Agaknya Newton pernah bergaul dengan orang Melayu kat Sheffield ni kut?
Archive for January, 2007
Hukum Newton Ke-3
Bukan aku punya
Pada satu hari yang indah dan damai, Pak Dolah, Khai & Nazri pergi memancing di laut berdekatan Negara Turki. Mereka menaiki sebuah kapal layar pemberian seorang sahabat baik Pak Dolah. Sahabatnya itu seorang Tokey Judi yang terkenal. Pak Dolah, Khai & Nazri adalah bersaudara. Khai adalah menantu Pak Dolah sementara Nazri adalah anak buah sebelah nenek tiri Khai.
Semasa sedang asyik memancing di laut tenang berkenaan, tiba-tiba sahaja Pak Dolah menjerit-jerit histeria. Bingitnya jeritan Pak Dolah persis satu adegan pergaduhan laki bini dalam filem Tamil.
Nazri dan Khai merasa sedikit lucu melihat perangai Pak Dolah. Kena sampuk hantu laut kah? fikir mereka. Terlintas juga dalam hati Khai untuk menolak sahaja orang tua itu ke dalam laut, biar dia sahaja ambil alih jadi ketua kampung nanti, fikir Khai. Tapi tak tergamak pula, nanti-nanti lah, bisik hati kecil khai…
Kali ini Nazri pulak cuba memenangkan Pak Dollah. “Pakcik ni ape kena? Jangan kocak-kocak air tu, nanti lari abis semua ikan…” Ujar nazri separuh bergurau… Mendengar kata-kata Nazri itu, Pak Dolah lantas duduk sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan nya yang sudah berkerepot itu, maklum lah sudah tua.. “Kalau ikan lari macam mana nak bawak balik untuk sogok orang kampung nanti” detik hati Pak Dolah.
Setelah termenung sejenak, Pak Dollah pun bersuara, ” Gigi aku… gigi aku terjatuh dalam air… macam mana ni?” Pak Lah buntu… (walaupun memang hobi orang tua ni suka buntu)
Serentak dengan itu Nazri ketawa terbahak-bahak. Maklumlah, Nazri tu bukannya panjang sangat akalnya. Dia tidak tahu, gigi palsu Pak Dollah itu lah satu-satunya benda yang sangat disayangi nya.(selain kapal layar yang mereka naiki itu).
Melihat kan gelagat Nazri yang ketawa terbahak-bahak tanpa secebis simpati pun kepada orang tua itu, Khai pergi menenangkan Pak Dollah. “Jangan risau Pak, balik nanti kita buat gigi baru ye, duit kita ada banyak lagi kat Bank Negara ops.. Bank luar negara tu…”
Pak Dollah hanya memandang kosong wajah Khai. Sesekali tangannya mengocak air laut seolah-olah gigi palsu itu masih terapung-apung di permukaan laut…
Melihatkan keadaan Pak Dolah yang sudah sedikit tenang, Nazri cuba membuat lawak agar terhibur hati orang tua itu. Silap-silap nanti, kalau orang tua tu dah ceria balik pasti nya dia akan diberikan ganjaran, fikirnya…
Nazri pun mencabut gigi palsunya sendiri dan meletakkan dalam muncung ikan yang berjaya dipancingnya tadi. (Nazri kehilangan giginya kerana dia adalah seorang samseng kampung yang sentiasa suka membelasah orang, malah dia pernah cuba membelasah seorang guru silat yang dihormati & digeruni ramai. Hasilnya giginya hilang dijentik guru silat itu…).
“Pak Dolah! Pak Dolah! ” Jerit Nazri..
Pak Dolah terkejut, “Haa! Ape kenanya kamu ni Nazri?”
“Ni haaa, gigi palsu Pak Dolah, ikan yang saya pancing ni dah makan gigi palsu pak Dolah, mujur saya berjaya menangkap nya…”
Pak Dolah terus menerpa Nazri lalu merampas ikan ditangan nya. Dia hampir tidak percaya ungkapan yang keluar dari mulut Nazri itu. “Tuhan masih menyayangi aku” bisik hati pak dolah. Setelah dia menjolok mulut ikan berkenaan dan membelek gigi palsu itu, pak dolah mengeluh panjang…
“Hish… ni bukan bukan aku punya…” kata pak dolah separuh sebak.
Pak dolah lantas mencampakkan gigi itu ke dalam laut…
Nazri terkasima di situ, dia menyesal dilahirkan ke dunia…
Sekian.
Keseimbangan @ equilibrium
Hari ini sudah berbelas-belas tahun aku melupakan teori keseimbangan itu. Maklumlah apa sangatlah fizik tingkatan 4.
Sedar atau tidak, hidup adalah proses mencapai keseimbangan. Kita mencorakkan persekitaran kita untuk mencapai keseimbangan antara yang best dan yang tak best.
Bila keseimbangan itu tergugat (atau agak senget) kita bertindak mengembalikan keseimbangan itu sama ada secara benar atau secara salah.
Bila mana terdapat keseimbangan yang terganggu (atau terjejejas) tanpa dapat dipulihkan, maka bencana akan terjadi.
Marilah kita sama-sama menyemak keseimbangan diri kita…
Sekian , terima kasih.
See ya later.


