Archive for April, 2007

24
Apr
07

BBQ Geng Mengaji Darnal Sheffield 2007

Di Sheffield ni kami bertuah kerana ada seorang Ustaz yang sanggup mengajar anak-anak kami mengaji Al Quran. Di mukim Darnall ada beberapa keluarga yang mana Ustaz akan datang ke rumah 3 kali seminggu untuk tujuan mengajar membaca Al Quran tersebut.

Aku ucapkan terima kasih kepada Ustaz Hazri atas pengorbanan dan kegigihan beliau beramal dan menyumbang untuk agama.

Hari tu kami ber BBQ. Gambar ada kat bawah…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

17
Apr
07

Pole Dancing & Pole To Pole

If you want to read about pole dancing, it’s here. It’s a good exercise . But don’t you read about the pole to pole expedition. It’s a waste of time, money and resources.

And the ‘tanam Quran’ thing… It’s very ignorant and should be done only by idiot.

I vote for pole dancing. Go baby go!

13
Apr
07

PM marah paip bocor di Kampung Tambalung

Oleh Wartawan dari dunia beku

Gambar hiasan semata-mata (tiada fungsi)

Kota Belud, Sabah 12 April – Datok Sri Abdollah Hj Ahmad amat marah dengan kebocoran paip air di Kampung Tambalung, di sini semalam hingga menyebabkan penduduknya bergantung kepada sungai dan air hujan untuk bekalan air, iaitu untuk minum, memasak makanan, membasuh pakaian dan mandi dan beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Pedana Menteri menegaskan, jika wujud penyelewengan dalam pembinaan paip air kampung tersebut, pihak bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan kerana kejadian itu tidak sepatutnya berlaku pada kampung seperti itu.

‘‘Saya merasa amat marah, mengapa satu kampung di Malaysia yang Terbilang, ada kerosakan seperti itu. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena. Adakah kerosakan ini berlaku ketika kampung itu dibuka?

‘‘Dalam perkara ini Jabatan Kerja Deparaya (JKDr) dan Institut Kerja Deparaya Malaysia (Ikderam) telah diarah membuat siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut. Setelah siasatan selesai mereka akan mengemukakan laporan kepada pihak kerajaan,’’ katanya.

Abdollah berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Kononnye Malaysia (DEY MACAA..) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Sekatari Negara, Tan Sri Mohd Sideq Hussin; Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Johnny Aziz; Pemangku Ketua Pengarah Body Pencegah Rasuah (BPR), Datu A. S. Hamdon dan Ketua Polisi Negara, Tan Sri Musa Hussin.

Semalam, aktiviti harian di Kampung Tambalung, ‘terhenti’ apabila berlaku kebocoran paip air di Menara Tangki Air Khayalan, melimpah hingga ke Rumah Wakil Rakyat Kota Belud, yang sedang menginap di hotel mewah ketika itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku sejak pukul 2 pagi itu menyebabkan lebih 3,000 orang Kampung yang mahu menjalankan aktiviti harian terpaksa diarahkan ke Kampung Tambalung cawangan di Kajang, Shah Alam, Wangsa Maju, Kelana Jaya dan Subang. (Jauh Juga…)

Seramai 150 tahanan warga asing yang ditempatkan di lokap di bawah rumah Wakil Rakyat Kota Belud, turut dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih dan Depoh Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. (lagi jauh…)

Selain siasatan, Abdollah berkata, usaha pemulihan juga perlu dilakukan segera kerana kampung berkenaan merupakan sebuah kampung berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata, sekiranya usaha tersebut (pemulihan) tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat, ia boleh menjejaskan urusan orang kampung berkenaan.

Ketika ditanya adakah kejadian itu boleh menjejaskan imej kerajaan, beliau berkata, orang akan melemparkan pelbagai tuduhan tetapi yang penting ketika ialah tindakan segera perlu diambil.

‘‘Dalam kejadian ini ada dua perkara yang perlu kita tumpukan, pertama usaha untuk memulihkan paip bocor di Kampung Tambalung supaya ia dapat beroperasi semula.

‘‘Kedua, melakukan siasatan sama ada kerosakan yang berlaku itu kerosakan biasa atau merupakan satu kealpaan di pihak kontraktor yang membina sistem paip di Kampung tersebut,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdollah mengakui antara kelemahan Kontraktor-kontraktor sistem paip di kampung-kampung ialah tidak menjalankan proses penyelenggaraan secara berkala kerana wujud satu persepsi paip air di kampung-kampung baru tidak perlu diselenggara.

‘‘Sebenarnya setiap sistem paip baru di kampung-kampung perlu sentiasa diperiksa dan diselenggara. Jika ada kerosakan, ia perlu diperbaiki segera. Pada peringkat awal mungkin ia hanya kerosakan kecil.

‘‘Namun begitu jika dibiarkan ia boleh menjadi besar. Tengoklah apa yang berlaku di Kampung Tambalung itu,’’ ujarnya.

 

Nota: Artikel ini hanya rekaan dan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang pernah hidup.

Rujukan:

  1. Utusan Online 3 April 2007 Berita Utama
  2. Blog Kuda Ranggi : 40 tahun tanpa bekalan air bersih, di mana keadilan?

 

11
Apr
07

Aksi Panas Artis Melayu

Entri ini adalah antara penyumbang hits yang tertinggi ke blog ni… Setiap hari, (mengikut statistik wordpress.com) entri ‘aksi panas artis melayu’ ini akan menerima purata sebanyak 20 hingga 44 hits. Banyak juga tu memandangkan blog ini bukan lah blog no.1 Malaysia, setakat ranking Technorati 539,256 aje pun (update ranking sehingga 18/05/09).

Maaf-lah, tiada ‘aksi panas artis melayu’ di sini. Ada kat site lain.

Tapi ini ada perkara yang lebih penting daripada mencari bahan lucah di internet yang hendak aku khabarkan. Kisah seorang baby comel yang menghidap sakit Hepatoblastoma, sejenis kanser hati. Nama bayi comel itu adalah Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz. Comel… cuba tengok gambarnya kat bawah…

Di bawah ini adalah perkataan daripada ayahnya sendiri (email) yang saya petik dari blog shahril conteng:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum wbt,

Mohon sumbangan ikhlas untuk surgeri kanser hati Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz. Baby kami yang berusia 6 bulan ini disahkan mengidap Hepatoblastoma – sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku.

Rawatan Kemoterapi sebanyak 8 kali dan surgeri diperlukan ke atas baby ini. Jumlah keseluruhan kos rawatan dan surgeri berjumlah lebih RM100 ribu perlu dijelaskan dalam tempoh 2 bulan ini memerlukan kami untuk memohon sumbangan ikhlas tuan/puan.

Insuran Syarikat yang ada hanyacover sehingga RM18 ribu sahaja untuk setahun. Sumbangan boleh diberikan ke akaun Maybank Nazrol Hafiz – No Akaun 154017298056.

Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sila forwardkan email ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.

Nazrol Hafiz
Tel : 013-358 3553

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi info di Qistina.org

Aku berharap, kita dapat bersama-sama menghulur bantuan kepada bayi ini. Sekurang-kurangnya sebarkanlah melalui blog kamu semua (kalau masing-masing ada blog). Tak pun hulurkanlah bantuan kewangan (bagi yang mampu menghulur bantuan kewangan) atau paling cikai bagitahu lah kawan-kawan semasa bersembang kosong di kedai-kedai kopi (di kampung mahupun di bandar)… Insyaallah kalau usaha kita diberkati Allah, hidup kita akan lebih bahagia dan tenang.

Akhir kata, sudah-sudah lah mencari bahan lucah di internet.

Sekian, terima kasih.

Raiedzall

…dari dunia beku

Latest Update:

Gambar terbaru Nuur Qistina Hayani;

07
Apr
07

Hari Sudah Panas

Semenjak seminggu dua ini cuaca sudah mulai berubah di bumi Sheffield. Suhu sudah mulai meningkat sehingga 15 darjah Celcius. Daripada suhu yang negatif beku menjadi agak panas, suatu perubahan yang menginsafkan..

Dulu bila sejuk, “..sejuknya hari ni…. bila lah nak Summer…”

Sekarang ni bila panas, “…Uih, panasnya! Pasang aircond… cepat!”

Entahlah, manusia memang jarang bersyukur bukan? Atau Mudah lupa.

Hari ni aku duduk bersantai belakang rumah je sambil menikmati kehangatan sinaran matahari. Membalas rindu dendam ku selama hampir setahun…


Ni video masa summer tahun lepas. aku yang baju merah yang paling kacak tu le.. he..he..

02
Apr
07

http://www.raiedzall.net

Aku dah claim nama domain aku dalam dunia cyber yang luas ini. Hanya GBP5.00 setahun, murah je…




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,376 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung