Pagi itu aku balik kerja agak lewat. Pukul 8.10 pagi baru aku melangkah turun dari bas no.52. Baru sahaja aku berjalan beberapa meter dari Bus Stop itu, terserempak pula dengan Din, sahabat @ jiran se-Balfour Road. “Hendak ke mana pula Din pepagi buta ni dengan pakai neck tie nya. Kemain hensem lagi.” bisik hati ku.
Wa.. gi mana ni siap pakai tie lagi?”
“Hari ni Viva le…” jawab Din tersengeh.
“Ooooo” jawab ku dengan mulut yang sedikit melopong. Viva adalah sesuatu yang agak sensitif bagi pelajar-pelajar PhD di sini.
Aku dan Din pun bersembang seketika di situ sementara dia menanti kedatangan drebar nya (pemandu bas). Sempat juga kami menghabiskan sebatang dua rokok dan menghembuskan asap pencemaran ke ruang udara Sheffield yang lembab dan dingin itu.
“Kau dah buang air belum? Nanti tengah Viva takut buat pasal pulak, he he”
“Dahhhhhh…”
Aku dan Din tergelak ntah ape-ape…
Tidak lama selepas itu aku pun minta diri ( sebab sebenarnya aku yang terasa seperti hendak membuang air, mungkin kerana banyak sangat minum kopi percuma di tempat kerja tadi) .
Aku ucap selamat kepada Din dan sempat juga aku pesan supaya selawat banyak banyak. Alim ulamak juga aku nih, he..he.. Din macam biasa, sengih aje. Mesti nervous tu.
Sesampai sahaja dirumah, aku khabarkan kepada Isteri ku tentang Din yang hendak Viva hari nih. Isteri aku sedikit terkejut dan tumpang nervous jugak. Memang sah perkataan viva agak sensitif kepada pelajar PhD…
Anak-anak aku pula dua-dua baru bangun tidur. Memandangkan sekarang cuti sekolah (cuti 2 bulan musim panas) aku tak lah bergegas menyiapkan mereka untuk ke sekolah. Malah kadang-kadang budak budak tu sampai ke petang tak mandi, sejuk takpe he he..
Bila jam sudah menunjukkan pukul 1.20 petang aku pun buka komputer . Macam biasa lah, kembara ke alam siber. Baca blog engkorang semua, baca blog politik, baca surat khabar online, tengok youtube, layan online movie dan last sekali aku buka e-mel.
Beberapa e-mel pertama yang dihantar kepada aku adalah spam. Ini termasuklah e-mel pasal viagra. Cheh! E-mel pasal skim cepat kaya pun ada. Cheh!
Tapi ada satu e-mel dari yahu group masyarakat Melayu Sheffield yang bertajuk: “Viva Mechanical” aku buka dan baca isi kandungannya. Biasanya e-mel dari yahu group masyarakat Melayu Sheffield adalah agak panas dan kontroversi. Ye lah, masing masing nak jadi hero melayu layu.
Rupa-rupanya cerita pasal Din dan dia dah berjaya dalam Viva nya. He he.. terbayang sengihan nya pepagi tadi…
Kepada Wak Din aku ucap tahniah dan syabas.
Sekian.
Nota:
- Viva adalah presentation untuk tesis PhD yang menentukan lulus atau gagal PhD tersebut. Viva Las Vegas… viva Las Vegas… la la la
- Din adalah suami kepada Puan Yus, penulis Blog “Nukilan Hati dan Panorama Kehidupan” (juga dari Balfour road) Tahniah juga kepada Yus..



