Dulu, lebih kurang 2 tahun lepas, ketika mula-mula aku dan keluarga sampai di bumi sejuk beku ini, perkara pertama yang aku risaukan adalah mencari kerja. Macam-macam cerita aku dengar sebelum menjejakkan kaki di sini. Tetapi menurut kawan-kawan yang pernah berada di sini dulu, kerja yang paling popular dengan bayaran gaji yang lumayan adalah kerja dengan Royal Mail. Macam kerja dengan Pos Malaysia la kira-kiranya. Akan tetapi kerja yang tidak kurang popular juga adalah mencacai, iaitu menjadi tukang cuci a.k.a. cleaner.
Ramai pelajar Malaysia di sini yang bekerja part time sebagai cleaner. Bagi mereka yang nasib baik lebih sedikit dapat lah kerja Royal Mail. Aku juga tidak terkecuali. Baru-baru ini aku telah dijemput oleh pihak pengurusan Royal Mail untuk bekerja semula dengan mereka, sebagai casual mail sorter. Aku pernah buat kerja ini semasa musim cuti krismas tahun lepas. Kali ini, aku ditawarkan kontrak kerja sementara selama 12 minggu berbanding hanya 5 minggu sebelum ini. Kerjanya senang sahaja, iaitu mengasingkan surat dan bungkusan. Senang la berbanding kerja mencacai di jamban budak-budak sekolah. He he.
Dalam pada itu, aku juga sedang sibuk dengan study NDT aku itu. Menjelang minggu depan aku akan menjalani peperiksaan NDT berkenaan. Ada 2 shot sahaja, kalau gagal kali ke-2 tak pasal-pasal burn sahaja semua usaha aku selama ini. Dalam erti kata lain, kalau fail cubaan kali kedua, akan lupus semua bayaran beribu riban pound yang telah dibayar sebelum ini, pas tu tak dapat sijil NDT cuma dapat sijil kehadiran kursus je kot?. Semuanya agak kritikal jugalah. Aku tengah berusaha bersungguh untuk lulus cemerlang dalam cubaan kali pertama, biar si Martin (guru besar) nganga dengan keputusan cemerlang aku itu nanti ha! ha!

Aku semasa kelas NDT – Radiographic Intrepretation Level II
Sementara itu, aku terpaksa melepaskan jawatan aku sebagai cleaner di RGS memandangkan aku terpaksa menumpukan perhatian kepada study dan kepada kerja di Royal Mail. Bukan apa, kelas aku start pukul 9 pagi sampai 4.30 petang, pukul 6 nak masuk kerja Royal Mail pula, jadinya kerja cleaner (4 hingga 6 petang) terpaksa dilepaskan. Aku tak sempat buat surat berhenti pun sebab sibuk giler. Tak ape kut, kerja cleaner je pun.
Aku terkilan juga sebab tak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ‘nenek kebayan’ yang menjadi supervisor RGS tu. Dulu nyaris aku nak pukul nenek kebayan tersebut dengan mop dek kerana keceluparan mulutnya. Kenny pun nyaris-nyaris juga hendak mengkarate tulang keting beliau ha ha…
Anyway, kepada semua best friend aku di RGS itu Kenny, Saiful tempe, kazman, pijo, Big Brother Miji dan yang lain-lainnya, aku minta maaf sebab blah gitu je. Kalau korang bengang dengan tindakkan macho aku tu, korang lepaskan geram korang kat ‘nenek kebayan ‘ je ok…
Ntah apakah yang aku tulis meleret-leret nih. Ok lah tu je. Sekian, terima kasey.
p/s: Lagu ini adalah lagu favorite kami semasa mencacai di RGS, terima lah…
Spoon – Rindu serindu-rindunya
Slash – Taman Astakona

