Archive for September, 2006

26
Sep
06

Cleaner yang bersahur

gambar hiasan semata-mata (sirap bandung)

gambar hiasan (ikan bakar)

gambar hiasan juga ni (tauhu sumbat)

Cerita ini tiada kaitan dengan gambar-gambar di atas…
Pada suatu pagi di bulan Ramadhan, lebih kurang pukul 5.10 pagi, dua orang cleaner sedang berborak sebelum memulakan kerja.
Pejabat itu menyediakan minuman kopi percuma untuk kakitangannya. Cuma perlu tekan sahaja punat pada vending machine dekat pantry itu. Macam-macam jenis kopi ada, termasuklah kopicino & kopi latte…
Cleaner berdua itu memang selalu minum kopi percuma sebelum memulakan kerja…

Cleaner 1: Ko dah subuh belum? (sambil buat aksi mamak tarik teh…)
Cleaner 2: lom…
Cleaner 1: subuh engko pukul berapa ? (slurp… slurp… )
Cleaner 2: 5:16 sempat lagi minum nih… (baru nak tekan punat vending machine, ambik kopi latte…)
Cleaner 1: subuh aku 5:25 he..he.. aku sempat minum 2 cawan kopi lagi nih… (slurp…slurp…slurpppppppp…)

Begitulah senarionya di UK nih, subuh lain-lain waktu. Bukak puasa pun lain-lain waktu, terpulang kepada masing-masing nak ikut yang mana…

23
Sep
06

Pengumuman Penting

Selamat Hari Jadi kepada isteri yang terchenta…31

22
Sep
06

Puasa Ramadhan


Saya teringat dulu semasa masih bekerja di Tanah air, masa bulan Ramadhan, biasanya mat-mat indon yang bekerja sebagai buruh binaan memang kebanyakkan nya tak berpuasa. Alasan mereka adalah kerana kerja yang terlampau berat. Malah kekadang yang berpuasa dekat tapak bina itu hanya saya dan beberapa orang teman sekerja yang ditempatkan di tapak projek.Selalunya apabila tiba waktu rehat tengah hari di tapak bina, kami akan berkurung di dalam kabin yang berhawa dingin sambil membuta sehingga jam 1 petang. Kekadang sekali dua terkantoi juga dengan Bos yang datang buat lawatan mengejut. Tapi tu time rehat, dia nak kata apa? He..he..

Keadaan di tapak bina semasa bulan Ramadhan juga sangat mencabar… Di mana-mana juga terdapat mat-mat indon sedang menyedut air sirap bungkus, makan nasik bungkus dan menghembuksan asap rokok kretek itu. Sungguh mencabar keadaan itu. kekadang siap ada yang menyakat buat-buat offer rokok… memang nak kena tampar le jugak.. kononnya laaa… Tapi heran gak kan, masa tengah berpuasa tak de rasa nak hisap rokok pulak?

Anyway, pada suatu hari, semasa time rehat tengah hari di tapak bina, macam biasa lah mat-mat indon tu berduyun-duyun ke kantin untuk makan dan berehat. Bagi dia orang, dah tak de rasa malu dah, makan sambil tayang-tayang kat orang dalam bulan puasa…

Hendak dijadikan cerita, saya ternampak seorang pakcik tua (indon juge…) sedang duduk sorang-sorang bawah sebatang pokok. Berehat agaknya… tapi dia tak join kengkawan indon dia yang sedang menikmati makanan kat kantin tu. Pakcik ni bekerja di bahagian bukak-bukak formwork (papan acuan konkrit). Saya sebagai seorang site Engineer yang perihatin pergi le kat pakcik tu.. ye laa.. kut le dia tak de duit nak makan ke, dia sakit ke.. ye tak?

saya tanya ” Pakcik… pakcik buat apa kat sini? Pergi lah kat kantin sana makan. nanti lapar tak boleh kerja. Pakcik tak de duit ke nak makan? Minggu lepas kan baru angkat gaji ?”

Pakcik tu jawab ” Encik, saya puasa hari nih. Puasa tak boleh makan… Encik puasa ke?”

Saya hanya tersenyum…

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Maaf zahir & batin…

-Raiedzall-

21
Sep
06

Sengkek

Ini kepala Queen (GBP)

Ini kepala Agung (MYR)

Bayangkan… anda diberi tempoh selama 25 hari untuk mengumpul sejumlah dana berjumlah GBP400 sebelum sesuatu yang buruk berlaku.Katakan anda mempunyai GBP60 sahaja dalam poket dan bila cukup bulan anda dapat gaji GBP600 (termasuk gaji kerja sampingan dan kerja-kerja buruh kasar…). Pastinya keseluruhan duit anda akan mencecah GBP660. Sudah tentunya cukup untuk membayar GBP400 sebelum sesuatu yang buruk berlaku… Anda sengih nampak gigi..

Bayangkan… sewa rumah anda pula adalah GBP350 wajib bayar… Bayangkan anda ada saman traffic berjumlah GBP135 dan bayangkan anda ada hutang handphone GBP24. Sudah tentunya jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah GBP509. Kalau bayar semua (memang kena bayar semua…) duit anda akan mengecut menjadi GBP151. Anda berkerut… sesuatu yang buruk akan berlaku kerana tak cukup GBP249…

Bayangkan anda bercadang melelong barang-barang kesayangan anda untuk mencukupkan dana supaya sesuatu yang buruk tidak akan berlaku… Tetapi barang-barang anda semuanyanya yang murah aje… Anda jadik cemas…

Bayangkan ada duit jatuh dari langit berjumlah GBP1 juta… Bayangkan anda menjadi orang kaya dalam sekelip mata.. bayangkan kemewahan yang bakal anda kecapi dengan duit GBP1 juta itu… Ha..ha.. sempat lagi buat lawak…

Bayangkan aje…

p/s: Kalau ada duit GBP1 juta jatuh dari langit, aku ambik GBP400 aje untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Pas tu kalau aku dah ada duit aku pulangkan balik GBP400 tu kepada langit…

Nota :

1 GBP = MYR 6.965 setakat hari ni… oleh yang demikian GBP400 = MYR2786.25 bayangkan… bayangkan…

18
Sep
06

Lalang

kadang-kadang aku terfikir
tentang diri sendiri
yang tak suka mengambil kesempatan
dan kerananya
aku ditinggalkan dibelakang

Aku tak sampai hati
menikam belakang seorang sahabat
semata mata untuk
keselesaan belakang ku sendiri

tadi aku mengalah lagi
rasa seperti lalang
yang patuh menurut angin
sedangkan angin terus bebas ke sana ke mari

biarlah
sekurang-kurangnya aku masih terus menari

13
Sep
06

Video Aku Part 2

Ni video aku yang tak jadik… Time tengah nak berlakon ada orang gelakkan… ;P

L0kasi Kamera: Dalam kereta, sebelah Kedai Piza (Miami Pizza)
Latar belakang : Horizon di Main Road Darnal S9 Sheffield, UK.

04
Sep
06

Video Klip Aku

Untuk tatapan semua kengkawan seblogging.. Terima lah, video klip amatur julung-julung kalinya disiarkan dalam blog ini… he..he..

Tajuk video: Ntah ape-ape..
Tarikh: 28 Ogos 2006
L0kasi Kamera: Dalam kereta, sebelah Masjid Elahi
Latar belakang : Horizon di Wilfred road, S9 3ES Sheffield, UK.
Aktiviti: Sedang menunggu isteri membeli lauk kat kedai cina halal
Kamera: Motorola razr 1.2 megapixel dengan memory 512 megabyte
Soundtrak: Mungkin Nanti – Peterpan
Sutra dara: Aku
Pelakon utama: Aku
Gadis video klip: tiada (dia pergi beli lauk…)
Pelakon kanak-kanak : Tiada (dia orang tertidur kat seat belakang…)
Kos penerbitan video klip: Tiada

03
Sep
06

Macam macam Pak Lah

Berikut petikan daripada Utusan Online 4 September 2006 bersamaan 11 Syaaban 1427..

Abdullah mahu laporan Scomi

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Scomi Group Bhd., (Scomi) menghantar laporan lengkap aktiviti perniagaan syarikat itu kepadanya secepat mungkin. Perdana Menteri berkata, laporan itu penting bagi membolehkan beliau meneliti dan menjawab dakwaan bahawa syarikat milik anak sulungnya, Kamaluddin itu mendapat banyak projek kerajaan. Scomi adalah sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas.
Abdullah menjelaskan, beliau telah menerima sepucuk surat menyatakan beliau tidak memberitahu perkara sebenar mengenai projek yang diperoleh oleh Scomi…

.:berita penuh:.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya… betul tak Pak Lah?”

PM insafi nasib rakyat — Bajet 2007 ambil kira kesusahan hadapi kenaikan harga minyak

Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI dan MUSTAFA KAMAL BASRI

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Bajet 2007 yang dibentangkannya semalam mengambil kira kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak.Menurut Perdana Menteri, beliau merasai masalah rakyat terutama yang berpendapatan rendah ekoran kenaikan harga minyak sementara pendapatan boleh guna semakin kurang dan harga barang serta inflasi meningkat.‘‘Justeru, daripada menambah gaji, kerajaan memutuskan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang boleh mengurangkan perbelanjaan rakyat,’’ katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Ke-35, di sini hari ini…

.:berita penuh:.

Tajuk berita yang lebih tepat ialah seperti berikut:

“Rakyat insafi nasib PM– Bajet 2007 ambil kira kesusahan hadapi kenaikan harga minyak dan kesusahan Khairy”

p/s: Selamat Hari Merdeka Pak Lah, tabahkan hati menerajui Negara kita yang tercinta…




Bookmark this blog!

Subscribe

Entri Bulan Ini

September 2006
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Twitter Updates

Kategori Catatan

Statistik Blog

  • 52,367 pembaca sejak 2006

Peta Pengunjung