Kita lupakan dahulu kisah Datuk K dan CT seketika, walau pun saya berasa sungguh keji dengan pengumuman itu. Bapak CT pun nampak macam baca skrip je, macam kene paksa je… “saya terpikat dengan cara Datuk K melayan anak-anak” eiiiiiii! Nak termuntah aku dengar statement CT tu. Macam dah takde benda lain nak terpikat. Terpikat dengan misai tebal Datuk K yang sebenarnya… he..he.. Mulai hari ni aku dah tak minat CT dah. Baik aku layan lagu-lagu lama Ramlah Ram & Kak Rohana Jalil. Uji Rashid pun ok… Biar lah rahsia misai kata nya… ha..ha..ha..


serupa tak ?
Oh ya berbalik kepada apa yang hendak saya ceritakan sebentar tadi. Kisah benar yang hendak saya ceritakan ini telah diubahsuai sedikit tapi benar-benar berlaku kepada saya semasa masih bekerja di Tanah Air beberapa ketika dahulu. Oleh kerana panjang ceritanya saya buat dalam bentuk dialog aje OK?..
Lokasi : Di Pejabat Salah Sebuah Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan Bekalan air
Misi: Mendapatkan follow up mengenai status submission pelan susunatur projek perumahan syarikat Bos saya
Pegawai yang terlibat : Jurutera Kanan (Nama dirahsiakan, tapi dengar cerita dia dah masuk mahkamah pasal kes rasuah sex.. tah le… speku je kut?)
Saya: Asalamualaikum Encik. Tuan Hashim (bukan nama sebenar) ada?
Abang pencari fail: Walaikumsalam. Tuan Hashim ada lam bilik dia. Awak ni sape? Ada pe hal nak jumpa Tuan Hashim ? (sambil matanya kecik sebelah tanda-tanda kerek)
Saya: Saya Raiedzall dari Syarikat Maju Melayu. Takde.. sebenarnya saya nak buat follow up pasal submission pelan susunatur projek perumahan Nyiur Condong kat Batu Gajah tu…. bla.. bla… saya submit 3 minggu lepas pelan susunatur tu…. bla..bla… kalau takde kelulusan dr jabatan ni susah kita orang nak proceed buat pelan PU pulak… bla..bla..
Abang pencari fail: OOOOO dari syarikat Maju Melayu (bukan nama sebenar) yea… salleh mana? Biasa dia datang…
Saya: Salleh cuti, Isteri dia bersalin..
Abang pencari fail: Oooooooooo… projek Nyiur Condong ye… nanti jap saya cari fail nya…
Abang pencari fail bangkit dari kerusi nya dan terus mencari fail yang sangat berharga itu dalam kabinet fail, pas tu dia cari atas meja, bawah meja, dalam tong sampah, tepi bucu, dalam laci orang sebelah, dalam bilik Jurutera kanan…. tapi tak jumpa…
Abang pencari fail: Tak de la fail tu.. sape ambik tah? penat tau carik… (sambil buat termengah-mengah) Lain kali datang bawak le rokok sekatun dua… apa la ko orang nih…
Saya: (cakap dalam hati : oooo nak rokok…) La.. saya terlupa tadi cik. Ada dah kat ofis saya 2 katun rokok DUNKILL… esok saya bawak..
Abang pencari fail: Ye ke? tak payah le susah-susah. Tapi kalau ada bawak aje lah esok.. (sengeh tak malu)
Abang pencari fail tetiba membongkok dan mencapai sesuatu di bawah meja nya…
Abang pencari fail: Oooooooooooooooooooooooooooo… ni haaaaa fail nya. Dia orang nih, tak reti laaa nak simpan balik kat kabinet tu. Jadi hal pulak aku carik… Hish… haaa Encik Raiedzall, biar saya bawak fail ni masuk bilik Tuan Hashim . Nanti saya letak atas sekali, boleh en.Raiedzall masuk dulu… tak payah tunggu lama-lama.. he..he..
Saya: Ooooo.. terima kasih bebanyak, susah-susah aje… (sambil rasa nak muntah…)
Beberapa ketika lepas tu saya pun dipanggil masuk ke bilik Tuan Jurutera Kanan….. Urusan dengan Tuan Hashim kejap aje, tak de masalah. Pelan lulus bersyarat… Tip top!
Tapi esoknya saya terpaksa beli rokok DUNKILL 2 katun sebagai tanda terima kasih atas budi dan jasa Abang Pencari Fail tu… (tapi claim le kat Bos saya , walaupun dia liat nak luluskan calim tu….hampeh punya bos.. he..he..)
Sekian.