Jam menunjukkan lagi 10 minit ke pukul 6 petang. Hari sudah gelap kerana memang begitulah kebiasaannya di England pada musim beku. Aku, Kenny, Pijo, Abbad dan Kasman sedang menuju ke belakang blok Kantin sekolah tempat kami bekerja sebagai cleaner itu dengan satu tujuan, iaitu menghisap rokok.
Memandangkan menghisap rokok di kawasan sekolah adalah perbuatan yang diharamkan di UK ini, maka kami terpaksa menjalankan kegiatan itu secara sorok-sorok. Macam nak buat kerja jahat pulak…
Sedang asyik kami menikmati rokok di kawasan gelap itu, tetiba Sepul datang hendak menyertai kegiatan haram kami itu. Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sekotak Rokok Sampoerna A Hijau.
Kami yang lain-lainnya terpegun..
“wah! Mana kau dapat rokok Malaysia nih?”
Sepul membuat muka selamba lalu menjawab “hisap aje lah… bukan senang nak dapat ni…”
Kami yang lainnya hanya redha dan akur mengikut perintah. Maka berkepul-kepul lah asap rokok dengan haruman cengkih keluar dari belakang blok kantin Sekolah Tinggi Notre Dame malam itu…
“Kau tahu, kalau kat Malaysia, pepagi tu, lepas pekena nasik lemak dan teh tarik… hisap pulak rokok Sampoerna nih… huh… memang best aah…”
“Pergh! Kau tahu best macam mana?” Tanya Sepul sambil membulatkan matanya yang sepet itu..
“ha, cenggane?”
“Macam Orgasm berganda! Ha ha ha!”
Maka kedengaaran lah gelak ketawa perokok-perokok tegar itu memecah keheningan malam di celah-celah kegelapan…
Sekian.
P/s: Lagu incubus ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang ada konflik jiwa…

