Lokasi : Dekat toilet guru (sekolah swasta Glossop, Shefield)
Masa : Kira-kira jam 5.30 petang waktu England
Aktiviti : Sedang membersihkan toilet berkenaan dengan menyapu sampah, mengelap sinki & mengemop.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA
Tiba-tiba seorang cikgu mat saleh masuk. Tanpa menegur aku yang sedang terkial-kial menyapu sampah dia terus masuk ke tempat perlaburan. Aku buat tak tau je.. Seketika kemudian terdengar bunyi toilet di’flush’ dan diikuti dengan bunyi zip ditarik. Cikgu berkenaan keluar dan dengan gaya yang bersahaja terus pergi ke sinki yang telah ku basuh dan gilapkan tadi.
Dia lantas membuka pili air yang bertanda merah (hot water) dan mencapai sabun yang terletak dekat-dekat situ jugak lalu membasuh tangannya dengan agak lama, berbuih-buih tangan beliau sampai nak dekat lengan. Setiap jari jemari nya di gosoknya satu persatu, hinggakan pergelangan tangannya pun digosoknya dengan teliti. Macam doktor basuh tangan sebelum pergi buat pembedahan je…
Selesai membasuh tangan, dia mengambil tisu yang memang disediakan di situ. Di tariknya beberapa helai tisu untuk mengelap tangannya yang bersih dan harum hasil dari penggunaan sabun yang banyak tadi…
Aku masih menyapu sampah, pura-pura buat tak tau je… ingatkan cikgu mat saleh tu nak keluar dah, tapi dia pergi pulak ke alat pengering untuk mengeringkan tangannya yang sudah sedia ada kering.. Aku dah rasa nak tergelak.. Setelah selesai proses pembersihan tangannya yang agak kompleks itu, dia pun keluar…
Sebab dah tak de orang lain dah kat dalam toilet itu tinggal aku sorang-sorang, aku pun tergelak macam orang sakit mental..
Tangan basuh bagai nak rak, tapi berak tak basuh…