Sambungan dari entri yang lepas, di sini aku bagi tips percuma tentang bagaimana mau menjadi superhero dengan kuasa khas meramal peribadi seseorang melalui pertemuan pertama.
- Bila anda bertemu dengan seseorang buat kali pertamanya, lalu anda menghulur tangan untuk bersalaman, orang itu menyambut salam anda sambil lewa atau dia bersalam dengan anda tanpa melihat wajah anda (sambil ber-SMS contohnya) maka orang itu adalah orang yang sombong atau orang yang kurang rasa hormat terhadap orang lain. Orang macam ni patut dijauhi. Tapi perlu diingat bahawa, ramalan ini hanya 90% tepat maka ambil sedikit masa untuk memerhati dengan lebih lanjut akan perlakuan orang itu. Mana lah tahu, tadinya masa bersalaman, dia tengah risau memikirkan masalah dunia contohnya…
- Apabila kali pertama anda berbual dengan orang yang baru anda kenali, lalu dia bertanya, anda berkerja dimana dan kerja sebagai apa. Sebenarnya orang yang bertanya itu hanya mahu tahu satu perkara sahaja iaitu siapa antara kamu berdua lebih superior yakni lebih hebat. Tidaklah diketahui kenapa manusia sentiasa mahu menjadi lebih superior walaupun sesama spesis. Walau bagaimanapun, orang seperti tidaklah berbahaya kerana beliau hanya bergelut dengan keyakinan diri sendiri sahaja. Oleh yang demikian. bila orang bertanya anda bekerja sebagai apa, jawablah “…saya dah 10 tahun menganggur. Tapi duit saya dalam bank ada RM 10 juta!” ha ha ha..
- Apabila pertama kali anda berjumpa dengan seseorang lalu dia memberikan senyum dan salam. Lalu kemudiannya dia bertanya khabar anda serta anak isteri anda. Lalu dia mengajak anda minum atau makan sambil-sambil itu berkenal kenalan. Orang ini mungkin orang yang baik-baik. Tetapi awas! Dia mungkin juga seorang peniaga Jualan langsung yang ingin memujuk anda menyertai MLM dibawah group dia. Ini lagi bahaya!!!
Ok cukup dulu 3 tips untuk hari ini, nanti-nanti kita sambung lagi…..




