(pic taken from migrationinformation.org)
Pejabat UK Border Agency di Sheffield adalah tumpuan mereka-mereka yang ingin memohon atau memperbaharui VISA. Dulu kalau dapat VISA dia orang tempek sahaja dalam pasport, sekarang dah lain. Kena buat Kad Pengenalan Biometric yang juga merangkap VISA. Peraturan menggelupurr itu baru sahaja dikuatkuasakan sebulan dua ni. Tak hairan le ada ramai orang asing di situ, termasuk kami sekeluarga.
Pintu masuk pejabat berkenaan dikawal ketat oleh pak guard-pak guard muda dan tua. Semua pendatang asing yang hendak memperbaharui VISA akan di-scan dengan scanner ala-ala senjata Power Rangers. Lepas itu semua isi poket atau beg akan diperiksa satu persatu. Sekiranya ada benda-benda tajam atau benda berasaskan logam, maka ia akan dirampas dan ditukarkan dengan sekeping kad kecil bernombor unik, supaya benda-benda berkenaan boleh dituntut semula setelah urusan selesai kelak.
Sekiranya ada membawa minuman, pak guard akan suruh minum sedikit untuk membuktikan kandungan cecair di dalam botol itu tidak membahayakan orang lain. Henfon juga tidak ketinggalan. Bateri henfon perlu di tanggalkan untuk diperiksa. Oh ya, kalau pakai tali pinggang ber-buckle besi juga terpaksa ditanggalkan untuk di-scan. Mujur pagi tadi aku tak pakai cawat besi…
Kesemua benda yang diperiksa tadi perlu dimasukkan ke dalam bakul berbentuk segiempat untuk dilalukan dalam mesin x-ray.
Selepas itu, urusan di kaunter pejabat macam biasa sahaja. Macam kat pejabat-pejabat kat Malaysia juga. Pejabat UK Border Agency itu ada kaunter panjang yang bermikrofon, ada banyak kerusi tempat menunggu, ada flat screen TV tergantung pada dinding (cuma tak tunjuk telenovela je) dan ada skrin yang memaparkan nombor giliran. Memang sebijik macam kat Malaysia kecuali orang yang bekerja kat situ ada jugak senyum melayan orang ramai.
Masa hendak balik tak susah sebab ikut pintu lain. Cuma perlu tekan punat dan pintu terbuka secara otomatik. Tapi selepas berada di luar bangunan berkenaan, kena pergi balik ke pintu masuk tadi untuk claim balik benda-benda yang disita oleh pak guard tadi.
Lepas tu kami sekeluarga balik rumah makan nasik.
Sekian.



0 Responses to “Proses Permohonan Kad Pengenalan Biometric UK”