Archive for July, 2008

21
Jul
08

Cerita sederhana panjang


Salam…

Sedikit cerita sederhana panjang hendak aku kongsi bersama malam ini. Cerita-cerita biasa sahaja, baca kalau takde apa nak buat… kalau ada benda nak buat, pergi lah buat sekarang ha..ha!

1. Non Destructive Testing
Pertamanya aku ingin mengumumkan bahawa aku sudah lulus kursus NDT Radiographic Interpretation di Agryll Ruane TP Oneil. Sebuah kursus yang melayakkan aku berdaftar dengan The British Institute of Non-Destruvtive Testing UK. Gempak tak bunyinya? Heheh.. Kursus ini aku sangat rekomenkan kepada mereka yang sanggup kerja di offshore dan inginkan gaji besar serta tidak hairan sangat dengan kehidupan di tengah laut yang membosankan. Kalau ada kriteria ni, sila apply. Tak susah sangat, setakat nak hafal formula-formula dan kaedah-kaedah berkaitan x-ray dan Gamma ray. Oh dan mempunyai mata yang terang dan mampu spot benda-benda halus yang terpapar pada imej radiograph. Oh ya, dan juga sediakan duitnya beberapa ribu Pound.

Satu lagi kursus yang aku buat, baru sahaja habis exam dan tengah tunggu keputusan. Mintak-mintak lulus lah. Yang itu kursus Welding Inspection, kurang galmer bunyi nya akan tetapi sangat ‘in demand’ dan begitu sukar sekali examnya. Naik berasap kepala.. Kalau dah lulus nanti aku cerita lah… Belum dapat lesen, sembang pun tak guna… (memetik kata Dato’ Ghazali…).
Special thanks to my wife yang memaksa aku ambik kursus ni secara bidan terjun. Luv you, muah!

2. Destructive Friends
Tiada kaitan dengan non destructive testing. Cumanya aku terpanggil hendak cerita pasal seorang kawan yang dah lama aku kenal di bumi Malaysia membawak ke bumi UK nih. Dah bertahun-tahun dah kami kenal, dan baru-baru ni dia sekeluarga sudah selesai urusan pengajiannya dan sudah pun bersiap-siap untuk kembali ke tanah air. kawan aku nih, kalau bersembang, kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak pernah tidak, pasti sedikit sebanyak membuat aku kecik hati. Nak kata aku sensitif tak juga. So bila bersembang dengan dia dan kengkawan lain, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sedih betul rasa hati nih, bukan dek kerana kata-katanya, tetapi kerana melihat sahabat aku tu masih tak berubah, walau telah menempuhi kehidupan sukar di UK ini. Bagi aku pengalaman hidup di UK ini sangat berharga, bukan dari segi mengumpul harta ke apa, tapi berharga dari segi kesedaran tentang hidup ini. Hidup di perantauan, bagi aku sangat perit tapi penuh dengan pengajaran dan pengalaman berharga yang telah mengubah aku menjadi insan yang, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelum ini. Kalau kehidupan yang sukar masih tidak mampu menginsafkan kita, apa lagi yang mampu? Kematian yang sukar?
Lu fikir la sendiri, kata Nabil si Raja Lawak.

3. Politik Malaysia
Dulu aku rajin juga komen pasal politik Malaysia. Tapi sekarang nih aku dah malas. Dah teruk sangat dah, aku malu dengan perangai pemimpin kita. Gila kuasa sampai begitu sekali. Akuan bersumpahlah, bunuh oranglah, liwat oranglah, dah macam freak show, bodoh giler! Tak de bezanya kalau lantik beruk jadi PM. Ntah-ntah beruk tu pun tak seteruk beruk yang sekarang nih.
That’s it! Next election aku nak mengundi PAS.

4.Cinta Kurap 2

Ini cerita sequel dari cinta kurap sebelum ini. Cinta remaja yang semakin digaru semakin sedap. Aku dah bubuh baik punya antiseptik hari tu, reda lah sekejap kurapnya, tapi bila aku terlupa bubuh, kurap tu jadi balik. Kali ni kat celah-celah yang aku tak nampak, di punggung contohnya. Susah nak tengok kecuali kalau tungging kat depan cermin. Ha ha!.
Susah juga nak hilangkan cinta kurap nih. Aku rasa sebab dah agak melarat kekurapannya, sampaikan orang sekeliling pun perasan. Ada seorang kawan tu siap cakap lagi “cakap lah kat dia orang tu, jangan biar kurap tu melarat, nanti jadi lebih parah…” Malu betul…, orang lain punya kurap aku pulak malu.
Tapi aku dah usaha yang aku terdaya (i.e. sapu antiseptik). Aku rasa kalau tak hilang juga simptom simptom cinta kurap itu, aku terpaksa bawak jumpa Dokter pakar kulit kat Malaysia. Ada yang rekomen kan suruh bawak jumpa bomoh siam, tapi aku rasa tak proper lah. Kawan aku dulu bila kena sakit cinta kurap ini dia pergi jumpa bomoh siam, baik.. tapi ada long term effect. Not good.

Oleh yang demikian, kalau lepas nih tak baik juga kurap tu, aku nekad hendak melaporkan eh silap.. aku nekad hendak membawa remaja yang dijangkiti sakit cinta kurap ini berubat dengan Doktor pakar kulit kat Malaysia. Okay tak?

5. Kembali Ke Masa Silam

Hari tu aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sudah lebih 10 tahun tak jumpa. Lama kan 10 tahun? Kali terakhir jumpa masing-masing masih di sekolah, berbaju kurung putih dengan skirt biru. Yang lelaki berbaju kemeja putih, berseluar hijau. Rambut ala-ala Jason Donovan ha..ha!.
Sekarang ni bila jumpa dah berkeluarga. Kawan aku nih masih serupa seperti dulu, peramah selalu happy. Aku pun peramah juga dulu tapi sekarang ni dah gemok sikit (ada kaitan ke peramah dan gemok?). Pelik betul perasaan bila kali pertama bertemu seseorang yang kali terakhir kita bercakap adalah 10 tahun lepas. Almost like watching a movie that you like the most when you were little…
Apa pun aku aku gembira kerana berpeluang berjumpa kawan-kawan lama, kerana hanya mereka sahaja yang tahu who we used to be and how we have changed, betul tak?

Dah cukup setakat ini ‘Cer-Seder-Jang‘ aku kali ini.

Sekian, terima kasih.

Wassallam.




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,084 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung