24
May
09

Nasheed Talib Al Habib

Ini adalah catatan mengenai Talib Al Habib, seorang penyanyi nasyid yang terkenal di UK. Kali pertama aku mendengar lagi Talib Al Habib adalah di laman web imeem. Pada masa itu aku sedang melayan lagu-lagu rock kapak tetapi entah macam mana boleh tergerak hati untuk mendengar lagi kalimaatan yang sangat menyentuh hati nurani. Tersentak dengan keindahan lagu nasyed selain dari nasyid kumpulan Raihan, aku pun membuat sedikit carian di internet mengenai Kalimataan dan penyanyinya Talib Al Habib.

Talib al-Habib (picture from Google)

Talib al-Habib (picture from Google)

Talib Al-Habib lahir di London pada tahun 1976 dan dibesarkan di Manchester, sebelum berpindah ke Afrika Selatan dengan keluarganya dan tinggal di sana selama  sepuluh tahun. Di disinilah beliau mulai mendapat bimbingan rohani mengikut ajaran islam yang sebenar. Beliau kemudiannya kembali ke England pada awal 2002.

Gaya inshad beliau yang unik, berasal daripada 10 tahun pengalaman bergiat bersama Manchester Boy’s Choir, di mana beliau menerima latihan teknik dan vokal.

Talib Al Habib mulai menyusun puisi dan lagu-lagu nasyid sejak berusia enam belas tahun lagi. Pada awal tahun 2004, beliau terdorong untuk menerbitkan sebuah kompilasi lagu-lagu nasyid dalam bahasa Inggeris yang bertajuk ”Songs of Innocence’.  Album ini banyak mencerminkan  perjalanan dan pengalaman peribadi beliau dalam dimensi Islam. Talib Al Habib juga merupakan seorang penulis buku. Beliau telah menghasilkan tiga buah buku  berciri Islam yang membincangkan soal kerohanian dan etika.

Talib juga merupakan seorang pelajar ilmu sains Islam selama beberapa tahun. Beliau mempelajari ilmu berkenaan dengan cara tradisional seperti berguru dengan ulamak dan juga melalui pendekatan lebih kontemporari. Talib Al Habib berharap satu hari nanti, beliau mampu meneruskan pelajaran di The classical centres of learning.

Thalib Al-Habib adalah takhallus (nama pena beliau) yang bererti, ‘pencari yang dicintai’. Pada masa ini, Talib tinggal di West Midlands, di mana dia bertugas sebagai seorang Doktor khusus dalam bidang Psychiatry. Talib Al-Habib sudah mendrirkan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.

Menurut Talib Al Habib, kalimaatan diilhamkan daripada Hadith Sahih Al Bukhari yang menjadi penutup kepada karya agung beliau iaitu ‘Sahih Al Bukhari’. Terjemahan hadith yang di maksudkan adalah seperti berikut:

Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, “(There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: ‘Subhan Allah wa-bi hamdihi’ and ‘Subhan Allah Al-’Azim.”

Keterangan lanjut daripada Talib Al Habib sendiri mengenai kalimataan boleh didapati di sini.

Album pertama beliau berjudul ‘Song Of Innocent‘ memuatkan lagu-lagu seperti Salat al-Badriyya, Allahu, Beloved Nabi, Together, Gift of Life, dan Ya Habibi Sayyidi. Album kedua dan terkini berjudul Rahma, memuatkan 8 buah lagu seperti Light of the Dawn, Rahma – the Hadith of Mercy, Tasbih – the Seedlings of Paradise, Tauhid – the Unity of Allah,Knowledge is Light, Iman – the Articles of Faith, Hilya – the Description of Rasulullah, dan yang paling saya minat Kalimatan – the Seal of al-Bukhari.


Lagu-lagu Talib Al Habib ada banyak didapati di internet. Imeem mempunyai koleksi haram yang terbanyak, disamping laman web forum yang menawarkan download mp3 lagu-lagu beliau. Yang pelik nya, mereka-mereka yang meng-download itu siap cakap Alhamdulillah lagi. Salah asuhan agaknya…

So anyway, kepada mereka yang tidak pernah mendengar nasyid ini, berikut disiarkan videoklip kalimaatan, ihsan dari youtube.

Sumber:

  1. nuralhabib.com
  2. wahabs.com
  3. youtube

0 Responses to “Nasheed Talib Al Habib”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 51,950 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung