3 soalan ini sudah cukup untuk mengeratkan tali persahabatan dengan orang puteh sebabnya kalau berjumpa lagi dengan mereka keesokkan harinya, tanya lagi soalan yang sama, pasti dapat jawapan yang sama dengan susunan ayat yang sedikit berlainan, bergantung kepada faktor masa dan persekitaran.
Begitulah sehingga ke akhir hayat mereka…


10 kali mek kenah bek cara mo eh..cis..haha..PR blog mo 1 dh..blog ko kosong..tapi lau eh nin PR blog computer ko 2..hehe..
hehehe… bior benor mu…. kang orang len makan nasi, aku dapat bun free…