Archive for February, 2007

21
Feb
07

Daniel Siong

Daniel Siong ialah seorang pemuda berketurunan cina dan beliau merupakan salah seorang senior saya semasa di sekolah menengah dahulu. Bentuk fizikal beliau agak gempal dan beliau ini boleh lah dikategorikan sebagai seorang ‘nerd‘. Bukan lah niat saya untuk menghina beliau, tetapi perwatakan ‘nerd’ itu memang terserlah lagi nyata dan kadang kala sangat menjelekkan. Namun begitu, walaupun nerd, beliau tak pernah menyakiti sesiapa (secara langsung) dan pada masa-masa tertentu beliau suka buat hal sendiri sahaja. Tetapi entah mengapa, saya dan seorang kawan baik, Henry namanya, (seorang pemuda Iban Kacukan Cina) cukup tidak berkenan dengan beliau. Kami suka mengejek beliau secara diam-diam atau sekiranya ada kesempatan secara terang-terangan… he..he.. Budak-budak.. mana lah tau apa..

Ini adalah lencana sekolah saya dulu

Semasa di sekolah menengah, kami dipaksa untuk menyertai Kegiatan Kokurikulum berpakaian seragam oleh Pihak pentadbiran sekolah. Dengan hati yang berat, saya dan Henry menyertai pasukan Pengakap dengan harapan aktiviti Kokurikulum itu adalah yang paling mudah dan tiada aktiviti sangat, tetapi kami silap! Persatuan Pengakap adalah persatuan yang paling aktif di sekolah kami pada masa itu. Setiap sabtu kami dipaksa pergi ke sekolah untuk kawad di tengah panas. Setiap sabtu juga saya dan Henry cuba untuk ponteng kawad tetapi usaha kami sia-sia kerana Daniel Siong. Ya.. kerana Daniel Siong…

Kenapakan Daniel Siong dipilih menjadi ketua Pengakap sekolah, sampai sekarang saya masih musykil. Daniel Siong, seperti mana yang saya khabarkan mula-mula tadi adalah seorang ‘nerd’. maka oleh kerana itu, aktiviti Pengakap kami juga terpaksa mengikut rentak ‘nerd’. Kami dipaksa kawad sehingga ‘perfect’. Sehingga habis basah lencun pakaian seragam kami kerana berkawad di tengah panas. Daniel Siong juga terlalu mengikut peraturan sehinggakan kami tiada masa hendak bersosial semasa aktiviti pengakap dijalankan. Inikan pula hendak memonteng.

Saya dan Henry cukup tidak puas hati dengan Daniel Siong. Pernah suatu ketika kami cuba mensabotaj lencana-lencana yang menjadi koleksi Daniel tetapi hasrat murni itu terpaksa dibatalkan kerana, Daniel Siong seolah-olah dapat menghidu rancangan kami itu. Maka bertambah bencilah kami kepada Daniel Siong. Untuk pengetahuan semua, Daniel Siong sentiasa membawa koleksi lencana Pengakapnya kemana-mana sahaja dia pergi, itulah bukti ke’nerd’annya yang hakiki…

Itu cerita dulu, berbelas-belas tahun dulu…

Beberapa hari lepas, sedang saya meng’google‘ untuk mencari berita tentang sekolah menengah saya dahulu, tetiba saya terjumpa laman web si Daniel Siong nih. Rupa-rupanya beliau masih aktif berpesatuan Pengakap. Tapi mungkin laman web berkenaan sudah tidak lagi dikemaskini kerana komen-komen yang terdapat dalam laman web itu sudah agak lama. Tersengih juga saya melihat gambar terbaru beliau…

Kenapa saya menulis entri ini? Entah… mungkin kerana nostalgia atau mungkin kerana saya terbaca berita ini beberapa hari lepas…

Pada hemat saya Daniel Siong lebih layak memerima anugerah berkenaan berbanding orang tua yang suka tidur itu… Kepada Daniel siong teruskan berpengakap, kalau itu yang engkau minat… he..he..

Sekian dan terima kasih.


14
Feb
07

Another Sad Tribute

Kadang-kadang sesuatu yang indah singgah dalam hidup kita tetapi sekejap sahaja lalu ia terpaksa dilepaskan. Kita terpaksa akur akan hakikat kehidupan yang sentiasa ada turun naik.

Oleh itu, aku ucapkan selamat tinggal kepadanya semalam di perlabuhan senja. Semoga mereka menjagamu seperti mana aku pernah menjaga mu dulu…

06
Feb
07

Mari Belajar Memandu Di UK

Setelah kejadian kantoi di tangan polis kerana memandu tanpa lesen yang sah tempoh hari, aku bernekad untuk mendapatkan lesen memandu UK. Dan semalam adalah langkah pertama dalam usaha merealisasikan cita-cita murni ku itu.

Belajar memandu di UK sama sahaja dengan belajar memandu di Malaya. Ada instructor, ada kereta kecil berlabel ‘L’ dan kena bayar untuk setiap ‘lesson’. Setelah beberapa minit sesi suai kenal dan sedikit input daripada En. Instructor, aku dibenarkan untuk memandu kereta ‘L’ itu.

Aku pun segera membuka pintu kereta itu dan duduk di kerusi pemandu, seraya En. Instructor bertanya..

What is the first thing that you should do after entering this car?” ucapnya dalam loghat South Yorkshire yang pekat.

That easy..” kata ku konfident.. aku pun lalu bercerita pasal adjust cermin, cek gear, pasang tali pinggang keledar, start enjin dan bermacam-macam lagi point-point mustahak yang menampakkan bahawa akulah pemandu yang berpengalaman lebih dari 15 tahun…

En. Instructor hanya mengangguk-angguk dan tersenyum. Semua itu betul dah tu, katanya.. Tapi..

The first thing that you must do after entering this car is to check the door wheather it is properly closed or not…

Chisss.. malu sungguh aku. Terasa macam air hidung ku meleleh keluar dan berbuih sedikit ketika itu akibat kemaluan yang teramat…

Sekian.




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,376 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung