Archive for September, 2007

29
Sep
07

Meng’karate’ Tiang Perhentian Bas

Petang itu seperti biasa, selepas siap kerja-kerja mencuci di sekolah Tinggi Notre Dame aku memulakan perjalanan pulang ke rumah menaiki perkhidmatan bas awam. Bas-bas awam di UK amatlah cekap dan boleh diharap, tidak seperti bas di jalan Matang – Batu Kawa, Kuching.

Kebiasaannya aku siap kerja jam 6 petang tetapi bas terawal yang boleh dinaiki hanya tiba pukul 6 suku. Bas bernombor 60 itu aku naiki sehingga ke perhentian West Street (Universiti Of Sheffield) sahaja kerana di situ aku terpaksa pula menunggu sebuah lagi bas yang bernombor 52 untuk pulang ke Darnall kerana tiada bast direct dari tempat kerja. Selalunya aku tiba di hentian West Street jam 6:20 dan dekat pukul 7 malam baru aku akan sampai ke rumah.

 

 


Gambar hiasan – Inilah hentian bas yang hampir di karate itu

 

Perjalanan pulang yang memakan masa hampir sejam setiap hari tersebut tidak pernah menjadi masalah bagi aku sebelum ini sehinggalah tiba bulan Ramadhan. Hendak dijadikan cerita pada suatu hari yang suhunya sejuk dibawah paras mengigil lutut, bas bernombor 52 yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Berbulu juga aku menunggu bas tersebut dalam keadaan lapar dan kesejukkan. Pada hari itu waktu berbuka adalah pukul 6:53, bermakna aku tidak akan sempat berbuka di rumah melainkan hanya mampu mengorek lubang hidung, akan tetapi aku tak jadi buat kerana jijik juga rasanya… Terasa menyesal kerana tidak teringat membawa sebiji dua korma untuk dimakan sementara sampai kerumah. Sungguh hebat juga ujian hari itu rupanya.

Waktu yang tertera pada henfon aku sudah menunjukkan angka 7 yang menandakan bahawa sudah lepas waktu berbuka. Bas nombor 52 masih juga tidak kunjung tiba. Di dalam hati aku mula mempersoalkan kredibiliti bas-bas di uK yang aku sanjung tinggi selama ini. Aku mula meninjau-ninjau di sekeliling kut kut ada kedai runcit, boleh juga aku beli chikedis ke atau cokelat Snickers ke untuk mengalas perut tapi hampa. Bar dan pub banyak la. Sekali lagi aku memeriksa waktu pada henfon. Sudah 7 lebih, bas itu memang sudah lambat gileer.

Seketika kemudian, dari kejauhan aku terlihat ada sebuah bas tak bernombor terhegeh-hegeh datang. Yang bestnya dia berhenti pula bila aku tahan. Bukan apa, sebab ada tertulis ‘Darnall Special’ pada bas itu aku tahanlah, mana tahu bas nombor 52 dah tukar nama, kut la kan… Tapi malangnya aku tidak dibenarkan untuk menaiki bas itu kerana menurut pemandunya, bas itu hanya untuk orang-orang special sahaja. Cheh, nampak nya aku tak special di mata pemandu bas itu. Setelah bas itu berlalu, baru aku perasan, special yang dimaksudkan adalah untuk Orang kurang Upaya.

Mungkin kerana sejuk dan lapar, aku sudah mulai menyumpah-nyumpah di dalam hati. Terasa macam hendak aku karate sahaja tiang pondok perhentian bas tempat aku menunggu itu. Kemarahan aku agak meluap-luap juga, rasa mahu sahaja aku lempang kepala driver bas 52 tu kalau dia sampai nanti… Huh! Marahnya aku ini…

Akhirnya bas 52 sampai juga. Tapi tak de lah aku lempang kepala pemandu bas itu, aku sekadar memberikan jelingan maut sahaja. Aku tengok mukanya sardin aje, macam tak bersalah langsung. Makin berbulu la aku dibuatnya.

Aku tiba dirumah jam 7:30. Lambat setengah jam aje sebenarnya. Selepas berbuka puasa, perut sudah kenyang dan tubuh sudah tidak kesejukkan, baru aku rasa menyesal kerana marah-marah menunggu bas tadi. Aku baru di uji sedikit dah nak karate tiang bas, baru di uji sedikit dah nak lempang pemandu bas, lupa pada Pesan Tuhan. Tu belum lagi diuji dengan yang berat-berat. Mujur Tuhan tidak menjadikan aku kurang upaya supaya aku boleh naik bas ‘Darnall Special‘ tadi…

Menyesal aku marah-marah masa tu. Menyesal, menyesal…

 

 

Sekian.

 

 

26
Sep
07

Bau Wangian Kasturi…

“…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151) .

Puasa? Kalau puasa alhamdulillah wangi mulut tu..

Aku memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini kerana sudah lama tak update. Ada juga peminat aku kat Sheffield ni yang komplen sebab tak update he..he.. Femes juga aku nih rupanya.. :D

Nah sekarang aku dah update…

Sekian terima kasih.

p/s: Selamat menyempurnakan ibadah puasa dan Selamat hari jadi kepada Puan Anita Akmar.

 

 

 

 

14
Sep
07

Selamat berpuasa

Dekat sini solat Tarawih berbeza sekali dengan di Malaya. Lain bebenor…

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya yang selalu ke Blog aku nih.

Raiedzall
Dari dunia beku




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,084 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung