Berikut petikan dari akhbar utusan online (muka hadapan) hari ini mengenai Keadaan kesihatan Tun Mahathir yang semakin pulih. Sila beri perhatian kepada ayat-ayat yang saya bold & besarkan itu…Dr. M pulih setelah diserang sakit jantung ringan
Oleh: S. ANAND KUMAR dan SHAMSIAH ZULKAFLI
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini setelah mengalami serangan jantung yang ringan malam tadi.
Dr. Mahathir, 81, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pukul 4.30 pagi dengan ditemani isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Beliau telah diberi ubat sedatif ringan oleh doktor-doktor untuk beliau tidur dan berehat.
Kira-kira pukul 4 petang ini, beliau terjaga dari tidurnya dan sudah mampu bercakap.
“Terlalu banyak berjalan. Saya belum sempat berehat sejak berjalan ke luar negara,” kata Dr. Mahathir kepada salah seorang bekas pegawainya yang melawat beliau petang ini.
Menurut pegawai itu, Dr. Mahathir kelihatan semakin sihat dan ceria.
“Beliau menikmati makan tengah hari iaitu nasi berserta sayur cendawan hitam, sayur salad dan sedikit buah-buahan tempatan.
“Dr. Mahathir juga sempat berjenaka dengan memberitahu bahawa beliau baru 18 tahun apabila diberitahu beliau kini berusia 81 tahun dan dinasihatkan jangan terlalu bekerja keras,” kata pegawai itu.
Menurut anak beliau, Datuk Mokhzani, Dr. Mahathir mengadu sakit dada pada pukul 11.30 malam tadi dan doktor merawatnya pada pukul 3 pagi di rumah sebelum dimasukkan ke IJN pada pukul 4.30 pagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diberitahu mengenai perkembangan itu bergegas ke IJN untuk melawat Dr. Mahathir.
Beliau yang hari ini mempunyai jadual kerja yang ketat tiba di IJN pada pukul 2.15 petang dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Mohd. Radzif Mohd. Yunus dan Pakar Kardiologi IJN, Dr. Sanjev Joshi.
Perdana Menteri dibawa naik ke Wad CCU di tingkat satu bagi melawat Dr. Mahathir.
Perdana Menteri berada di situ selama 15 minit.
Menurut Mokhzani, Perdana Menteri amat prihatin terhadap kesihatan bapanya.
“Dalam pertemuan antara saya, doktor dan Perdana Menteri, beliau (Abdullah) meminta doktor yang merawat Tun melakukan yang terbaik dalam merawat beliau (Tun).
“Kami amat menghargai kunjungan Perdana Menteri hari ini,” ujar beliau.
Cekononnya walaupun sibuk, walaupun selalu kena kritik, walaupun bermusuhan, PM kita ni sanggup merendah diri untuk bergegas ke IJN melawat Tun walaupun jadual nya sangat ketat. Sebab itu lah sempat melawat 15 minit aje. Kalau tak memang dia nak duduk situ sampai Tun tak bangun-bangun lagi dah…Pulak tu, dia siap suruh doktor yang merawat Tun melakukan yang terbaik lagi, macam ucapan peserta Akademi Fantasia sebelum konsert mingguan pula..
Pandai sungguh surat khabar ini mengarang cerita supaya PM kita ni nampak macam orang yang mulia..
Suka hati engko lah labuuuuuuuuuu…
Berita penuh klik dekat link >