Archive for May, 2007

28
May
07

Monolog buat Joe Lipas

 

Joe…

Kenapa kau dan kawan-kawan kau tu selalu lepak kat sini? Dah puas aku buat penghapusan etnik, jumlah kaum keluarga mu tidak juga luak-luak. Apa kah yang kau cari di sini, wahai Joe? Tidak kah kau tahu tiada apa-apa yang boleh aku sumbangkan kepada kau, selain sisa makanan yang anak-anak ku tumpahkan…

Joe…

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, bagaimana keadaan hidup engkau dan masyarakat kau itu. Apakan hidup kalian juga sangat komplikated seperti kehidupan kami manusia? Apakah PM masyarakat lipas juga seperti PM kami Joe, kuat tidur? Percayalah Joe, kalau kau menjadi manusia, pasti kau akan malu kerana menjadi rakyat yang melantik mamat lalok sebagai pemimpin. Tapi Joe, kalau kau kerja kerajaan, kau musti suka. Apa tak nya, gaji kakitangan kerajaan dah naik Joe. Gaji aku juga tak naik-naik Joe… Kau ada naik gaji tak Joe?

Joe

Kau beruntung kerana hidup mu hanya mencari sisa makanan yang terbuang. Lebih-lebih lagi kat rumah aku nih, memang banyak sisa makanan daripada lauk yang sedap-sedap. kalau kau bermastautin kat rumah sebelah, aku yakin kau akan menjadi kurus kering Joe. Mesti kengkawan kau panggil kau Joe Kering sebab tiada sisa makanan yang kau boleh jumpa di situ Joe… Tapi tak mengapa Joe, walaupun sisa makanan kat situ agak terhad, kau boleh berlatih menjadi pakar strategi memanipulasi kawan untuk kepentingan peribadi joe, kalau kau rajin dengar mereka bersembang.

Joe,

Kau kerja apa? Aku seorang cleaner Joe… kerja aku agak berat juga joe. Hari-hari kena cuci pejabat & sekolah orang Joe. Aku penat Joe. Hari tu aku ada mintak kerja yang lebih baik tapi tak dapat. Kawan aku pula asal mintak kerja dapat, asal mintak kerja dapat… Entah lah Joe, mungkin belum rezeki aku.
Kau apa tau Joe…

Joe,

Kau takut tak polis traffic? Aku takut polis traffic Joe. Hari-hari kalau aku bawak kereta, jantung aku berdegup kencang takut terserempak polis traffic. Kau jangan gelak Joe… aku serius nih. Kau tak payah bawak kereta, bolehlah kau sengeh…

Joe,

Summer tahun nih tak ter ingin kah kau nak jalan-jalan tour UK & Europe? Mesti ramai sedara mara kau belah-belah Scotland sana… Aku teringin juga Joe, tapi asyik tak cukup duit aje Joe… entah bila duit nak cukup tak tau lah…

Joe…

Sakit kah bila aku jentik kau tadi, sehingga terburai isi perut mu itu? Bukan kah sudah aku katakan, jangan kacau aku semasa aku menghadap komputer? Kau semakin kurang ajar Joe… Kau sudah tidak takut melintas depan batang hidung aku tanpa menundukkan badan.

Sudah lah joe, kau ajak lah saudara mara dan sahabat handai mu pergi dari sini sebelum aku spray dengan Ridsect.

Pergi lah Joe…

pergi Lah

-Sekian-

22
May
07

Seven Samurai

Tahukah anda apa itu ‘Seven Samurai’…? ‘Seven Samurai’ merupakan sebuah filem Jepun yang dianggap terbaik dalam sejarah perfileman dunia. Haaaaa.. gempak tak? Filem ini diarahkan oleh Akira Kurosawa pada tahun 1954 dan pernah dicalonkan dalam Academy Award untuk kategori Best Art Direction-Set Decoration, Black-and-White dan Best Costume Design, Black-and-White.

Filem ini mengisahkan sekumpulan petani di sebuah perkampungan di Jepun yang mengupah tujuh orang Samurai tak ber-tuan untuk membantu mereka menentang penjahat yang selalu datang merampas hasil kebun mereka setiap kali musim menuai.

Haaa.. memang gempak sekali bunyinya filem ini. sudah lama juga aku teringin nak tengok filem ni tapi tak kesampaian sehingga lah pada hari ahad lepas, aku terjumpa DVD ‘Seven Samurai’ tu kat Carboot Marshlane. Aku pun dengan ter’uja’ nya membeli DVD tu sebab harga yang diletak oleh penjual tu murah je. Mungkin sebab 2ndhand,dia pun jual lah dengan harga GBP 1.50.

Keesokkan harinya, selepas menghantar anak ke sekolah dan selepas Ibunya pergi ke Universiti (lebih kurang pukul 10 pagi). Aku pun pasanglah DVD tu. Seronok nih… tak sabar…

Waaa.. hitam putih, macam cerita P.Ramlee.. ye la buat tahun 1954, Malaya belum merdeka pun lagi masa tu… best… best…

Waa.. tak de sarikata… takpe kalau perati betul-betul mesti boleh faham cerita ni… best…

Waa.. banyaknya bercakap, bila nak lawan-lawan pedang samurai ni?

Waa.. aku dah terkebil-kebil…

lepas tu aku terlelap….

sekian terima kasih…

15
May
07

Raja Nazrin – bangsawan berilmu & berimej intelektual

Semasa bertugas di Ipoh dahulu, aku selalu juga berjumpa dengan Raja Nazrin. Bukan sebab aku juga keturunan anak raja, tetapi sebab aku kerja Part Time Jual Tiket Bola dekat stadium Ipoh. Raja Nazrin selalu datang kalau ada Game Piala Malaysia. Aku takde la borak-borak atau bertepuk tampar dengan Beliau (baginda…?) setakat tengok dari jauh je, sebab dia duduk kat tempat khas VVIP di Grand Stand. Aku selaku penjual tiket, selepas habis bertugas boleh masuk free ke stadium dan duduk kat Grand Stand juga. Di situ lah bermulanya perkenalan aku dengan Raja Nazrin… he..he..

Anyway, aku ada terbaca artikel ni kat yahoo Group harakahdaily. Tentang Raja Nazrin dan perkahwinan baginda yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Khabarnya perkahwinan baginda akan ditanggung sendiri olehnya atau oleh keluarga dan akan diadakan secara sederhana. Dia juga menolak dengan penuh hormat peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri Perak untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Zara Salim Davidson. Baginda menitahkan Menteri Besar, Tajol Rosli, supaya menggunakan peruntukan yang disediakan itu untuk pembangunan bagi kepentingan rakyat jelata. Begitulah seorang Raja berjiwa rakyat…

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Raja Nazrin…

Untuk membaca artikel penuh dari Harakah daily Yahoo Group klik di sini.

Sekian.

08
May
07

Tempat jatuh lagi dikenang…

Sibu, sebuah memori berusia 15 tahun…




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,376 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung